Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

30 December 2011

Harap Hassan Ali Bagi Respon

Panjang betul mamat ni berceloteh... gua harap Hassan Ali boleh bagi respon sikit...
Mamat ni cakap buku jinggay ada lebih perjuangan dari apa yg Hassan perjuangkan... Mamat ni banyak nasihat pada Hassan... Dia cakap Hassan bole balun dia.. dia tak akan respon... cuma jangan hentam PAS.. Apalagi.. lesen membalun dah diluluskan...

Hassan Ali : Islam, Melayu & Institusi DiRaja
Jinggay : Islam, Bangsa Melayu, Bahasa Melayu & Institusi DiRaja

Nampaknya Jinggay masih tak give up untuk berjanji dan berjanji... dan mungkir dan mungkir...

29 December 2011

Senarai Pemimpin PKR Yang Keluar Parti... Apa Sebab???

BYE Anwar.. WE CANT TRUST YOU!!!

 
Bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar
Bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor
Ketua Penerangan, Ruslan Kassim
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Zainur Zakaria
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk S. Nallakarupan
Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti:
Bekas Naib Presiden, Marina Yusuff
Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Lokman Noor Adam
Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip
Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha
Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim
Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili
Setiausaha PKR Bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali
Bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman
Bekas Naib Presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak
Naib Presiden, Jeffrey Kitingan


Datuk Zaid Ibrahim
Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan
Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman
Bekas calon PKR Teluk Kemang / antara pengasas PKR, Abdul Manap Shahardin
Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat
Ketua PKR Tanjung Malim / Ketua Penerangan PKR Perak, Soraya Sulaiman
Timbalan Ketua PKR Bagan Serai, Roshanita Mohd Basir
Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah AbdullahKerusi Parlimen
Ahli Parlimen Bayan Baru - Datuk Seri Zahrain Mohamed
Ahli Parlimen Nibong Tebal - Tan Tee Beng
Ahli Parlimen Bagan Serai - Mohsin Shamsuri
Ahli Parlimen Kulim Baru - Zulkifli Nordin
Ahli Parlimen Wangsa Maju - Wee Choo Keong
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
Adun Behrang - Jamaluddin Mohd Radzi
Adun Changkat Jering - Kapten (B) Mohd Osman Jailu
Adun Ngemah - Gabriel Adit Demong
Adun Lunas - Md Radzi Salleh
Adun Pelabuhan Klang - Badrul Hisham Abdullah
Adun Bukit Selambau - V. Arumugam
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang - Fairus Khairuddin

Dipetik dari komen dilaman GAP

27 December 2011

Adam Emosi

Adam.. pandai buat pandai tanggung. itulah  pesanan secara ringkas.. kalau adam rasa tak salah dan tak biadap menurunkan bendera PM.. so mungkin jugak mereka2 yang mengugut merasa tak salah dan tak biadap untuk mengugut adam... cmon boy, grow up in the real world..
Dari Blog Anak Sungai Derhaka:
Adakah tindakan Adam ini secara individual atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak?

ADAM: Pada waktu itu, keadaan mahasiswa yang hadir menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah di PWTC sebenarnya muram. Ia kerana keadaan terlalu terkawal tanpa ada kekecohan. Bermula dari bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) lagi, kami berada di situ dalam tempoh yang agak lama, jadi kami bosan kerana tidak nampak kesan dari memorandum yang kami serahkan.

Setibanya di PWTC, kami harapkan ada pegawai yang menunggu, tapi tiada. Cuma Saifuddin sahaja bersetuju berjumpa dengan kami. Bila kami menyerahkan memorandum, semua pelajar mendengar ucapan daripada Saifuddin. Bagi saya ia tidak boleh jadi. Sebelum itu pelajar bersungguh-sungguh melaungkan kebebasan akademik tetapi apabila menteri datang terus jadi sama dengan pelajar lain. Nampak sahaja menteri, terus salam dan ambil gambar, bagi saya ini bukan cara sebenarnya. Jadi saya ambil bendera dan terus menurunkan bendera Najib digantikan dengan bendera Kebebasan Akademik.

