Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

30 September 2012

Akibat Mabuk : 18 SX Only


Inilah akibatnya kalau dah mabuk.. sebab tu yg arak diharamkan.. tengok sendiri gelagat mereka2 yang overdose ni..

Memang Bajet PRU13.. So What?

Bajet 2013 yang dibentangkan berbau bajet PRU13 kata pembangkang, so what? Kalau hampa jadi kerajaan pun benda sama jugak,,, so what? Dua-dua belah sama2 manusia biasa.. tapi yang satu betul2 buat dan yang satu lagi betul2 bangkang... so memang elok la tu... yang pentingnya bajet tu sampai ke rakyat yang memerlukan..
Gua rasa bajet ni okay la... bagi DIRECT pada yang memerlukan.. mungkin kerajaan tak boleh bagi banyak sangat tapi boleh bagi sedikit pada banyak orang untuk merasa...
Sejak kebelakang ni tak banyak projek besar macam dulu2 seperti projek KLCC, Lebuhraya, Putrajaya, Litar Sepang, Pembangunan Langkawi, Cyberjaya dan sebagainya.. so bila tak ada projek besar, maka kuranglah perbelanjaan kerajaan yang akan tempias sampai ke rakyat bawahan... so gua rasa okaylah kalau kerajaan sudi bagi secara direct pasal memang banyak rakyat yg sedang alami kurang kuasa berbelanja..

Ikuti seterusnya artikel RPK on Bajet 2013

The opposition is screaming that yesterday’s budget was merely an election budget. And the government, in turn, denies this. Of course it is an election budget. Everyone can see it is an election budget. So why is the opposition stating the obvious? You do not have to tell us that. We can see that for ourselves, so give us some credit. And why does the government need to deny it as well? In fact, the government might as well just shut up and not say anything rather than insult us.

Ada Pendapat Kekuatan UMNO Makin Lemah

Ezam: Kekuatan Umno makin lemah
NURUL AINI MOHAMED ALI
29 September 2012
Ezam Mohd Noor

SHAH ALAM - Senator Ezam Mohd Noor mendakwa kekuatan Umno kini semakin lemah dan dapat dilihat secara jelas yang kepentingan parti teras Barisan Nasional (BN) ini boleh terancam disebabkan sikap kaum itu sendiri.
Menurut Ezam, walaupun Umno merupakan parti yang cukup lama memerintah negara ini, perpecahan kecil akan memberi impak besar.

"Apa yang saya dapat lihat, Umno sekarang semakin lemah. Perpaduan dalam parti juga semakin menurun dan ini boleh menyebabkan parti veteran negara ini berada di ambang perpecahan," katanya pada Majlis Himpunan Ke Arah Penyatuan Ummah bertajuk “Dakwah Menjana Kesatuan Ummah", hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel sesi "Agenda Penyatuan Ummah Fakta atau Auta?".
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR ini berkata, kaum Melayu negara ini tiada pilihan lain melainkan mesti bersatu bagi memastikan kuasa Melayu tidak terlepas kepada kaum lain.
"Kita mesti bersatu atas nama perpaduan ummah bagi memastikan demokrasi yang kita nikmati sekarang mampu dikekalkan dan diwarisi kepada generasi akan datang," tegasnya yang menyertai Umno lebih tiga tahun lalu.
Tambah beliau, rakyat mesti melihat suatu gagasan besar yang mampu memimpin negara dan wajar melakukan pilihan bijak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Penyatuan ummah ini mesti digalas oleh pemimpin-pemimpin yang berjiwa besar bagi memastikan setiap objektif dapat digapai secara bersama.
"Jika pemimpin berjiwa kecil, bakal berlaku pemimpin yang hanya berfokuskan pada parti semata-mata, bukan kepada kebajikan rakyat," tegasnya.
Tambah beliau, pemimpin yang mampu mendominasi tampuk kepimpinan negara juga tidak boleh mementingkan diri semata-mata.

"Jika pemimpin negara pentingkan diri, bagaimana mahu capai kemajuan negara?" katanya.

Dalam pada itu, penganalisis politik, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat menegaskan, PRU13 bakal menjadi cabaran terbesar kaum Melayu bagi memastikan Umno kekal menjadi parti pemerintah negara ini.

"Jika tiada perpaduan dalam parti, saya yakin Umno sendiri tidak mampu melakukan transformasi dalam negara kita," kata beliau yang turut bertindak sebagai ahli panel.
Beliau menambah, rakyat sendiri boleh menilai dan faham dengan realiti polemik politik masa kini bagi memastikan masa depan negara terjamin dengan memilih parti yang benar dalam PRU13.

29 September 2012

Bila Polis Sendiri Yang Mabuk

Tak boleh tahan tengok polis mabuk yang cuba tahan seorang pemandu awam... Saksikan kelucuan  macam mana polis tersebut beraksi.. he he..

Senarai #kabinetbayangan Sebelum PRU13

Sekarang ni tengah demam isu Bajet 2013, debatlah sampai keluar anak tekak pun gua tak heran. Siapa rajin kerja, pandai cari peluang dan terus berusaha, insyaallah tak perlu risau. Rezeki tu tuhan yang tentukan, kalau tuhan izinkan murahlah rezeki dan sebaliknya kalau tuhan tak izinkan. Kerajaan hanya boleh merancang dan Pakatan hanya boleh membangkang. 
Tapi yang paling PENTING sebelum PRU13 ni, gua nak tengok senarai #kabinetbayangan dari parti gabungan pembangkang. Gua nak tengok senarai2 wakil pembangkang yang dicadangkan untuk memegang jawatan menteri, timbalan menteri dan menteri besar. GUA TAK NAK DENGAR ATAU TENGOK MANIFESTO ATAU JANJI-JANJI SAHAJA, gua dan rakyat nak tengok senarai individu yang bakal menerajui kerajaan sekiranya berjaya... maka bolehlah rakyat membandingkan dengan senarai kabinet yang sedia ada sekarang.
Adakah senarai yang dilapurkan di FMT pada 23 June 2012 adalah muktamat? Bolehkah Anwar memberi kata putus? Kenapa ada 15 kementerian tapi nama yang disenaraikan hampir 50 orang, satu kementerian nak letak berapa menteri? Boleh terangkan tak apa rasional satu kementerian sampai ada 5 nama? Mana pergi pulak kementerian tenaga, komunikasi, kemajuan luar bandar dsb?

Adakah mereka yang disenarai:
  • Ada pengetahuan & pengalaman mengenai kementerian yang dipegang.
  • Adakah amanah & bersih dari skandal
  • Bolehkah mereka benar2 telus & kuatkah mereka melawan nafsu material bila berkuasa nanti

Adakah ini senarai #kabinetbayangan dan di sahkan oleh Anwar Ibrahim.

Siapakah Tricia Yeoh Kepada Anwar Ibrahim

Siapakah Tricia Yeoh? Gaji 18 ribu? Apa kena mengena dengan HDB Singapore? Apa hubungan dengan Khalid Ibrahim? Apa dia buat untuk Anwar Ibrahim? Santapilah artikel nukilan MyMassa di bawah untuk lebih jelas tentang Tricia Yeoh. 




MENGEJUTKAN: ANWAR DAPATKAN NASEHAT SINGAPURA BUAT BAJET PR


Sesiapa yang melihat penyediaan bajet PR kali ini pasti dapat merasakan perbezaan yang ketara. Nampak kali ini, Anwar hendak menekankan agenda meruntuh, demonization beberapa agensi kerajaan yang dibina oleh kerajaan. 

Meruntuh sahaja? Apa sebenarnya yang Anwar inginkan? Apa program baru yang Anwar nak tawarkan.

True & Scary : All Your Life Is Online

Believe it or not.. with few hackers working live at back stage, a guy fake his skill of mind reading... that's not scary.. the scary part is that all this random selected people secrets could be dig from the internet... believe it... this is real... 

28 September 2012

Barat Pakar Media : Jangan Sampai Terpedaya

Jangan kita lalai dan perlahan-lahan termakan dan terkena dengan mainan media barat. Kini mereka lebih berani dan menyumbang dana untuk media tempatan yang pastinya adalah untuk tujuan faedah pihak barat. Ini semua wayang halus yang kalau tidak dipantau akan menggugat kestabilan negara. Awaslah !!!
Pegawai Eksekutif (CEO) Media Development Loan Fund (MDLF), Harlan M. Mandel merupakan salah seorang daripada tiga Pengarah MKini Dotcom yang mengendalikan operasi portal berita propembangkang Malaysiakini.

Selain Mandel yang menjadi CEO kepada syarikat yang dikaitkan dengan penyangak mata wang, George Soros itu, beberapa pemimpin pembangkang turut menjadi sebahagian daripada pemegang saham dalam Mkini Dotcom seperti merujuk kepada profil syarikat itu.

Mandel yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat (AS) dilantik sebagai Pengarah MKini Dotcom pada Julai tahun lalu manakala MDLF pula sudah menaja operasi Malaysiakini sejak lebih sedekad lalu.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang juga Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa mengaku beliau merupakan salah seorang pemegang saham dalam Mkini Dotcom.

25 September 2012

Melayu Yang Bersekongkol dgn Ngeh..



Yang dua kat atas ni memang nampaknya gaya2 tak hormatkan Islam langsung. Sorang bangkang Hudud sampai berani pertarungkan nyawa. Yang sorang lagi perlekehkan umat Islam yang marah dengan tersebarnya video Innocence of Muslim yang mengutuk Nabi Muhammad. Dia cakap orang Islam buang masa dan tenaga aje nak pertahankan kehormatan Nabi Muhammad.  
Tapi yang lebih teruk dan yang paling teruk dua orang melayu kat atas ni yang sanggup bersekongkol dengan dua orang manusia di atas yang terang2 menghina Islam dan umat Islam yang menyanjung Nabi Muhammad. Aspan dengan Sakmongkol ni sayang sangat DAP sampai Islam dihina pun tak peduli... agama apa agaknya.... Gua doakan terbukalah hati brader2 ni.. Kita ni orang Islam manusia biasa yang ada buat salah... tapi kalau kita bersekongkol dengan mereka yang hina Islam... orang yang hina Islam hendaklah kita tegur atau perangi..... but joining them in DAP is damn low... how low can u go... 

Anwar Pakai Kapal Terbang Dato Mohamad Taufik Kot..

APA dah lapurkan pemunya kapal terbang yang anwar pakai tu besar kemungkinannya milik dato mohamad taufik bin haji omar yang juga merupakan ahli lembaga pengarah Vasetti Group dan juga presiden Malaysia Judo Federation... oh kawan-kawan je la... he he... :-)


Seterusnya dari APA

Hebuh pasal Anwar dan Gang naik jet peribadi Dassault Mystere Falcon 900 ke Labuan baru baru ini.Ialah dari Bas Jelajah Merdeka ke Kontena Jelajah Medeka...tiba tiba upgrade'private jet' Falcon 900.Walaupun jet itu bukan milik Anwar tapi bagi seseorang yang pinjamkan jet peribadi kepada seseorang "with no string attached" ianya menjadi cerita hangat lagi panas.

Sahabat blogger Malaysia In Crisis amat kecewa dengan kenyataan beladiri Anwar saperti yang tersiar dimedia yang bunyinya lebihkurang macam ini.....

24 September 2012

Rabu : Budget Wayang Pakatan

Hahaa... tepat sekali nukilan dari blog dTenggara.. Pembangkang yang tak mampu langsung nak wujudkan senarai #kabinetbayangan tiba-tiba nak bentang bajet alternatif... siapa yang buat preparation untuk bajet alternatif ni... senang je...
Pencacai dalam kerajaan curi maklumat bajet sebenar kerajaan... dicuit sana sikit, dicuit sini sikit, lepas tu dibentang sebelum kerajaan bentang bajet rasmi... kalah maharaja lawak.... kalau #kabinetbayangan pun tak mampu nak senaraikan tiba2 boleh buat bajet alterbatif pulak... 

KITA NAK KABINET BAYANGAN, BUKAN BUDGET ALTERNATIF

Apa kejadahnya pihak Pakatan ni nak bentangkan budget alternatif pulak? Kemudian nak berlumba dengan kerajaan bentangkan budget. Siapa Menteri Kewangan mereka? Khabarnya mereka nak bentangkan kepada media pada Rabu ini, mendahului kerajaan memerintah yang akan bentangkan pada hari Jumaat. Ini kes nak berlumba  Ini mesti kes budget cetak rompak. Mereka dah dapat maklumat dari pengkhianat dalam kerajaan, kemudian mereka bentangkan dulu budget yang kononnya budget Pakatan, kemudian dakwa kerajaan tiru mereka. Poodahhhh!

Selaku rakyat, aku bukan nak sangat dengar budget Pakatan ni. Langsung tak berminat. Sebabnya budget orang yang tiada kuasa, tiada duit, memang mudah. Budget angan-angan!

Yang nak sangat aku tahu ialah kabinet bayangan Pakatan kalau mereka dapat memerintah. Kenapa takut sangat puak Pakatan ni nak umumkan kabinet bayangan mereka? Pilihanraya dah tak lama lagi, patutnya dah susun kabinet bayangan dan umumkan kepada rakyat. Kalau dah berkuasa, mana yang tersenarai jadi ahli kabinet dan tak menang, boleh disenatorkan. Apa masalahnya?

Kita nak tahu juga, sebelum mengundi Pakatan, siapa PMnya, siapa TPMnya, siapa Menteri Kewangannya, siapa Menteri Pertahanannya, siapa Menteri Pelajarannya, siapa Menteri yang menjaga wanita dan mungkin juga kalau-kalau ada menteri yang menjaga tong derma? Ada berani?????...atau mereka memang sedar bahawa mereka tidak akan membentuk kerajaan dan hanya ingin menjadi pengacau dalam kestabilan politik Malaysia.

22 September 2012

Persepsi Rasuah : Malaysia VS Singapore

So tengok sendiri carta kat bawah ni and see the big gap between Malaysia n Singapore in terms of Corruption Perception. So teruk sangatlah Malaysia ni kan... Tapi cuba tengok apa makna "Perception" dan bacalah komen dari seseorang yang familiar dan bekerja di Singapore.



I have worked in SG for many years so I am familiar with Lion City.
1. As TI index indicates there is a vast gulf between MY and SG in terms of corruption. This is indeed true and something that I can accept based on my own experience.
2. However the level of corruption is under-reported in Singapore due to the tight media control and the usage of other subtler means to achieve the same aims. The kind of control that SG govt exerts on the media is unparalleled. Even the online media is relatively tame though they have been gaining strength recently. In most cases the govt critics do not have information on govt affairs as most of it is strictly controlled and distributed.
- For example the way government projects are awarded and outsourced are often shrouded in secrecy. Often these contracts are given to PAP supporters. No doubt they have the open tender system but the fact is not all projects are given out through this system or really “open”.

Nak Tengok Burung Pancing Pakai Umpan Macam-mana...

Burung macam pandai lebih pulak... dah lah nak pancing ikan pakai umpan pulak tu... pandai pulak dia goda-goda ikan tu sampai line clear betul2 baru dia ngapp.. ngapp.. ngapp.. power bird.. tengok kat 01:30 macam mana punya laju dia ngap mangsanya... power bird..

iPhone 5 : Terpanjang DI Dunia.. ?

Wow effect... just imagine what you can do with a phone as tall as the latest iPhone 5... nampak memang tak logic.. tapi macam fun jugak... so tengok sendiri iklan Iphone 5 terbaru...

21 September 2012

Politik : Kisah Benar


Most 'First Class' students get technical seats, some become Doctorsand some Engineers.


* The 'Second Class' pass, and then get MBA, become Administrators and control the 'First Class'. 




* The 
'Third Class' pass, enter politics and Become Ministers and control both. 




Last, but not the least,
The 
'Failures' join the underworld and control all the above. 



 
  
And those who do not attend any school,  become
 Swamisand Gurus and Everyone goes to them. 


20 September 2012

Live : Petir Menyambar Laut

Kalau anda tak pernah lihat bagaimanakah rupanya bila petir menyambar permukaan laut.. saksikan klip pendek ini yang baru dirakamkan pada 13 Sept 2012. So, macam mana lah agaknya kan bila kita dengar kisah manusia disambar petir... 

Ngeh Minta Maaf.. Is it for political gain?

Ngeh Tarik Balik 'Tweet".. wah ini untuk political gain la kot macam yang dia cakap kat KJ tu... ha ha.. what a joke... lain kali tu sebelum bukak mulut, fikirla sikit... ok lah Ngeh, gua maafkan lu.. dont worry, gua ni pemaaf orangnya.. :-)


Ngeh Koo Ham
Paparan kenyataan Ngeh Koo Ham yang diambil dari Facebook.
IPOH –  Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham hari ini memohon maaf dan bersedia menarik balik mesej yang dipaparkan melalui laman mikro Twitter berhubung tindakan umat Islam mahu mengadakan demonstrasi membantah filem Innocence of Muslims.
Demonstrasi akan diadakan esok.
Dalam satu kenyataannya kepada media, Koo Ham berkata, apa yang dinyatakan dalam mesej berkenaan hanyalah satu pandangan dalam konteks protes ganas seluruh dunia.
“Saya menarik balik dan meminta maaf kepada Islam yang tersinggung dengan 'tweet' saya kerana ia tidak pernah bertujuan untuk menjadi begitu,” katanya.



WARTAWAN SINAR HARIAN
20 September 2012

Lelaki Tertua Di Dunia Beragama Islam

World’s 'oldest man' dies at 122 after attributing his long life to 'no alcohol, tobacco or women'. Magomed Labazanov was born in 1890, before last tsar Nicholas the Second took the throne. Aged 27 when Lenin seized power in the Bolshevik Revolution in 1917. Twice married, divorcing his first wife because failed to have children. Boasted 18 grandchildren and more than 20 great great grandsons
By WILL STEWART 
Record-breaker: Magomed Labazanov was born in 1890 and died aged 122
Record-breaker: Magomed Labazanov was born in 1890 and died aged 122, it is claimed

A man claimed by Russia to be the oldest in the world has died at the age of 122, said regional officials. 
Magomed Labazanov was born in 1890, before last tsar Nicholas the Second took the throne, and he was 27 when Lenin seized power in the Bolshevik Revolution in 1917, it is claimed. 
His recipe for long life - which he outlined four years ago - was 'abstaining from alcohol, tobacco - and women.'
Despite this he was twice married, divorcing his first wife because she failed to produce any children.
A former sawmill worker, he never learned to read of write but said that a 'proper diet' of fruits, dairy products, corn, whey, fruits, vegetables and wild garlic - 'the true nourishment for centenarians' - was also crucial to his longevity.
He celebrated his 118th birthday by dancing the Lezginka, a popular Caucasus folk dance.
Relatives failed in their mission to enter him in the Guinness Book of World Records because he had no birth certificate or other papers to prove his age. 
Friends said this was due to the chaos in Soviet times when old church and mosque records were destroyed.

MORE PHOTOS AND VIDEO BELOW

19 September 2012

Pangkat Datuk, Tapi Ugut Bunuh.. Apa Nak Jadi...


Datuk ugut bunuh melalui SMS
WARTAWAN SINAR HARIAN
19 September 2012
Koi Pin
Koi Pin menunjukkan laporan polis yang dibuat, semalam. Gambar kecil: SMS ugutan yang didakwa diterimanya.
IPOH – Gara-gara kenyataannya yang tersiar di akhbar tempatan,  Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Batu Gajah  menerima ugutan bunuh daripada individu yang tidak dikenali dipercayai berpangkat Datuk.

Ketika ditemui, mangsa, Loh Koi Pin, 66, berkata, pesanan berkenaan diterima melalui dua khidmat pesanan ringkas (SMS) dan empat panggilan daripada nombor berlainan yang mengandungi kata-kata kesat.

“Saya tidak menyangka kenyataan saya yang tersiar di akhbar itu, telah menyebabkan ada pihak yang tidak berpuas hati dengan saya, dalam kenyataan saya itu, saya mengaku ada menyebut ada wakil rakyat yang dibayar gaji tinggi, tapi tidak memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

“Saya juga ada menyebut bahawa semua wakil rakyat perlu bertanggungjawab dengan melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik demi membantu rakyat selaras dengan slogan ‘Janji Ditepati.’

“Saya tidak merujuk kepada mana-mana individu pun dalam kenyataan itu. Ianya satu salah faham. Kerana khuatir nyawa saya mungkin terancam, saya telah membuat laporan polis berhubung perkara ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sementara itu, Koi Pin berkata, dirinya kini hidup dalam ketakutan akibat daripada panggilan telefon serta SMS yang diterimanya itu.

Demi keselamatannya, beliau sangat berharap agar pihak polis segera membuat siasatan seterusnya dapat memberkas individu terbabit.

“Sudah tentu saya takut, saya diancam dan diugut bunuh.

“Walaupun sehingga ke hari ini masih belum ada mana-mana pihak yang mengganggu saya, saya takut, saya diancam dan diugut bunuh,” katanya.

18 September 2012

Kalau Macam Ni, Lingkuplah UMNO


Sebelum gua hidangkan artikel yang sangat kritikal tentang masa depan UMNO hasil nukilan blog APA, gua nak kasi mukadimah ringkas. 

Dah beberapa kali gua ada menulis bahawa rintangan UMNO untuk menang PRU13 sebenarnya adalah dari dalam UMNO sendiri, iaitu SABOTAJ.. Gua ni bukan UMNO pun dan UMNO pun ada cacatnya seperti manusia biasa, tapi secara peribadi gua lagi tak percaya dengan pembangkang dan tidak yakin mereka mempunyai 30+ barisan pemimpin yang boleh mentadbir negara. I dont mind giving chance but i will only give chance if they can convince they can lead the country. Sebenarnya dua2 pun 2x5 jugak, cuma UMNO/BN ada solid experience dalam mentadbir negara. Pembangkang ni musuh didepan mata, susah ke senang ke, boleh nampak depan mata bila nak lawan.... tapi yg MERISAUKAN adalah musuh didalam yang tak nampak.. iaitu members of UMNO sendiri yg main sabotaj... PRU13 adalah perang terbesar politik untuk masa depan negara dan rakyat Malaysia... Inilah masanya kesatuan dan kesepaduan UMNO diperlukan pada tahap maksima... gua faham yang nak sabotaj tu manusia jugak dan akan kalah dengan hasutan syaitan untuk terus ego, tak nak mengalah dan sebagainya. Gua pun yakin mereka ini pun pernah berusaha dan berjasa pada UMNO. Cuma mungkin tuhan yang takdirkan keadaan tidak mengizinkan anda terpilih sebagai wakil atau calon akan datang. Yakinlah bahawa sesiapa  yang akan dipilih sebagai calon hanya akan terjadi dengan izin Allah... dan menang atau kalah calon tersebut juga adalah atas keizinan Allah. Rasanya bukakanlah hati dan yakinlah dengan takdir dan susunan yang tuhan tentukan. Kalau Anda rasa anda layak tapi kalau tuhan takdirkan anda tidak menang, tak kemana pun... apa hasilnya.. adakah anda hanya akan happy sekadar kerana dapat halang calon lain ambil tempat anda... cukupkah sekadar anda berpuas hati untuk tujuan itu... Buka2 lah pintu hati dan berusahalah dan berdoa agar anda dipilih sebagai calon dan sekiranya anda tidak dipilih janganlah dengar pula bisikan syaitan untuk mensabotaj.. Kalau tujuan kita bersatu untuk kebaikan, masa tu lah syaitan nak pecahkan..   so teruskanlah baca artikel Brader APA yang wajib diberi perhatian ini...

Panas !!! Betul ke Ketua Ketua Bahagian hantar memo pada @NajibRazak ?


Menurut satu sumber (boleh ke atau tak boleh dipercayai tak penting) dikatakan 30 Ketua Ketua Bahagian Umno (majoritinya dari Selangor) telah bermuktamar secara SULIT dan membuat ketetapan menolak nama 'bakal bakal calun yang bukan dari Bahagian Umno' dan MEMORANDUM dikatakan telah pun diserahkan kepada Perdana Menteri.

Ngeh Nasib Baik Jadi Cina Malaysia, Kalau Jadi Cina Kat Indon...

Mungkin Ngeh lupa akan keharmonian bangsa dan agama penduduk negara ini, sampai berani nak perli2 pasal kes video Innocence of Muslim... Hati2 sikit Ngeh.. kalau hang cakap macam ni sebagai Cina kat Indonesia, dah lama kena masak...


Janganlah disebabkan Islam kat Malaysia ni banyak bersabar dan toleransi, lu main lepas cakap aje.. next time belajarlah hormat sikit brader ngeh... jangan celupar sangat, nanti tak pasal2 kena jentik plak.. Betul la Ustaz Asri cakap, jangan campurkan agama dengan politik, sampai yg bukan beragama Islam pun dah berani nak tegur hal isu Islam.. This Is Dangerous !!

16 Sept : Lagi Bayi Di Buang

BUANG BAYI DARI PANGSAPURI – WANITA DITAHAN
Blok 1, Pangsapuri Desa Mentari, Petaling Jaya, Selangor
16 Sept 2012, 11 pagi
Lebih kejam dari binatang, klik di bawah untuk gambar2 seterusnya

17 September 2012

Google Akur Tuntutan Kerajaan Malaysia

Google Blocks Anti-Islam Film In Malaysia

Published: September 17, 2012 AFP
KUALA LUMPUR: Google has begun barring access in Malaysia to an anti-Islamic film that has sparked fury across the Muslim world after the country’s Internet regulator lodged an official complaint.The low-budget movie, entitled “Innocence of Muslims”, has angered followers of Islam for its mocking of the Prophet Muhammad (pbuh), and for portraying Muslims as immoral and gratuitously violent. A spokesman for video-sharing site YouTube, owned by internet giant Google, told AFP on Monday that it began restricting access to clips of the privately-produced film Sunday, in line with its community guidelines. “When videos breach those rules, we remove them. Where we have launched YouTube locally and we are notified that a video is illegal in that country, we will restrict access to it after a thorough review,” he said. 
The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) was reported to have asked Google Saturday to remove clips of the controversial film, believed to have been produced by a small group of extremist Christians in the United States, from YouTube. 
Some extracts of it were still available on the video-sharing website on Monday but several other clips had been blocked to users in the Muslim-majority country.Google has also denied access to the videos in Indonesia, Libya, Egypt and India.In cities across the Muslim world protesters have vented their fury at the amateur film by targeting symbols of US influence ranging from embassies and schools to fast food chains.
The US ambassador to Libya, Chris Stevens, and three other US officials were killed last week in an attack by suspected Islamic militants on the US consulate in Benghazi in protest against the film. A total of 17 people have died in violence so far.
Muslims held demonstrations across Malaysia on Friday, calling for the United States to prevent distribution of the film they said was part of a plot by “Christian extremists”.
Cabinet ministers have reportedly also demanded the film be taken offline and condemned YouTube for being “insensitive” and “oblivious to the tumult it has caused”.
http://tribune.com.pk/story/437937/google-blocks-anti-islam-film-in-malaysia/

Ego nya Airasia


Artikel luahan rasa oleh seseoarang yang sangatlah bertepatan tentang keegoan airasia.... kacang lupakan kulit... dari Malaysia dia diberi peluang dan bila dah berjaya pilih negara lain sebagai Hq.. 
Malindo Airways Selamat Datang..

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin saya bersyukur dan berbangga kepada PM kita kerana melancarkan penerbangan tambang murah yang kedua di Malaysia Malindo Air.
Sudah tiba masa nya kerajaan membuka mata apa yang telah di lakukan olih Air Asia. Sebenar nya saya tidak anti Air Asia tetapi agak kecewa dengan sikap bongkak dan lupa diri pihak atasan Air Asia yang lupa diri bahawa Air Asia tidak akan berjaya ketahap sekarang sekiranya tidak mendapat sokongan dan bantuan dari pihak kerajaan Malaysia.
Seluruh Malaysia tahu Air Asia terlalu bongkak dan sombong sehingga tidak menghormati badan kerajaan seperti Malaysia Airports, Jabatan Penerbangan Awan, dan lain lain lagi.
Secara terang terang nya mereka bergaduh dengan Malaysia Airports hanya kerana tidak mahu menuruti kehendak mereka. Apa yang ada pada mereka ? Kerajaan bersusah payah membina KLIA2 dengan belanjawan yang tinggi khas buat operasi Air Asia dan apabila sudah hampir siap dengar ura ura yang mereka tidak mahu menggunakan KLIA2. Di mana kah sikap kenegaraan dan kebanggaan sebagai syarikat kelahiran tempatan ?

Wow! Wayang LGE Yang Terbaik

Wow.. gua terkezut dengan pendirian DAP kali ni... ikhlas ke brader LGE.. ke semata-mata statement politik beli undi... apa pulak kata big boss mr karpal... wayang terus wayang bro...

DAP kecam filem hina Islam, Nabi
WARTAWAN SINAR HARIAN
16 September 2012
Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng
SHAH ALAM - DAP mengecam keras filem anti-Islam Innocence of Muslims sambil menegaskan ia wajar ditarik keluar dari YouTube.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya mengamalkan prinsip kebebasan bersuara tetapi menolak keras tindakan tayangan filem menghina Islam.

Menurutnya, rakyat Malaysia yang beragama Islam harus bijak menanganinya isu itu tanpa menggunakan kekerasan sebagaimana berlaku di beberapa negara.

"Filem itu jelas kurang sensitif dan jelas mahu mengapi-apikan sentimen keagamaan dan perlu ditarik balik daripada mana-mana laman web dan YouTube.

"Kita yakin bahawa masyarakat Islam di Malaysia sudah cukup matang dan bijak dalam berhadapan dengan tragedi seperti ini, bantahan harus dikemukakan dengan cara yang paling baik demi mengelak kejadian-kejadian yang lebih buruk lagi," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Hampir 20 negara menyaksikan protes membantah filem itu.

Guan Eng menyeru rakyat agar menolak karya ini kerana ia jelas telah membawa penghinaan kepada agama dan kepercayaan masyarakat Islam.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, isu seperti ini harus menjadi teladan bahawa demokrasi dan kebebasan bukanlah lesen untuk menggunakan atau memperalatkan bangsa, agama, budaya atau kepercayaan untuk mencetuskan sengketa atau permusuhan.

Penggempur Mutiara: Panas!!! Abby Abadi Risau Perkahwinannya Dengan Norman Hakim Tidak Sah?!!!

Penggempur Mutiara: Panas!!! Abby Abadi Risau Perkahwinannya Dengan Norman Hakim Tidak Sah?!!!

MAS Emergency landing in Penang


Azhari cares to provide answers for the “technical problem”?

Only the “competent” En Azhari Dhalan could provide us with answers for the “technical problem”.
MAS experienced another “technical problem” for its flight MH181 from Chennai to KLIA yesterday. Thank God that the 195 passengers were in the able hands of MAS pilot and the aircraft made an emergency landing safely in Penang yesterday morning.
No much detail was given for the problems except that “… the diversion was due to low cabin pressure detected during the final phase of the journey.”, inHERE.
Yours truly has been reliably informed that the said MH 181′s right hand side of the air condition duct ruptured which has caused decompression in the cabin and the oxygen masks to drop.  The “technical problem” will no doubt be costly for MAS as it would have to replace the oxygen generators and masks, the air condition ducting and had to pay the direct expenses of fuel dumping, providing accommodation and alternative transport for the passengers from Penang to KLIA. There are about 300 oxygen generators and masks in the aircraft and the cost of each generator is about RM3,000.
The A330 aircraft had to be flown back empty to KLIA for repair work. If the necessary spare parts are not available then this A330 would have to be grounded for sometime. This will no doubt be a lost of revenue to MAS.
This “technical problem” was a costly affair which MAS can ill afford during this difficult time.
Question should be asked whether such “technical problem” could have been avoided in the first place.  It is only the “competent” En Azhari Dhalan, the Head of MAS Engineering Division, could provide us with the answers for this “technical problem”.  At the time of his appointment as Head of MAS Engineering, En Azhari Dahlan was not the DCA or EASA approved Nominated Post Holder.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog