Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

31 July 2012

Anwar Master of Perception At Work : Politik Persepsi Akan Lebih Rancak Sehinggalah PRU13

Dua2 Wayang........... 
Kita boleh lihat bagaimana perletakkan jawatan Lajim Ukin diperbesar-besarkan oleh Anwar dan pembangkang. Hanya mainan politil persepsi sahaja yang mampu dimainkan oleh pembangkang sehingga lah PRU13. Mereka tahu mereka tidak mampu untuk membuat sesuatu yang dapat dilihat hasilnya secara zahir. Secara zahirnya kita tahu terlalu banyak ahli pembangkang lebih-lebih lagi yang berstatus pelopor yang telah meninggalkan parti berbanding ahli yang meninggalkan BN, tetapi Anwar akan cuba membayangkan bahawa akan ada lagi kes seperti Lajim ini. ANWAR PERNAH BOHONG RAKYAT MENGENAI 16 SEPT.... PEMBOHONGAN SEPERTI INI AKAN DIMAINKAN LAGI... Wahai rakyat Malaysia.. fikirkan dengan akal yang matang untuk masa depan anda... Jangan kita tidak bersyukur dengan keselesaan dan keamanan yang tuhan kurniakan pada kita hari ni.. Mengapakah pembangkang terlalu taksub untuk masuk ke Putrajaya.. adakah mereka akan jadi kerajaan yang lebih baik? Atau apakah mereka akan lebih rakus dan 'culture shock' bila dipucuk pimpinan..???


Salleh: Keputusan Lajim dipengaruh perang psikologi pembangkang

31 Julai 2012
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak
KOTA KINABALU - Keputusan bekas Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Lajim Ukin untuk meletakkan semua jawatan dalam parti didakwa kerana terpengaruh dengan perang psikologi pakatan pembangkang yang kononnya akan membentuk kerajaan akan datang selepas pilihan raya umum akan datang.
Menyifatkan keyakinan pakatan pembangkang untuk mencapai cita-cita mereka itu hanya sekadar propaganda politik, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata peletakan jawatan oleh Lajim tidak ada kena mengena dengan masalah dalaman Umno negeri.
"Saya percaya beliau (Lajim) tidak mahu terlepas peluang...sebab itu kenapa beliau cuba mencari sebab untuk misinya itu, tetapi bagi saya, apa yang dijanjikan pakatan hanyalah satu harapan atau impian sahaja," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Lajim sebelum ini mengumumkan beliau meletakkan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuat kuasa serta merta.
Bagaimanapun, beliau memilih untuk kekal sebagai anggota Umno dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

30 July 2012

85,000 Orang Kongsi 400 Juta Minggu Hadapan


Alhamdulillah...

Felcra agih dividen RM400 juta kepada 85,000 peserta minggu depan

30 Julai 2012
TEMERLOH - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Felcra memperuntukkan sejumlah RM400 juta sebagai bayaran dividen kepada 85,000 peneroka tahun ini.

Beliau berkata dividen itu akan dibayar mulai minggu depan mengikut keluasan tanah peneroka.

"Dividen tersebut adalah hasil daripada pengeluaran ladang Felcra sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini bermula daripada Januari hingga Jun lalu.

"Namun, dividen tersebut kurang sedikit daripada tahun lepas atas faktor harga komoditi sawit yang tidak menentu di pasaran global," katanya pada majlis Ihya Ramadan serta berbuka puasa bersama warga dan peneroka Felcra Pahang di Padang Seri Ketumbit Kerdau hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Shafie berkata pendapatan Felcra dijangka mencecah RM800 juta pada akhir tahun ini berikutan pelaksanaan kaedah pembajaan, penanaman sawit secara moden dan terancang yang dilakukan agensi itu bagi mempertingkat hasil ladang.

Beliau juga berkata Felcra merancang memperluas kegiatan bagi menambah pendapatan dan mungkin menyertai bidang pelaburan lain.