Apabila pelajar lain nampak apa yang saya lakukan, barulah mereka merasakan ‘kemenangan’ bukan hanya jumpa menteri sudah rasa menang. Saya mahu perasaan kemenangan ini boleh dirasai oleh semua pelajar yang hadir pada hari itu.
Nampak sangat adam penuh dengan emosi dan tidak dapat mengawal diri. Adam tidak puas hati selepas serah memorandum keadaan tenang macam biasa. Apa masaalah lu adam? 

Anyway, Good luck in your future.. 

26 December 2011

ISLAM 2011 By PAS, PGayR & DAP

Sebelum ini pernah kah kita lihat pemimpin wanita islam bergambar seperti di bawah. Pernah kah?
Bukan setakat susah nak dengar wanita islam bagi ceramah/hadiah kat tempat imam..
Ini hanya terjadi selepas PAS & DAP berkahwin dan berkuasa... Jangan JATUHKAN KESUCIAN ISLAM.. Inikah agaknya cara Rasullulah berdakwah jika beliau masih hidup??? Tak ada cara lain kah... sampai terpaksa akur wanita bukan islam masuk ke tempat imam, dah lah tak tutup aurat... bolehkan org berhadas besar masuk masjid????
Masyaallah.. jangan politik sampai mainkan rumah Allah... Harapnya semua dah bertaubat dan jangan lah jadi lagi di tahun 2012... jangan taksub politik sampai menggadai rumah ALLAH....

Allahhuakbar.. 


Terbaik Bak Kata Juri MLM... Abg Zainal

Blog RBF Online membuat kupasan terbaik mengenai index rasuah dan kaitannya dengan pemerintahan dan kuasa yg dipegang oleh DAP....
Ikuti penulisan RBF Online di sini.
Kisah Teoh Beng Hock sungguh menyayat hati dan telah dimanipulasi dengan baik sekali oleh DAP mungkin untuk menutup aktiviti rasuahnya. TEOH BENG HOCK MATI KERANA MENUTUP RASUAH DAP? Besar kemungkinan ianya benar...

Kita boleh lihat dari tahun 2008 hingga 2009 kenaikan yg sangat tinggi sebanyak 9 mata. Bukankah Pakatan bersama DAP menawan 5 negeri pada 2008. Bukankah Perak, Penang n Selangor dikuasai oleh DAP.
Selanjutnya...
Ronnie Liu Bermaharajalela di Klang
Blogger Buat Lapuran SPRM Terhadap Nga Kor Ming
Truth For Teoh Beng Hock WAJIB BACA



24 December 2011

INI TERLALU JAHAT - Rahsia Lampiran C - SBPA Skim Baru Perkhidmatan Awam


Sekiranya lapuran dibawah ini benar.... IA LEBIH MERBAHAYA DARI BERLAWAN DENGAN PAS, PKR, DAP.... 
Ada Niat Jatuhkan Najib, BN & UMNO. Ada Duri Dalam Daging!!! INI TERLALU JAHAT MENGALAHKAN PUAK DAP!!!

Lapuran Dari Sanggah Tok Janggut 22, Disember 2012
KPPA-rahsiakah Lampiran C itu?
PENJAWAT awam perlu mengucapkan tahniah serta berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana menangguhkan perlaksanaan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya dilaksanakan bermula Januari ini dan tahniah kepada Cuepacs kerana berjaya menyedarkan PM Najib bahawa skim yang dirangka itu tidak menguntungkan kakitangan awam dan ada perkara lain yang dirahsiakan dari pengetahuan Najib.

Malah skim ini dilihat begitu banyak menguntungkan kumpulan pengurusan tertinggi ataupun kumpulan premier (JUSA- Jawatan Utama Sektor Awam) dan kumpulan pengurusan gtertinggi ini boleh tersenyum lebar kerana mereka mendapat kenaikan gaji 100% sedangkan SBPA ini langsung tidak memberikan menafaat kepada kumpulan sokongan yang berpendapatan rendah.
.
Hasrat Najib sewaktu membentangkan Belanjawan adalah untung mengurangkan kadar kemiskinan Bandar yang dihadapi oleh kakitangan awam dan hasrat ini memang cukup baik memandangkan kos sara hidup yang tinggi  dan berdepan dengan kenaikan harga barang di pasaran oleh kakitangan awam namun malangnya ada pihak-pihak tertentu dalam Jabatan Perkhidmatan awam ataupun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam serta pihak Ketua Setiausaha Negara cuba sabotaj ataupun menggagalkan niat Najib tersebut dengan melakukan pelarasan gaji tidak bermatlamatkan hasrat ataupun transformasi PM Najib sewaktu menginsafi nasib dan masa depan penjawat awam seperti yang beliau suarakan.

Kita tidak tahu apa motif pihak KSN maupun KPPA yang bertanggungjawab merangka SBPA menyembunyikan fakta sebenar daripada Najib?Adakah mereka ini memang bertujuan untuk menimbulkan rasa kurang senang kakitangan awam terhadap kepimpinan Najib dan sekaligus bertujuan menghasut serta menanamkan kebencian penjawat awam supaya menolak Najib dan partinya dalam PRU13 nanti.Perlu diingat bahawa seramai 1.4 juta penjawat  awam adalah pengundi yang akan menentukan untung nasib Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.Adakah ini agendanya di sebalik SBPA ini?

Mengapa pihak  Ketua Setiausaha  Negara (KSN) ataupun  Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA ) merahsiakan Lampiran C yang tertera bagaimana cara gaji dinaikan hingga penjawat awam tidak tahu dan tidak boleh tahu bagaimana pelarasan gaji dilakukan dan apakah rahsia sangat hingga tidak boleh didedahkan kepada umum bagaimana proses kenaikan gaji itu berlaku? Mengapa ini mahu dirahsiakan daripada penjawat awam?Apa motifnya sedangkan itu adalah hak penjawat awam?

Adakah benar seperti yang sedang didakwa bahawa kakitangan pengurusan tertinggi ataupun premier ini sengaja memberikan peluang kepada pembangkang untuk menggulingkan Najib supaya beliau hilang sokongan penjawat awam ataupun barangkali benarlah seperti yang didakwa bahawa pengurusan tertinggi ini sebenarnya `Trojan horse’pembangkang  dan menggerakkan agenda pembangkang untuk mengulingkan Naib dari dalam.

Kumpulan ini merangka pelarasan gaji yang cukup tidak munasabah,kalangan mereka mendapat kenaikan gaji yang tinggi  dan difahamkan kenaikan gaji melibatkan KSN hingga mencecah RM80,00 sebulan gaji pokok dan belum masuk elaun sedangkan kumpulan Sokongan 1 dan 2 hanya mendapat kenaikan gaji sekitar RM60-hingga ke RM 200. Pelarasan gaji apa kalau ini sahaja jumlahnya?Ini bentuk pelarasan yang menindas penjawat awam.

Penambahbaikan kenaikan gaji sepatutnya lebih menguntungkan yang berpendapatan rendah dan mampu mengeluarkan penjawat awam yang bertungkus lumus mempertahankan dasar kerajaan keluar dari masalah kewangan serta kepompong kemiskinan bandar yang sedang mereka hadapi tapi malangnya berlaku sebaliknya seolah-olah menjadikan yang kaya bertambah kaya,yang miskin terus papa kedana.

Wajarlah Ceupacs menentang SBPA ini kerana jelas ianya langsung tidak menguntungkan penjawat-penjawat awam daripada kumpulan sokongan 1 dan 2 tadi dan dalam skim ini,penjawat awam harus tunduk hormat kepada ketegasan Cuepacs yang menolak cadangan dari JPA ini dan Najib harus juga berterima kasih kerana Cupecas mendedahkan bahawa ada sebahagian besar pegawai-pegawai tinggi dalam perkhidmatan awam sedang menikam beliau dari belakang.Lain yang Najib suruh lain pula yang mereka buat.

Kita tidak tahu siapa yang memberikan nasihat yang salah kepada Perdana Menteri ini?Adakah KSN ataupun Ketua Pengarah Jabatan Perrkhidmatan Awam (KPPA) dan kita juga difahamkan kedua mereka ini tidak mempunyai hubungan yang baik antara satu sama lain tetapi peliknya mereka boleh bersama merangka pelarasan gaji ini bagi melengkapkan SBPA.Adakah mereka ini memperolehi kepentingan tertentu hingga mereke bersedia untuk melupakan seketika sengketa antara mereka?Kita harap tidak tapi kalau benar,nyawa Najib sebagai Perdana Menteri bak telur dihujung tanduk.

Nasib baik Najib bertindak pantas menangguhkan perlaksanaan SBPA ini dan tidak tunduk kepada pelan asal perlaksanaan SBPA yang dirangka oleh kumpulan KSN dan JPA ini.Sekiranya Najib kekal dengan keputusan bersetuju dengan SBPA ini,Putrajaya cukup mudah jatuh ketangan pembangkang dan Tengku Adnan lari malam kalau PRU13 diadakan hari ini.

Inilah yang sering kita sebutkan bahawa ada tangan-tangan ghaib dalam perkhidmatan awam,dalam agensi-agensi kerajaan yang kononnya ckup dipercayai tetapi dalam masa yang sama menanam racun untuk `membunuh’ Najib serta kepimpinannya secara perlahan-lahan. Mereka inilah yang menjadi agen pembangkang dan pembangkang dalam isu SBPA berdiam diri kerana skim itu menguntungkan mereka kerana mereka yakin 1.4 juta penjawat awam itu akan beralih undi untuk menyokong mereka.

Yang jelas Najib ditipu oleh pegawai-pegawai yang beliau harapkan.najib diperdaya untuk menerima bulat SBPA sebelum ini tanpa ditunjukan pelaras sebenar gaji yang melibatkan penjawat awam terutama sekali daripada kumpulan Sokongan 1 dan 2. Dan kalau benar Najib ditipu ataupun diperdaya untuk menerima pelarasan SBPA ini,beliau harus mengambuil tindakan kepada mana-mana pegawai yang cuba menjadikan beliau dibenci oleh penjawat-penjawat awam. dan mengsabotaj pelan transformasi penjawat awam ini.

Sekali terpedaya boleh dikatakan terlepas pandang tapi kalau banyak kali sangat terpedaya,kita sebenarnya bukan pemimpin yang ada kredibliti ataupun intergriti.

TERLALU JAHAT!!! CIS MELAYU TAK KENANG JASA!!!

23 December 2011

Mamat Ni Harus Balik Kepangkal Jalan... Apa Itu Perjuangan Islam Dan BAGAIMANA CARANYA...


Nasrudin Ketua Pemuda PAS kata :
"Telah saya tegaskan sebelum ini bahawa tindakan anak muda itu menurunkan bendera Dato Seri Najib perlu ditangani secara diplomasi. Beliau selaku mahasiswa, selaku intelek muda tentunya mempunyai asas kukuh kenapa beliau bertindak sedemikian. Beri peluang kepada beliau membuat penjelasan, kenapa beliau melakukannya. Kerana saya percaya, jiwa anak muda yang terdidik dengan pelbagai disiplin ilmu di menara gading itu mempunyai asas yang munasabah untuk mewajarkan tindakkannya."


Ini bukan cara anak muda yg intelek
Ini bukan cara anak muda yg berdisiplin
Ini bukan cara anak menara gading
Ini bukan cara ISLAM


Adakah ini cara ISLAM Nasrudin... jangan sesatkan anak2 muda yg masih cetek ilmu dan penuh emosi... nak perjuangkan ISLAM buat cara yg betul... takut nanti berdosa kerana mengiakan akhlak yg Allah benci... kamu ingat Allah suka akhlak macam Adam tu..? 




Gua nasihat Hasrudin jangan bercakap banyak sangat. Kalau ditakdirkan pulak nanti gambar Nicky Aziz atau Hadi dihina ... apa dia nak cakap... apa kata islam tentang hormat pada pemimpin! ADAKAH ANDA BERCAKAP IKUT LOGIK DAN EMOSI atau ANDA KURANG FAHAM TENTANG AKHLAK YANG DIANJURKAN OLEH ISLAM... 


Adakah akhlak macam Adam ini yang di anjurkan oleh islam... kenapa PAS terlalu menyokong akhlak buruk begini... ANDA PERJUANGKAN ISLAM ATAU APA?????

PAS Keluar Pakatan ATAU Brader Hassan Masuk PERKASA... 2 Pilihan !

Sungguh panas dan semangkin panas isu Brader Hassan Ali ni. Terkini jemputan terbuka dari PERKASA.. apa salahnya Hassan Ali join Ibrahim Ali.. kan dua2 anak Pak Ali.. mari kita lihat apa pula kata para pemimpin PAS yang hipokrit.

Sebuah blog tempatan memaparkan pelawaan PERKASA kepada Brader Hassan Ali. Yah... semangkin rancak... PAS pening... DAP pening... PKR ???

22 December 2011

Hassan Ali Dinobat Title Brader!

Blog WUBRA mengambil kesempatan ini untuk menobatkan Dr Hassan Ali dengan relaran Brader of the Year 2011.
Syabas atas disiplin dan prinsip Brader Hassan Ali untuk menegakkan dan berjuang untuk Islam, Melayu & Institusi Diraja. 

Dengarnya Nicky Aziz baru beransur sihat terus menghentak Brader Hassan Ali. Pok Nicky apasal lah takut sangat dengan Brader Hassan, nampaknya byk pemimpin PAS yang takut dengan Brader Hassan... adakah kerana Brader Hassan seorang yang telus dan tegas dengan prinsipnya. 
Prinsip Brader Hassan senang, kerja kerana Allah... pasal tu dia tak heran dengan mamat2 PAS yg hipokrit dan jual agama. 
Anyway to Brader Hassan, Tahniah & WUBRA doakan yang terbaik.

Dari Allah kita datang.. dan kepada Allah kita pulang..

ALERT!!! Free Anwar Campaign Ke-2 (FACK) - Di Bongkar!!!

Blog di petik dari MIM yang membongkarkan dari blog GelagatAnwar tentang RANCANGAN REVOLUSI MENGGUNAKAN MAHASISWA !!!
Pergerakan ini mempunyai modal yg besar yg di fahamkan datang dari Segambut Inner Circle... Menggunakan teknologi canggih seperti twitter dan dicadangkan kepada leader kumpulan dibekalkan dgn Blackberry.. wah ini sudah betul2 desperate...

Pelajar & mahasiswa yang akal cetek dan kuat emosi digunakan oleh anwar desperate utk faedah beliau...
anwar ni bukan bodoh... tapi mahasiswa yang bodoh...

Wahai Mahasiswa Yang Cerdik Pandai.. APA MASAALAH ANDA??? Masaalah anda adalah untuk mendapat Grade yang tinggi dalam pelajaran... Kalau bagi yang tak dapat masuk Uni tu, mungkin la masaalah.. tapi yg kamu semua ni syukurla dapat peluang lanjutkan pelajaran... tak payah nak sibuk politik... kalau belajar pandai.. insyaallah masa depan terjamin...

Anwar ibrahim tu biar lah dia selesaikan masaalah dia sendiri... jangan pasal duit $150 nak rosakkan negara... WAHAI MAK BAPAK... tolonglah pantau anak2 sekalian...

ISLAM Malaysia... Apa Nak Jadi...

Apa nak jadi ni !!! 

Kejohanan Badan Cantik? Nampak tak gambar  Nicky Aziz kat belakang mamat mamat togel ni. Pelik tapi benar...
Mamat melayu kawin sesama jenis di Ireland. Siap pakai baju melayu lagi. Apa nak jadi.. pelik tapi benar...
Apa nak jadi Islam Malaysia/Melayu... Lu fikir la sendiri...

21 December 2011

Semak Jangan Tak Semak... 2012 Mari Kita Lihat Sapa Yang Menang

2011 sudah hampir menutup tirai.. 2012 hampir tiba membuka lebaran baru.. so apa perancangan??? 
2011 memaparkan peperangan cyber yg hangat sekali.. syabas saya ucapkan kepada tentera-tentera cyber yang mengambil bahagian... sekali-sekala ada peluang saya tembak la sikit-sikit pakai pistol buruk.. tak la macam cyber trooper lain yang pakai senjata automatic, bazooka dan ada yang pakai bom jugak... 

Anyhow... yang pasti kita perlu siapkan SATU peluru yang paling penting sekali... iaitu peluru untuk PRU 13 yang yang datang... dan hampir pasti akan berlaku dalam tahun 2012.. jadi sam2 saya mengingatkan diri saya dan rakan2, marilah kita sam-sama semak senarai pemilih dan pastikan nama kita layak dan bagi yang belum mendaftar tu, sila-sila lapangkan diri untuk mendaftar.


Layari laman SPR untuk semak daftar pemilih DISINI.


Sekian terima kasih. Maaf zahir dan batin dan selamat tahun baru dari WUBRA.

14 December 2011

I Love This Brader.. PART II

Brader Hasan Ali bersuara... inilah raut wajah orang yg jujur & ikhlas berjuang demi islam. BRADER HASAN kalau anda membaca blog ini... NO RETREAT NO SURRENDER. Just be yourself.. Allah akan lidungi and beri petunjuk Brader Hasan... ALL THE BEST... Peace YOO




AMARAN/NASIHAT : Kalau ada sesiapa yang BERNIAT BUSUK untuk menjatuhkan Brader Hasan... kamu yang mungkin jatuh nanti... Ingat... God is ALWAYS Watching!!!

13 December 2011

I Love This Brader...

Brader Hasan Ali ... bukan senang nak jumpa orang politik PAS yg tegas dengan prinsip menegakkan ISLAM secara IKHLAS & JELAS & TIDAK HIPOKRIT. 
Gua rasa tak payah lah nak ulas byk2 hal berkaitan BEER SELANGOR dan hal MURTAD DUMC. Ini semua menunjukkan ketegasan prinsip Brader Hasan Ali memperjuangkan ISLAM secara telus untuk umatnya. 


Petikan ungkapan Brader Hasan Ali :
"Saya tiada halangan untuk tidak calonkan semula. Malah ia menjadikan saya lebih kental untuk terus berjuang. Saya berjuang atas nama Islam dan Melayu. Ia tidak tertakluk kepada pemberian apa jua bentuk ganjaran sama ada berbentuk wang, pangkat dan jawatan. Jika ganjaran itu diberikan, ia hanyalah secara kebetulan. Sebab itu saya tegaskan pencalonan ini bagi saya soal kecil. Agenda kita adalah memartabatkan Islam. Oleh itu, tiada sebab saya berasa kecewa kerana cita-cita saya adalah untuk menegakkan Islam."


"Saya mohon Allah mengiktiraf saya. Bukan Pesuruhjaya Pas Selangor iktiraf malah bukan Presiden Pas iktiraf saya. Saya hendak Allah SWT iktiraf usaha kecil yang saya jalankan demi Islam, demi membangunkan bangsa Melayu dan mempertahankan kedaulatan institusi raja".
Nampak tak macam mana prinsip mudah Brader Hasan Ali....
Hanya bergantung kepada pengiktirafan Allah SWT dan yang diperjuangkan adalah ISLAM, Melayu dan Institusi Raja.
Brader Hasan, lu ada kelas and insyaallah gua yakin Allah ada perangcangan yg lebih baik untuk anda. Amin

11 December 2011

Sampai Macam Ni Nasib Najib..

Hai hai... mcm2 betul la... hari tu pelacur2 bloggers pakai nama bloggers cari duit.... sekarang pulak sindiket jual nama najib kutip derma... apa nak jadi kutu2 pemalas ni... nak cari duit senang sampai orang lain yg busuk nama.... insaf lah sikit ... lagi2 kalau beragama islam...


Selagi election tak jalan lagi, tengok lah... macam2 penyakit dan cara akan digunakan oleh pelacur2 ni nak cari duit senang... 

Lupa pulak nak ulas... si Tony Pui an Nurul babe apasal tak nak naik Scropene... dulu kutuk semacam, dah di jemput naik, tak nak pulak... apa nak jadi lu org berdua ni.... kesian betul la, asyik nak menipu je kerja... 

06 December 2011

Nicky Aziz... yang ni pulak apa hukum nya...

Pok Nicky.... boleh ke kalau saya pergi ke Bangkung Row and minum wine seperti yang di iklan kan oleh Izah....
Saya tak pandai... boleh tolong tunjuk kan....

Guys make sure u dont come late.... ITS AT 6pm... Wine Masterclass Brader....

Nicky Aziz... yang ni muhrim ke apa ke?

Pok Nicky, boleh ajar saya sikit ke ... dalam islam ni, kalau yang macam gambar kat bawah ni boleh ke...?
Saya kurang mahir.. boleh tolong tunjuk kan...



Kak Jijah pun tengok biasak je...

03 December 2011

TONY Dah Mula Besar Kepala

Tony airasia sudah muala besar kepala... MAHB nak naikkan airport tax selepas 19tahun.. kos operasi telah meningkat.. untuk tidak kerugian dan untuk menampung kos operasi MAHB terpaksa menaikkan airport tax.. KENAPA tony dan airasia nak bangkang dan nak kempen anti kenaikan airport tax... ADAKAH MEREKA NAK TANGGUNG KOS ATAU KERUGIAN.. atau ini adalah langkah awal pengambilan MAHB oleh tony... nanti dia akan datang cakap kalau dia handle MAHB dia tak akan naikkan airport tax... berhati-hatilah..
AMARAN : Kepada partner/geng/vip yang dok protect tony.. beringat-ingatlah, jangan MELAMPAU.. MAS sudah tergadai.. Firefly sudah tergadai.. next what.. ALL FOR THE BENEFIT OF TONY AIRASIA AND YOU GUYS????????

Pautan cerita berkaitan di bawah :

Amran Oleh tony airasia kepada MAHB
Airasia charge fee to use toilets at MAHB airports
6pm today(3/12/2011) T.Sri Bashir kena jumpa azman mokhtar Khazanah... for WHAT?
Management Change at MAHB... For WHAT? Faisal again?
BN akan hilang undi staff MAHB pulak lepas ni???

Sama-sama kita nantikan cerita selanjutnya mengenai tony airasia, azman khazanah, rashdan mas, faisal albar, kalimullah, apa akan jadi pada nasib tan sri bashir MAHB.. nasib MAS, nasib FIREFLY, adakah azman khazanah bekerja jujur..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog