Nampaknya selepas desakan demi desakan dari pelbagai pihak AES bakal dibatalkan atau ditangguhkan penguatkuasaan ke satu tarikh yang lain. Gua pun confuse dgn rakyat dan pemimpin Malaysia ni... nak tegakkan undang2 pun susah.. tujuan nak disiplinkan pengguna jalan raya pun susah... tapi bila accident banyak yg mati pun bising jugak.. rakyat Malaysia ni dah terlalu lemak dan tiada disiplin.. so komen gua.. lu orang punya suka la... lu fikir la sendiri...
Cuepacs juga gesa tangguh AES, rancang kaji selidik seluruh negara
30 Oktober 2012

Sistem AES
SHAH ALAM - Cuepacs turut menggesa supaya pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditangguhkan ekoran desakan yang diterima daripada kakitangan awam, yang jumlahnya lebih 1.3 juta orang.
Semalam, negeri-negeri Pakatan Rakyat (PR) mendesak tindakan sedemikian manakala Pemuda Umno pula mengambil pendirian yang sama hari ini.
Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya menerima pelbagai aduan daripada kakitangan penjawat awam yang berulang-alikdari rumah ke tempat kerja, termasuk mereka yang bergegas atas arahan majikanmasing-masing.
Beliau juga berkata, sistem AES perlu dikaji semula untuk melihat lokasi yang sesuai diadakan kamera dan perlu ada koordinasi di setiap negeri termasuk negeri-negeri ditadbir PR.
“Bukan negeri ini pasang, negeri itu tak mahu pasang, kita terima desakkan daripada ramai kakitangan awam yang berulang-alik untuk bekerja.
“Kadang-kadang keadaan jalan dilihat selamat, cukup sekadar memasang papan tanda had laju, tanpa perlu adakan AES disebabkan keadaan yang 'clear' tanpa sebarang punca kemalangan.
“Seperti waktu balik kampung sempena perayaan baru-baru ini, dari Kuala Lumpur ke Melaka memamakan masa hampir enam jam disebabkan pemandu yang berhati-hati dengan perangkap had laju (AES) itu, ini membuang masa," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.
Mengulas lanjut, Omar berkata, AES adalah perkara yang barudan sepatutnya rakyat perlu diberi taklimat terlebih dahulu sebelum perlaksanaannya dikuatkuasakan.
Katanya, Cuepacs telah minta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengadakan lawatan kerja bersama pihaknya di tempat operasi sistem pemasangan AES tersebut.
Selain itu, beliau menggesa keras kerajaan supaya mengkaji semula sistem pemasangan AES di setiap lokasi dan jika tiada tindakan, Cuepacs akan bertindak mengedarkan soal selidik kepada rakyat, pekerja dan pengguna jalan raya.
“Kita akan bertindak sekiranya pihak bertanggungjawab enggan mengambil tindakan terhadap gesaan kita, kita akan buat sendiri soal selidik '3 in 1' di kalangan rakyat, pekerja dan pengguna jalan raya.
"Melalui soal selidik itu, kita akan tanya sama ada mereka setuju dengan pemasangan AES atau pun tidak," katanya lagi.
Dalam pada itu, Omar juga melahirkan keraguan tentang matlamat pemasangan AES di negara ini kerana kegagalan pihak terlibat memberi taklimat termasuk pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), kakitangan kerajaan dan rakyat.