"Felcra tidak boleh bergantung kepada hasil ladang secara berterusan kerana ia tidak seperti Felda, yang mempunyai ladang yang luas, tetapi perlu melakukan satu anjakan untuk menambahkan pendapatannya," katanya. - Bernama

Seketul Lajim Keluar UMNO, Dah Berketul2 Keluar PKR

Tunku Aziz sudah pun meninggalkan DAP










Senarai Yang Dah Keluar PKR
Bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar
Bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor
Ketua Penerangan, Ruslan Kassim
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Zainur Zakaria
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk S. Nallakarupan
Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti:
Bekas Naib Presiden, Marina Yusuff
Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Lokman Noor Adam
Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip
Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha
Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim
Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili
Setiausaha PKR Bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali
Bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman
Bekas Naib Presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak
Naib Presiden, Jeffrey Kitingan

Datuk Zaid Ibrahim
Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan
Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman
Bekas calon PKR Teluk Kemang / antara pengasas PKR, Abdul Manap Shahardin
Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat
Ketua PKR Tanjung Malim / Ketua Penerangan PKR Perak, Soraya Sulaiman
Timbalan Ketua PKR Bagan Serai, Roshanita Mohd Basir
Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah AbdullahKerusi Parlimen
Ahli Parlimen Bayan Baru - Datuk Seri Zahrain Mohamed
Ahli Parlimen Nibong Tebal - Tan Tee Beng
Ahli Parlimen Bagan Serai - Mohsin Shamsuri
Ahli Parlimen Kulim Baru - Zulkifli Nordin
Ahli Parlimen Wangsa Maju - Wee Choo Keong
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
Adun Behrang - Jamaluddin Mohd Radzi
Adun Changkat Jering - Kapten (B) Mohd Osman Jailu
Adun Ngemah - Gabriel Adit Demong
Adun Lunas - Md Radzi Salleh
Adun Pelabuhan Klang - Badrul Hisham Abdullah
Adun Bukit Selambau - V. Arumugam
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang - Fairus Khairuddin 

29 July 2012

Real Life Emergency Landing Without Wheels

Bravo to the pilot which landed safely a Boeing 767. It was an emergency situation when the airplane wheels cannot be lowered for the landing and the pilots did a very impressive job bringing down the airplane safely without and mishaps. BRAVO... and for the passengers definitely your prayers helps..   

PM Najib Please Listen, The Crooks Still At Work

Dear Mr PM, all this written below should be sufficient for you to take corrective action... this is the windows you have before election to save MAS.. if you do care sir.. Selamat Berpuasa and maaf zahir batin.


"With 18 on the list above , My dear PM and BOD of MAS and Tan Sri chairman, YB YB , you must not stand still while MAS being screwed to death. MAS is BLEEDING ok!"

xxxxxxxxxxx The finale on conspiracy and sabotages in MAS xxxxxxx


The share suap is a very well planned conspiracy and sabotage mission’s to destroy MAS slowly if not immediately to kill off AA only competitors in Malaysia.

The Pariah parachuted his armies (A.., Danny Rashy, Azhari, Rozman, Amin, Zakiah, Shane Nolan etc etc ) on search and destroy missions, forcing MAS to swallow poison’s pill after a poison’s pill so that MAS is so sick that MAS won’t be competitive to operate for at least the next 10-20 years.

The list of conspiracy and sabotages that bleed’s MAS to death:

1) Killing off Fire Fly B737-400/800 Jet Services since it is directly  competing with AA as a low cost community carrier and taking over some of its routes.

2) Cut/Stop MAS profitable routes ( Bandung , Surabaya , Sydney etc etc ) so AA can take over the routes and mount additional flight.The rakyat had no choice but to pay what ever price AA put since they are monopolizing this routes.

3) Re schedule / re timed MAS flight to odd hours ( Hong Kong ,  Beijing etc etc ) so that AA take the prime slot. MAS seat’s load factors dived.

28 July 2012

Nasrudin Tantawi : 2 Pembohongan Semasa Debat. Salahuddin Takut Ulamak UMNO

Mulut Ketua Pemuda PAS tidak Islamik langsung, menipu secara terang-terangan.. Dah lah membohong depan orang ramai dalam debat terbuka... bukan sekali malah sampai 2 pembohongan secara terang... saksikan sendiri bukti video secara jelas di bawah.. APAKAH ALASAN NASRUDIN YANG SAMPAI SANGGUP MEMBOHONGI PARA PENONTON YANG TERMASUK PENYOKONG PAS... ?
Apakah penyokong PAS ni dah biasa sangat makan pembohongan pemimpin PAS... 


Yang Salahuddin nak sibuk bila UMNO bercadang nak adakan Majlis Ulamak, apasal... rasa tergugat ke apa??? Selalu kutuk UMNO, itu ini semua tak betul, bila nak wujudkan majlis ulamak pun tak betul jugak ke.. ? Yang Nasrudin berbohong secara terang-terang hang tak nak tegur, bila ada ura2 UMNO nak adakan majlis ulamak, lu kecoh apasal.. kalau anda jujur, betulkan PAS dulu.. 
PR dakwa Umno mahu tubuh majlis ulama kerana ‘tercalar’
NURUL AINI MOHAMED ALI
28 Julai 2012
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mendakwa Umno mula rasa tergugat dan kredibilitinya tercabar sehingga timbul cadangan mahu menubuhkan majlis ulama.

“Kredibiliti mereka mula tergugat hingga terpaksa memberi usul untuk menubuhkan majlis ulama Umno. Ini kerana penubuhan Umno selama ini berpaksikan politik bukan agama.

“Jadi untuk memberi keyakinan kepada orang ramai, mereka terpaksa mengemukakan usul ini kerana rasa tergugat dengan perjuangan Pas yang selama ini bersama-sama Islam,” kata Salahuddin ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Money To Burn : The Company With 2 Logo



Press Statement By Tan Sri Abdul Aziz Bin Abdul Rahman,
Former Managing Director of Malaysia Airline System
23 July 2012

"In the interest of the good name of our National Carrier and also the Nation, I suggest that colours of the Logo and livery on the A380 aircraft be reverted to the airline’s original colours as soon as possible, before it is too late."

The colours of the Logo and the Livery of the MAS A380 aircraft are outrageously wrong. They are wrong for at least two main reasons.

Firstly, the new colours have deviated from the original tradition and objective of the official colours of the national carrier. The colour of the logo has ignored the original tradition and history of the creation of the logo.

The original colour of the logo was red depicting one of the prominent colours of our Flag – the Jalur Gemilang as MAS is the country’s Flag Carrier. Later, dark blue colour was added as one of the main colours of our flag. All these were chosen and approved by the government and in particular YAB Tun Abdul Razak. The airline operated throughout the periods of all the Prime Ministers in those colours.

The latest Prime Minister that approved the logo was Tun Mahathir Mohamad. I remember going to see him with the designer Encik Johan to get his blessing. He was the one who suggested that Logo on the tail of the aircraft be tilted slightly to give the aerodynamic look.

Secondly, the new different colour of the Logo is in conflict with the basic principle of branding in business. It portrays the image of confusion among the consumers and reflects badly on the management. No business organization would do such a thing.

Furthermore, in this case the A380 aircraft will be flying all over the world. It will create a bad image for our National Carrier.

In the interest of the good name of our National Carrier and also the Nation, I suggest that colours of the Logo and livery on the A380 aircraft be reverted to the airline’s original colours as soon as possible, before it is too late.

In this regard, I think the government should investigate to find out as to who had decided on the new colours without sound reasoning and direct the management accordingly.

Signed,
Tan Sri Abdul Aziz Bin Abdul Rahman

Santai : Pit Stop 4 Saat Di Sepang

This is what we call "impressive"... Stop... 1... 2... 3... 4... Go.......Zooommmmm

27 July 2012

Real KL Gangster


Ini adalah gambar terkini di Lorong Haji Taib, "Ini kawasan aku, sapa berani buat hal kat sini, aku suruh Ajib pancung.." 


CFM : Panduan Kepada Kristian Utk PRU13... AWAS

Nampaknya Kristian masih kurang puas dengan kebebasan beragama yang diperolehi di Negara ini. Dibawah adalah keratan dari Pesanan kepada gereja dan penganut kristian di Malaysia oleh NECF - National Evangelical Christian Fellowship Malaysia. Lu orang bawa dan tafsirkan lah sendiri, gua tak nak nanti orang kata gua salah tafsir. Helen Ang sendiri pun dapat menghidu maksud yang cuba disampaikan di bawah. 
Orang Islam asyik sibuk bergaduh dan berpecah, yang untungnya siapa.. 

Baca lapuran dan pesanan di bawah yang ditulis oleh Bishop Datuk Ng Moon Hing, Pengerusi Christian Federation of Malaysia.
Lapuran penuh : http://www.necf.org.my/newsmaster.cfm?&menuid=43&action=view&retrieveid=1418


Maksudnya :
(“Sebuah negara di mana kebebasan agama merangkumi kebebasan untuk menganut, mengamal dan menyebarkan agama di mana ia dibenarkan berkembang tanpa sebarang pembatasan yang tidak wajar dari undang-undang,penegahan ataupun larangan.”)

Baca kupasan dari Helen Ang di bawah :
http://helenang.wordpress.com/2012/07/26/pesanan-persekutuan-kristian-msia-kepada-gereja-gereja-berhubung-pru/

26 July 2012

Lajim Game Over - Tewas Dengan Anwar Akhirnya... Lembik


SUMBER : Parpukari

PANAS BERAPI! WEI LAJIM UKIN! KAU JANGAN MAIN BANGSAT BAH!

Biasanya aku sangat suka dan teruja dengan orang Sabah ni. Aku tau budi pekerti orang Sabah ni sangat tinggi adanya. Negeri yang paling aku suka pergi bercuti adalah Sabah kerana orang-orang disana sangat mesra dan Peramah.

Tapi lain pula halnya dengan sorang timbalan menteri yang juga ketua bahagian beaufort ni, mamat ni kalau dilihat akhir-akhir ini dengan sengaja dia mencari pasal.

Dia dengan sengaja menyebarkan cerita atau berita yang dia berjumpa dengan pimpinan Pakatan Harami, tujuannya senang je, dia mahu dipecat dan dia akan jadi hero!

Tapi Lajim sudah lupa, PM kita ni bijak orangnya, dia tak layan segala drama si Ukin ni. Maka disebabkan PM tak makan drama ni, si Lajim Ukin sudah tak boleh tahan.

Sedikit Info Untuk Aktiviti Dalam Ramadhan

Perkara yang boleh dilakukan ketika puasa banyak, masuk waktu subuh dalam keadaan junub, bersiwak atau memberus gigi, berkumur, memasukkan air ke dalam hidung tanpa berlebih-lebihan, bermesra dan mencium isteri, mengeluarkan darah atau suntikan yang tidak mengandungi makanan, berbekam, merasa makanan, memakai celak, menitiskan air ataupun ubat ke dalam mata, mencucurkan air ke atas kepala serta mandi.

Saya hendak mengambil beberapa perkara yang dijadikan oleh masyarakat seolah-olah perkara itu tidak boleh dilakukan.

Masuk waktu subuh dalam keadaan junub
Ini adalah khusus bagi suami isteri yang berjima’ pada malam hari atau bagi sesiapa yang bermimpi dan dia masuk waktu pagi dalam keadaan belum mandi wajib. Berkata Aisyah dan Ummu Salamah RA,
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِصلى الله عليه وسلمكَانَ يُدْرِكُهُ الْفَجْرُ وَهُوَ جُنُبٌ مِنْ أَهْلِهِ ، ثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ

Ertinya: “Rasulullah SAW pernah memasuki waktu fajar (subuh) dalam keadaan junub kerana bersetubuh dengan istrinya, kemudian baginda mandi dan berpuasa.” 
(riwayat Imam Al Bukhari no. 1926)

Bersugi
Bersugi juga harus ketika sedang berpuasa, seperti mana umum hadis Nabi,
لَوْلاَ أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَلَاةٍ

Ertinya: “Sekiranya tidak memberatkan umatku, nescaya aku akan perintahkan mereka bersugi setiapkali hendak solat (dalam riwayat lain disebut setiap kali hendak berwudhuk).” (riwayat Imam Al Bukhari dan Muslim)
Berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung
Kata Nabi seperti direkod di dalam hadis,
وَبَالِغْ فِى الاِسْتِنْشَاقِ إِلاَّ أَنْ تَكُونَ صَائِمً

25 July 2012

Hudud Karpal Nik Aziz Nasrudin.. Boleh Gila Dgn Drama Mereka Ni..



Nik Aziz tetap nak laksana Hudud
Karpal sanggup mati demi membangkang Hudud
Masa debat Nasrudin kata, Karpal dah okay nak bincang Hudud
Karpal cakap Nasrudin tipu dan mereka cerita
Lepas tu Nasrudin cakap, dia tak ada cakap macam tu
Lepas tu, Nasrudin cakap dia mmg ada cakap mcm tu masa debat
Karpal tegaskan lagi sekali, dia bangkang Hudud
Nik Aziz cakap sekali lagi nak laksana Hudud
Dua2 bertentang pendapat, tapi dua2 berkawan rapat
Dua2 akan terus debat pasal hudud.. rakyat yg tertipu dan terkena dengan drama ni...
Pasal dua2 berpangkat Hero.. kenalah jemput artis2 wanita jadi Heroin pulak... 


Soalan gua.. macam-mana lu orang nak mentadbir bersama, kalau dah 100% berbeza pendapat...
Harap rakyat Malaysia faham dan tak terpedaya dengan telatah PAS & DAP ni...

The STAR Ada Agenda Kristian?

Timbul pulak persoalan baru selepas baca blog Helen Ang. Dari penulisan nampaknya seperti akhbar The STAR mengelak untuk menulis cerita-cerita mengenai masaalah pemimpin dari DAP yang kuat memperjuangkan Kristian seperti Skandal Hannah Yeoh dan Subang Jaya evangelist churches yang dilaporkan terbabit dengan money laundering scam.
Ini telah dilaporkan oleh Singapore press yg mana kes pastor dari City harvest church di Sinapura di bawa ke mahkamah keranan salah laku dan dilaporkan penggelapan wang berlaku melalui City Harvest church Subang Jaya. Kenapa Star mengelak untuk memaparkan berita ini?


Ikuti seterusnya dari Helen Ang di bawah atau KLIK Di Sini.


Does The Star have a Christian agenda?

“Three shots ring out in close succession, and the woman’s shawl-shrouded body slumps to the ground. Whoops, cheers and praise to Allah follow another four shots into her inert form. The latest video footage to come out of Afghanistan purports to show the execution of an allegedly adulterous woman at the hands of the Taliban. The video, filmed last month on a mobile phone and obtained by Reuters, is shocking. But even more atrocious is the fact that such incidents are on the rise in Afghanistan, from Taliban executions to gruesome punishments like cutting off noses and ears, whippings and the forced amputations of hands for accusations of theft.” — TIME magazine (9 July 2012)
MCA Youth chief Wee Ka Siong in a press release yesterday said that “no DAP leader dares to walk with Karpal in condemning PAS” for the Islamist party’s continued hudud push.

24 July 2012

Apa Masaalah Kalau Dulu Farid Ismeth & Rosmah Pernah Berkahwin


Apa masaalahnya kalau dulu Datin Rosmah dan Farid Ismeth pernah berkahwin? Bukan berzina pun.. tak buat dosa pun.. biasa lah berkahwin dan kalau betul pun sekarang mereka jadi bekas isteri dan bekas suami.. whats the big deal.. 
Kalu ia fitnah biarlah yg memfitnah menanggung dosa dan kalu betul pun tak perlu nak dinafikan.. biar aje lah.. tak payah pening-pening, bukan Rosmah nak bertanding PRU13 pun..
Banyak sangat yang cemburu dengan ROsmah dan mungkin banyak yg akan menanggung dosa jika banyak memfitnah..  
Bulan Ramadhan ni, sudah2 lah asyik nak mengaibkan orang.. tak elok tu.. takut nanti kita pulak di aibkan...
Selamat Berpuasa.. Fikir-fikirkan...

Apa Nak Jadi : 3 Pesawat AirAsia DiLarang Berlepas, Penumpang Mengamuk

JAKARTA 21-7-2012–Tiga pesawat Indonesia AirAsia digrounded atau dilarang terbang sejak Jumat malam hingga kini, yang menyebabkan penumpukan penumpang di Terminal 3 Bandara Soekarno-Hatta.
“Memang ada pesawat kami yang digrounded, kami terlambat menyelesaikan proses administrasi spare part sehingga pesawat kami digrounded,” kata Humas AirAsia Indonesia Audery Progastama Petriny kepada Bisnis, Sabtu siang (21/7).
Kepala Pusat Komunikasi Publik Kementerian Perhubungan Bambang S. Ervan mengatakan setelah melakukan pengecekan, dilaporkan bahwa tiga pesawat Indonesia AirAsia dengan nomor registrasi PKAXG,PKAXS, PKAXM disegel oleh Bea dan Cukai.
“Alasan penyegelan belum diketahui. Dampaknya terjadi penumpukan penumpang di B Lounge,” kata Bambang.
Dia menambahkan pihak langkah tindak lanjut yakni telah berkoordinasi dengan  pihak Air Asia. “Kami meminta untuk menempatkan petugas di B Lounge guna memberikan layanan informasi kepada penumpang,” tuturnya.
Bambang menjelaskan pihak Indonesia AirAsia juga sedang mengupayakan penyelesaian dengan pihak Bea Cukai.
“Info terbaru, satu dari tiga pesawat yang disegel sudah diberangkatkan, ini di bawah wewenang Bea Cukai, Angkasa Pura II juga tidak bisa melepas,” ucap Bambang.
Salah satu penumpang Indonesia AirAsia, Agung mengatakan penumpang sempat mengamuk di Terminal 3 Bandara Soekarno-Hatta karena tidak diberikan penjelasan alasan keterlambatan. Dirinya saja yang harusnya terbang ke Yogyakarta pukul 09.55 WIB dengan nomor penerbangan QZ 7552, hingga kini (pukul 11.30 WIB) belum ada kepastian kapan diberangkatkan.
“Tadi penumpang yang ke Denpasar harusnya berangkat pukul 08.00 WIB marah-marah. Namun baru saja ini mereka dipanggil untuk naik pesawat,” kata Agung.
Dia mengaku sempat bertanya kepada petugas di bandara alasan keterlambatan, menurut petugas karena ada masalah spare part, sehingga pesawat dilarang terbang oleh pihak Bea Cukai bandara. (faa)
SUMBER : http://weechookeong.wordpress.com/2012/07/24/3-pesawat-airasia-ditahan-bea-cukai-bandara-soekarno-hatta-penumpang-mengamuk/
SUMBER : http://www.solopos.com/2012/channel/nasional/3-pesawat-airasia-ditahan-bea-cukai-bandara-soekarno-hatta-penumpang-mengamuk-203408

23 July 2012

Karpal Tewas Dengan Nasrudin

Kenapa makin menjadi-jadi Nasrudin cuba nak menipu.. mula2 cakap Karpal kata sedia bincang tentang Hudud. 
Kemudian bila Karpal menafikan pernah berkata sedia bincang mengenai Hudud, Nasrudin manafikan yang beliau ada berkata bahawa Karpal sedia bincang pasal Hudud.
Kalau anda dah tengok video betul2 MEMANG CONFIRM NASRUDIN BERKATA Karpal sedia bincang tentang Hudud.
Sekarang Nasrudin menafikan pulak bahawa beliau ada menafikan yang beliau mengatakan Karpal sedia bincang tentang Hudud...

 

NST 22 July : KUALA LUMPUR: PAS Youth chief Nasrudin Hassan Tantawi yesterday made an about-turn, claiming that he had never denied what he said about DAP chairman Karpal Singh and hudud at a recent debate.

He admitted saying Karpal had said during a Pakatan Rakyat convention in Penang, "after he befriended Pas", that the issue of hudud could be discussed again.
"It is true I said that. Refer to my speech in the debate," he said, claiming that he had never denied saying it.
In a text message on Friday, Nasrudin was asked whether it was true that he had said Karpal was willing to discuss hudud during the debate, to which his reply was "tidak ada" (I did not).
However, a MobTV.my video recording of the debate on Thursday, titled "PRU13: Orang Muda Pilih Siapa", between the Pas Youth leader and Umno Working Committee Secretariat of Young Ulama chairman Fathul Bari Mat Jahaya, proved otherwise.

Read more: It's true, says Nasrudin - Top News - New Straits Times http://www.nst.com.my/top-news/it-s-true-says-nasrudin-1.110986##ixzz21Pv0WBrH

Status Terkini Blogger APA

Baru aje sebentar tadi pada jam 10.53 malam, 22 Julai 2012, Blogger No 1 Pro BN mengumumkan kini status beliau adalah sebagai blogger Bebas. 

22 July 2012

Kenapa Syiah Itu Sesat & Bahaya

Sempena Ramadhan marilah kita terus dalami ilmu Islam yang dirahmati Allah. Namun manusia itu lemah dan bernafsu.. mereka sering merubah perkara menurut nafsu mereka, begitulah juga dengan Syiah.. ikuti pembongkaran tentang kesesatan dan bahaynya nya Syiah.. sebarkan lah kepada sahabat yang lain.

21 July 2012

Bukti Jelas Nasrudin Tantawi BERBOHONG Semasa Debat

Video dibawah jelas menunjukkan segmen Nasrudin mengatakan Karpal sedia berbincang mengenai Hudud, manakala dalam lapuran NST yang terbaru beliau menafikan ada mengeluarkan kenyataan tersebut...
Kenapa berbohong Din.. Anta kalau nak jadi pemimpin tak boleh berbohong... Harap Nasrudin insaf dan berubah selepas ini.

Tertangkap : Nasrudin PAS Berbohong Semasa Debat

Gua baru aje ingatkan Karpal dah terbuka hati nak binccang tentang Hudud, tapi sayang, sangkaan gua meleset. Rupanya Karpal tetap dengan prinsip yang sama menentang sebarang inisiatif untuk mewujudkan Hudud.
Tapi apa benda baru yang kita pelajari, Ustaz PAS iaitu Ketu Pemuda PAS Nasrudin Tantawi rupanya seorang yang tidak ada segan silu untuk BERBOHONG DI KHALAYAK RAMAI. Gua nak tunggu apakah respon Nasrudin kepada perkembangan terkini tentang Karpal ini. 
Beginikan pemimpin yang PAS cuba ketengahkan? Tidak malukan PAS mempunyai Ketua Pemuda yang menipu secara terang-terangan?



Nasrudin Tantawi boleh dilupakan untuk PRU akan datang, terang2 sanggup berbohong dalam keadaan terdesak... PENGHASUT BEGINI ADALAH KANSER KEPADA MASYARAKAT. Gua berdoa dan harap Nasrudin boleh berubah dan tidak menipu masyarakat di masa depan. Wassalam

No Joke : 5 Inci Dari Maut

Saksikan seorang pemandu trak di stesen minyak yang hanya 5 inci terlepas dari kemalangan yang terjadi secara tidak diduga.

20 July 2012

Santai : Mari Berpuasa Di United Kingdom

Mari saksikan sahbat-sahabat Islam kita menunaikan rukun islam 
ketiga di United Kingdom.. bagaimana scenario 
berpuasa di bukan negara islam.

Salam Ramadhan Al-Mubarak


Karpal Hilang Prinsip : Setuju Bincang Hudud

Satu pembongkaran yang telus oleh Nasrudin, ketua pemuda PAS semasa debat PRU13. Debat kelmarin antara Fathul dan Nasrudin begitu rancak, hangat dan bertenaga sekali. Masing-masing berhujah untuk mengajak pemuda memfokuskan pemikiran dan tindakan dalam menentukan pilihan mereka semasa PRU13 nanti. So dalam debat2 begini akan keluarlah kenyataan2 dan ungkapan yang mungkin kita belum pernah dengar. Semasa berdebat kelmarin Nasrudin dengan nada yang tegas dan yakin mengumumkan bahawa Karpal telah memaklumkan bahawa beliau bersedia untuk berbincang mengenai Hudud.



Masyarakat umum sedia maklum bahawa Karpal sendiri pernah berkata, sekiranya PAS ingin melaksanakan Hudud, harus melangkah mayat beliau dahulu dan kini nampaknya Karpal sendiri tidak berpegang kepada prinsip sendiri. Gua cuma harap ini betullah kenyataan dari Karpal sendiri.. kita harap kalau Karpal boleh mengesahkan dan mengaku beliau bersedia untuk berbincang mengenai Hudud. Syabas Karpal, insyaallah Tuhan telah membuka hati anda.. 
Dan Jangan kita lupa Karpal juga sendiri pernah mengatakan bahawa “Selagi saya hidup, saya akan berjuang untuk melihat seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri,"

17 July 2012

Hai.. Belum Debat Dah Ketar Ke...??


Debat hanya akan berlangsung adalah pada 19 Julai 2012.. tapi hari ni, baru 17 Julai Ketua Pemuda PAS dah bagi statement untuk protect diri sendiri jikalau pada hari debat nanti beliau kalah.. relax la Brader Nasrudin, ini yang tak ada siapa menang atau kalah pun.. kalau anda rasa akan kalah, tak kena hukum apa2 pun.. tak payah nak ketaq apa2 pun, Brader Fathul tu pun orang baik, dia ttak makan orang... hanya nawaitu yang akan menentukan... Wassup Brader..

DEBAT PRU13 Yang Wajib Dilihat

Nasrudin - Ketua Pemuda PAS
Vs
Fathul Bari - Ulama Muda UMNO

Auditorium Karangkraf
Jam 5.00 ptg - 19 Julai 2012


Tak Habis2 Kroni Buat Hal.. Sudah2 Lah.. Mcm Mana Nak Tolong UMNO/BN Menang?




Seronok jika menjadi orang penting dalam sebuah kerajaan yang mengamalkan kronisma seperti di negara ini. Salahlaku pun boleh dilakukan kerana penggubal dasar dan pelaksana melakukan kerja yang sama dan tidak ada pihak lain yang boleh melakukan ‘check and balance’ terhadap mereka. Tidak ada apa-apa yang boleh menegah mereka melakukannya kerana penggubal dasar yang sepatutnya memerhatikan pelaksana melakukan kerja yang baik, sekarang sedang bersekongkol untuk melakukan kerja hina itu bersama-sama.

Anak-anak kepada pemimpin dan orang besar yang bergelar dan bernama lah yang mendapat keuntungan besar dan labanya dalam sistem kronisma yang berlarutan dalam pimpinan negara pada masa kini. Suzi Suliana, anak kepada bekas Ketua Setiausaha Negara, Sidek Hasan adalah di antara yang sangat beruntung kerana pengaruh dan kuasa dalam sistem kita ini.

Suzi Suliana, anak kepada bekas Setiausaha Negara, Sidek Hasan yang kini menjadi Pengerusi Petronas adalah salah seorang yang mendapat laba kekayaan melalui perniagaan yang ‘monopolistic’ apabila beliau telah mendapat anugerah membekalkan tenaga solar yang di berikan oleh ‘Sustainable Development Authority of Malaysia (SEDA)’ dan Suliana dijangka akan menerima keuntungan sebanyak RM70 juta setahun sebagai pembekal 32 peratus tenaga solar kepada keperluan negara.

Sebagai seorang penjawatan awam utama negara, Sidek telah menggunakan pengaruh di atas kedudukan beliau itu untuk memberikan pertimbangan dan keputusan untuk mendapatkan anaknya sebagai orang istimewa dan diberikan perniagaan yang 'monopolistic' ini dan tentunya ia bercanggahan dengan slogan rakyat di dahulukan pencapaian diutamakan.

Suliana tidak mungkin dengan mudah mendapat keistimewaan ini jika bapanya Sidek Hasan hanyalah seorang pemandu lori Felda Angkut yang membawa minyak kelapa sawit ke kilang-kilang penapis Felda di Jengka Pahang. Walaupun 12 syarikat yang berkaitan dengan Suzi ini hanya ditubuhkan dua tiga minggu sebelum tamat tempoh permohonan itu, Suzi telah mendapat begitu besar laba daripada kedudukan bapanya yang menjadi Ketua Setiausaha Negara.

Apa yang didapati dengan mudah oleh Suzi ini tidak ada bezanya dengan apa yang didapati oleh Dato Seri Salleh Ismail, suami kepada Ketua Wanita UMNO Malaysia yang sangat terkenal itu, Shahrizat Jalil. Saya selalu berkata jika Shahrizat itu hanyalah seorang bidan kampung tidak mungkin Salleh mendapat pinjaman mudah dari kerajaan sebanyak RM250 juta untuk memelihara lembu. Dalam isu ini RM180 juta telah di gunakan untuk membeli kondominium-kondominium mewah dimerata-rata tempat diseluruh dunia.
SAMBUNGAN HAL MIRZAN DAN GEORGE KENT

16 July 2012

Realiti : Berita Kurang Enak Utk UMNO/BN....AWAS.. Ini Realiti


13 Julai 2012
Rupa-rupanya semalam PM Najib telah memanggil semua bekas-bekas wakil rakyat BN seluruh negara ke kediaman beliau untuk meminta bantuan untuk BN menghadapi pilihanraya yang paling getir buat parti pemerintah sejak negara merdeka. Dalam keadaan sebegini tentulah sebab kenapa mereka dipanggil itu ialah kerana Najib tidak begitu yakin meraih kemenangan apabila menghadapi parti-parti ‘alternative’ dalam PRU akan datang ini.

Dua orang bekas ADUN dan seorang bekas ahli parlimen telah menghubungi saya dan ketiga-tiga orang ini mempunyai cerita yang sama. “Dah nak tergolek baru panggil kami,” kata salah seorang yang menghubungi saya itu. Menurut kata ahli MUBARAK itu, Najib mengakui yang tekanan terhadap UMNO dan BN sangat kuat dan pihak PR begitu serius dalam usaha untuk ke Putrajaya itu.

“Kami bekas-bekas ADUN dilayan macam orang tidak berguna. Saya pergi kerana saya hendak mendengar temberang Najib dan Muhyiddin sahaja. Kami ini ibarat orang yang ‘dipanggil datang, disuruh pergi. Itu sahaja,” kata bekas ADUN yang masih menganggotai jawatankuasa UMNO bahagian itu.

Bekas ahli parlimen dan Menteri pula berkata, “Muhyiddin kata ada peningkatan sokongan bagi UMNO sekarang. Aku diam aje. Dalam hati aku bertanya, kat mana dia pertambahan sokongan itu? Kat Johor sendiri pun banyak kerusi BN akan lingkup,” katanya kepada saya.

Proxy Yang Dikait Kes 3 Billion Minta Anwar

 
Shadana@Zaliah Zakaria tak dapat lagi nak menahan tekanan sekitar, bila beliau dikaitkan dengan skandal 3 Billion Anwar Ibrahim.

Beliau kini menuntut Anwar beri penjelasan kepada umum untuk membersihkan namanya... kalau betul Zaliah tidak terlibat, beliau boleh buat repot polis.. buat apa tunggu Anwar punya penjelasan yang tentu tidak dapat disahihkan kebenaran nya...

15 July 2012

Santai: Bangunan Tertinggi Dunia 1000m Di Jeddah

Sebelum ini Mecca Royal Clock Tower di Mekah adalah antara bangunan pencakar langit yang tertinggi didunia. Kini satu lagi projek projek pencakar langit telah diluluskan di Arab Saudi dan sedang dalam perancangan pembangunan dan akan dikenali sebagai Kingdom Tower dan akan dibina di Jeddah. Nampaknya negara-negara Arab sibuk berlumba membina pencakar langit.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog