KFC - akhirnya rakyat Johor menjilat jari..!
KENTUCKY Fried Chicken (KFC) adalah tonggak kejayaan Johor Corparation malah jenama ini bukan sahaja dikenali di Malaysia tetapi turut di kenali di seluruh dunia dan telah melahirkan ramai-usahawan Melayu yang berpaung di bawah syarikat ini.
Tindakan Menteri Besar Johor mahu menimbang cadangan untuk menjual dan difahamkan telah pun menjual KFC ini kepada usahawan Cina menimbulkan berbagai-bagai persoalan apabila sudah banyak aset-aset milik rakyat Johor sebelum ini dijual terutama sekali melibatkan tanah kepada Cina dan mereka mempersoalkan,berapa banyak lagi harta orang Melayu Johor mahu dijual ataupun digadaikan kepada Cina yang berkepentingan?
Penyakit jual harta rakyat ini bukan sahaja berlaku di Selangor tetapi turut berlaku di Negeri Johor ini di mana nama seorang Cina yang dikenali sebagai Lim Kam Hoo sering disebutkan sebagai antara Cina yang mendapat segala kemudahan untuk membeli aset-aset Melayu di negeri itu hingga timbul cakap-cakap,takkan semua harta Johor mahu dijual kepada Cina ini?
Persoalan yang belum terjawab adalah kenapakah pengambilalihan KFCH dan QSR oleh JCorp perlu melalui pihak ketiga iaitu MESB yang 49% sahamnya dimiliki oleh CVC Capital Partners.
Kenapakah JCorp tidak bekerjasama dengan banyak lagi agensi bumiputera yang berkemampuan dari segi kewangan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), FELDA, Lembaga Tabung Haji (LTH), UDA, MARA atau syarikat koperat berkepentingan bumiputera. Cara begini akan memastikan saham KFCH dan QSR tidak akan terlepas kepada warga asing/bukan bumiputera.