Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

31 March 2013

PANAS : TunM & Tun Daim Bertanding PRU13

Memandangkan scenario politik tanahair yg semakin panas dan penuh dengan unsur-unsur yang kurang pasti, ada ura-ura dan berita dari sumber yang boleh dipercayai bahawa berkemungkinan besar Najib bakal menamakan TunM & Tun Daim dalam senarai yang bakal diumumkan sebelum pilihanraya.

Memandangkan TunM & Tun Daim, kedua-duanya yakin BN bakal memenangi PRU13 dibawah pimpinan Najib, mereka tiada halangan sekiranya diperlukan untuk mengukuhkan lagi keputusan pilihanraya nanti.
Perbincangan antara ketiga-tiga sedang berlangsung untuk mencapai keputusan akhir sebelum apa-apa pengumuman dibuat.
Walaubagaimana pun ini mungkin mengambil sedikit masa lagi untuk ditetepkan kerana masa terlalu singkat untuk diputuskan dan lebih-lebih lagi dengan tarikh 1April2013 ini yang lebih sinonim dengan april fool maka berkemungkinan ini hanyalah artikel untuk hiburan pendek sebelum kita tidur. 
Ini hanya sekadar mengisi masa sebelum masuk tepat jam 12.01 pagi. Walau bagaimana pun, adalah unik sekiranya ini terjadi dan segalanya berkemungkinan. 

Most Expensive Handphone USD 3.2 Million

Watch the top ten most expensive cell phones in the world with the top one costing a whooping USD 3.2 million !

Pendapat Isi Rumah Capai RM5,000


Pendapatan isi rumah terus melonjak hasil transformasi

31 Mac 2013
KUALA LUMPUR - Purata pendapatan bulanan Isi Rumah di Malaysia kira-kira RM5,000 pada masa ini berbanding RM4,025 pada 2009, adalah antara hasil awal pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).
   

Penganalisis politik rata-rata berpendapat GTP dan ETP yang dilaksanakan kerajaan bukanlah satu slogan kosong kerana kerana data laporan pelaksanaannya membuktikan ia berjaya melonjakkan pendapatan isi rumah rakyat Malaysia.
   
Mengikut laporan pencapaian GTP dan ETP 2012 dan laporan kad kemajuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibentangkan baru-baru ini, kedua-dua inisiatif tersebut mula menampakkan hasil ketara dalam peningkatan kesejahteraan hidup rakyat.
   
Pensyarah kanan Fakulti Sains Soial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Dr Jeniri Amir berpendapat langkah kerajaan meningkatkan program-program seperti GTP dan ETP merupakan inisiatif bijak dan tepat bagi negara mencapai taraf negara maju dan berpendapatan tinggi.
   
"Kalau dibandingkan lima tahun lepas, memang peningkatannya sangat ketara di mana gaji kakitangan awam dah naik. Kini kita (juga) ada gaji minimum untuk pekerja swasta. Sememangnya transformasi ini perlu bagi membawa negara ke landasan negara maju ke arah wawasan 2020," katanya kepada Bernama.
Katanya Malaysia mencatatkan pertumbuhan tinggi 5.6 peratus, meskipun wujud ketidaktentuan dalam persekitaran luar dan kitaran ekonomi dunia.

Negara Paling Banyak Orang Bunuh Diri



Harapnya negara kita terhindar dari kerja terkutuk ini !!

30 March 2013

How Ust Hadi Can Topple Anwar From Being PM


Mathematically, Hadi Awang could be next PM

Now that PAS has claimed stake of the Prime Ministership if
Pakatan Rakyat wins the 13th general election, a very 
interesting scenario is possible. 

You see, according to the article 43(2a) of the Malaysian 
Constitution, the Yang di-Pertuan 
Agong shall appoint Prime 
Minister a member of the House of Representative who in his 
judgement is likely to command the confidence of the 
majority of the members of that House. 

I believe PAS knows BN just can't stomach Anwar Ibrahim as 
the Prime Minister. 

What does that mean then? 

It means that, if PAS demands for vote of confidence in 
Dewan Rakyat to show who gets 
the biggest support or 
confidence to be the Prime Minister, and if BN MPs, 
particularly 
muslim BN's MPs, vote in favor of PAS, 
then it is possible that PAS' candidate for the 
Prime 
Ministership will be the next Prime Minister and not Anwar! 

Will Anwar once again fail in his attempt to be the Prime 
Minister of Malaysia? Will he miss 
the boat again?

Or will Hadi Awang create history by being the first PAS Prime
minister of Malaysia? 

Time will tell. 

Of course before this could happen, PAS needs BN to like 
them first and Pakatan will have 
to conquer Putrajaya and 
dislodge a very popular Prime Minister. A tough feat indeed 
which 
makes the questions above moot. 

But still, the possible scenario is something to think about. 

Penang - Kawasan Panas Dikenal Pasti


PRU13: 37 kawasan panas Pulau Pinang dikenalpasti
MOHD ISKANDAR OTHMAN
30 Mac 2013
PRU13
PRU13
GEORGETOWN - Polis akan memberi tumpuan kepada 37 kawasan panas yang dikenal pasti untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kawalan keselamatan akan diberi perhatian, terutama di kawasan panas dan berhampirannya bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Beliau berkata, khemah dan pondok polis juga akan diwujudkan di beberapa kawasan yang bersesuaian bagi memantau dan menjaga ketenteraman awam di kawasan berkenaan sepanjang tempoh PRU13.

"Kita sudah siap sedia untuk menjalankan tanggungjawab sepanjang tempoh pilihan raya diadakan.

“Kawalan keselamatan akan diberi tumpuan, terutama selepas pembubaran parlimen, hari penamaan calon dan semasa serta selepas proses membuang undi,” katanya kepada media selepas menyempurnakan upacara pemakaian lencana pangkat bagi anggota pangkat
rendah Kontinjen Pulau Pinang, di sini, semalam.

Pulau Pinang mempunyai 13 Parlimen dan 40 Dun yang mana sebahagian besarnya akan menyaksikan pertembungan sengit calon.

Menurutnya, sehingga kini Pulau Pinang mempunyai 6,000 anggota dan 800 anggota bantuan diperlukan bagi memantapkan lagi tugasan sepanjang PRU13.

“Polis akan mengawal keselamatan orang awam membabitkan 1,545 tempat mengundi di seluruh negeri ini,” katanya.

Sementara itu, sempena majlis berkenaan, 154 anggota rendah dinaikkan pangkat membabitkan 10 anggota dari sarjan mejar kepada sub inspektor, sarjan kepada sarjan mejar (30)  dan 114 orang dari lans koperal kepada koperal.

Jangkaan kawasan panas

Parlimen Kepala Batas
Kawasan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Selain berlaku perebutan antara calon Umno, Pas dijangka meletakkan calon yang mempunyai latar belakang agama untuk merampas kerusi ini.
~ Dun Penaga dan Pinang Tunggal mungkin berlaku persaingan sengit. Penaga akan berlaku persaingan Umno dan Pas manakala Pinang Tunggal antara Umno dan PKR

Harimau Sudah Bangun


29 March 2013

Sambungan Video Gay Melayu


Apakah UMNO/BN Sudah Sedia


Ini adalah komen kepada artikel http://wubra.blogspot.com/2013/03/dokumen-taktik-jahat-pr.html yang ditulis oleh saudara Rashid. So adakah UMNO n BN sudah sedia sekiranya taktik kotor PR seperti yg dibongkar benar2 berlaku? Apakah persediaan sudah cukup?

katakan semua ini benar2 akan berlaku, apakah BN/UMNO/Komponen sudah punyai masterplan untuk tone-down the aggressions dari puak PR. apakah pemuda dan puteri sudah ready untuk bertindakbalas serta gerak dalam bentuk pro-aktif dan offensif. a battle is a battle, a war is a war but the war is a collective nouns of battles in 222 parliamentary constituencies and 528 state seats. saya menyeru supaya "at-all-effort", BN/UMNO/Komponen sudah patut berada di gear 3 pada ketika ini dan henjut ke gear 6 (pakai step-tronics or tip-tronics) sebaik pembubaran Parlimen/DUN, pra penamaan calon, hari penamaan calon, tempoh berkempen, hari mengundi, masa pengiraan undi di peti undi (ini penting-walaupun peti undi 50/50), masa penjumlahan undi, masa istihar menang-kalah sampai esoknya tak kira menang atau kalah. perang sampai muktamad, kalu cabut pokok cabut sekali dengan akar2nya...jangan tinggal walaupun seutas akar. boleh guna qisas; darah dibayar darah, nyawa dibayar nyawa, tumbuk dibalas tumbuk, penampar lawan penampar, penerajang lawan flying-kick. isk3 kalau i am only 30 i would want to volunteer to be the leader of the leaders. setakat kopiah putih baju mata satu aku sekeh biar terpelanting sebatu!!!

Oops...buat umno khususnya jangan lupa peranan perkasa, pekida, jati dan lain2 organisasi sahabat. bagi makan cukup2 sampai puas, jika tidak jadi cam pru12 bilamana pembangkang ambil kesempatan awal sedangkan umno/bn menongkah arus lari sambil berundur...

Calon Perak Sudah Sedia


MB: Senarai calon BN Perak telah muktamad

29 Mac 2013
 Dr Zambry Abdul Kadir
Dr Zambry Abdul Kadir
IPOH - Barisan Nasional (BN) Perak telah memuktamadkan senarai calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13, kata Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.
Bagaimanapun, kata Pengerusi BN negeri itu, keputusan akhir senarai calon tetap akan diputuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN.
"Calon negeri Perak akan mempunyai kombinasi (muka baharu dan lama). Akan ada perubahan kerana sering kali kita sebut untuk kemuka calon yang terbaik.
"Kami juga menghormati ada calon yang telah menjadi wakil rakyat dan berkhidmat dengan baik dan mereka boleh dikekalkan," katanya kepada pemberita pada majlis minum pagi bersama ketua biro organisasi media di Perak di sini hari ini.
Zambry berkata calon yang disenaraikan ialah calon tempatan dan telah melalui proses tapisan yang merangkumi pelbagai aspek.
"Mungkin ada dalam kalangan mereka dikekalkan dan ada yang digugurkan bukan sahaja disebabkan faktor tapisan tetapi juga termasuk faktor populariti," katanya.

Menyingkap Insiden Memali

Janganlah berpolitik sampai menghasut berbunuhan sesama Islam.. sedih bila sampai ayah tidak mengaku anak Ibrahim Libya tetap teruskan...

28 March 2013

Food For Malaysians

Millions of Malaysians could go hungry as unpredictable weather in rice -producing countries is likely to affect our supply of rice. Unpredictable weather in rice-producing countries, spurred by Malaysia’s rising population, could mean less food on the table, warned Kota Belud MP Abdul Rahman Dahlan. “If they have major flooding in rice-producing countries, such as Vietnam or Thailand, or assuming they go to war, where are we going to get our rice?” he asked.
THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin
More than ten years ago, before Malaysia Today was launched, I wrote about the low food production in Malaysia -- in particular rice, which is the staple food of most Malaysians -- and said that if war ever breaks out Malaysians would go hungry; just like they did 70 years ago when the Japanese invaded Malaya and Malayans had to eat tapioca.
After 70 years since the Japanese occupation and more than ten years since I wrote that article, nothing much has changed. Today, Indonesia, which has a population about ten times that of Malaysia, has announced it is now self-sufficient in rice production. Maybe Malaysia should do what Cambodia did -- send the people from the urban areas to the rice fields to plant padi.

27 March 2013

Dokumen Taktik Jahat PR

Sekiranya dokumen yang didedahkan oleh blog ini sahih maka berhati-hatilah dalam menghadapai kempen dan hari pengundian PRU13 nanti.
http://gelagatanwar.wordpress.com/2013/03/27/manual-d-day-pru13/

Berhati-hatilah rakyat Malaysia dengan taktik kotor yang bakal berlaku nanti. Mengundilah dengan akal fikiran yang waras dan tidak emosi.

Scenario Ganas Gambaran Apa Yg Bakal Ditempuhi Semasa Kempen PRU13



Published on 25 Mar 2013
Bertempat dilaluan Star City Kota Kinabalu pada 24 Mac 2013, jam 01.30 t.hari sekumpulan belia gabungan bermotor dan Mahasiswa telah diserang dengan begitu kejam menggunakan parang dan besi oleh samseng keadilan (berdasarkan baju biru berlogo parti keadilan. Sebanyak 5 biji motorsikal telah dirosakkan dengan teruk menggunakan parang dan besi. Kumpulan belia ini hadir sebelum kehadiran Anwar Ibrahim bagi menyatakan bantahan kepada Tian Chua dan Lajim berhubung kebiadapan mereka dengan menuduh insiden di Lahad Datu sbagai satu sandiwara. Bukankah setiap individu rakyat malaysia dibolehkan menyuarakan rasa tidak puas hati dengan cara yang terbuka. 100 % belia ini langsung tidak terikat dgn mana2 Parti Politik. 

Mereka mmperjuangkan kebebasan bersuara namun telah diserang dengan begitu kejam dan ganas. Mengambil contoh prhimpunan Bersih 1.0,2.0 dan Brsih 3.0, Prhimpunan Mahasiswa bantah ptpn, Prhimpuan bantah lynas pserta demo ini langsung tidak diganggu oleh anggota Parti sebelah. Kenapa bila belia Sabah mahu memperjuangkan kebebasan bersuara (dengan cara belia anak2 muda menggunakan motorsikal) diserang dengan begitu kejam dan tidak bertamaddun sehingga ada yang cedera parah. 

Perhatikan baik2 Video ini,sekumpulan belia lalu di jalan raya tempat awam terus diserang dengan begitu kejam oleh orang keadilan berbaju biru berlogo keadilan. Belia ini hnya membawa poster yang bertajuk bantahan terhadap Tian Chua dan Lajim Hj Ukin tetapi terus diserang dengan besi. Setiap blog parti ketika ini yang cenderung kepada parti poltik Anwar Ibrahim telah menuduh belia yg ingin buat demo ini berniat ingin simbah cat keatas bas keadilan dan telah diupah. Ini sebenarnya langsung tidak benar. Belia ini buat demo ini sekadar suka2 sbb sepengetahuan belia ini Anwar Ibrahim adalah bpa kepada demokrasi yg mendokong demo sebgini tetapi ini sebaliknya bila mana belia ini diserang. Pihak parti politik ini juga sebenarnya cuba menutup kesalahan kejam mereka. 

Parang yang digunakan oleh Parti Anwar untuk menyerang belia ini pun turut dimanipulasi dengan menyatakan parang tersebut datangnya dri belia ini. Belia ini mempunyai bukti brgambar abg keadilan yg telah ambil parang tersebut dari bonet kereta jenis Prado milik abg keadilan. Pihak Polis juga bertindak tidak adil bila mana ahli politik orang Anwar dibebaskan sedangkan belia Sabah yang diserang ditangkap. Dimana keadilan untuk belia dan mahasiswa Sabah. Barulah kami sedar betapa ganasnya Anwar Ibrahim. 

Anak Sabah Brotherhood.

26 March 2013

Kandungan SMS Dalang Lahad Datu & Militan Kiram/MNLF

SMS dari Individu Pembangkang di Malaysia :

1. Parlimen akan dibubarkan pada hujung bulan Februari. "Kucar-kacir" mesti dibuat pada hari yang sama. Keadaan mesti dihuru-harakan supaya Najib terpaksa mengisytihar "Darurat".

2. Berjanji akan menyalurkan wang. 50% Deposit.

3. Berjanji akan memberikan Pangkat dan Jawatan.

4. Berjanji "kami tidak kenal kamu dan kamu tidak kenal kami".


SMS balas dari pihak MNLF/ Militan Kiram :

1. Beri kami wang dahulu untuk beli minyak, sewa senjata, upah dan makanan.

2. Kami mahu Jawatan dalam Kerajaan jika Individu Pembangkang tersebut berjaya menjadi Presiden! Kami mahu jawatan Ketua Polis Negeri Borneo Utara, District Officer Semporna, Kunak & Lahad Datu.

3. Elaun kepada Sultan Jamalul Kiram III dan waris-waris dibayar setiap bulan.

4. Memberikan "Kewarganegaran" secara percuma kepada semua keluarga mereka yang berada di Sabah secara automatik.

4. Membatalkan Perjanjian dengan MILF. 

5. Membenarkan tentera MNLF dan Militan Kiram mendirikan Pos Kawalan di Tunku, Lahad Datu.


Sumber : http://mymassa.blogspot.com/2013/03/breaking-news-lahad-datu-sms-individu.html

Pendedahan Bekas Peguam Anwar


AWAS ! Antara Taktik Kotor Yang Akan Bermain Semasa Kempen PRU13


BONGKAR! 10 KEJUTAN ANWAR MENJELANG PRU13 !

Artikel menarik oleh MyNewsHub :


Berikut adalah rumusan keseluruhan akan perkara-perkara yang mungkin dibuat Anwar dan kumpulannya menjelang PRU 13 yang disampaikan Zul Noordin melalui satu ceramah di Pasir Mas, Kelantan, 9 Mac lalu :
1 – Menggunakan keluarga Saiful sendiri untuk melawan Saiful. Seperti yang dibincangkan di atas, ia sudah pun berlaku.  
2 – Akan berlaku kejadian Anwar ditembak sewaktu kempen pilihanraya. Dia akan rancang suasana di mana kejadian tembakan berlaku ketika dia ada, peluru tidak kena pada dirinya, tetapi akan kena isteri atau anaknya… SELEPAS ITU, DIA AKAN KATA KERAJAAN UMNO ZALIM. Taktik raih simpati yang amat licik. Zul Noordin berkata, bunga-bunga ke arah kononnya hidup dia dalam bahaya sudah dimulakan apabila pengawal peribadi Anwar mencabut pistol ketika mengiringi Anwar dalam kereta ke satu lokasi tahun lepas. 
3 – Seorang Pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata. Menurut Zul Noordin, beliau difahamkan bahawa usaha memujuk pegawai berkenaan sedang giat dijalankan. 
***Kemampuan Anwar dari segi ini jangan dipandang rendah kerana bekas Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden yang membuka firma guaman sendiri berjaya diyakinkan untuk mewakilinya dalam satu kes yang datang selepas kes liwat Saiful. 

Cat Jumps As High As 196cm

Watch yourself how high a cat can jump from a standing position..

25 March 2013

Apa Itu KIASU?


Fahami ultra kiasu dan tipu dayanya
RIDHUAN TEE ABDULLAH
25 Mac 2013
(K) RIDHUAN TEE ABDULLAH
$entry.content.caption.value
BERKALI-kali saya nyatakan siapakah ultra kiasu? Tetapi, ada sebilangan buat-buat tidak faham. Tidak mengapa, sebab mereka juga ultra kiasu. Ultra kiasu terdapat di mana-mana, bukan sahaja dalam DAP, bahkan dalam parti-parti lain, termasuk parti komponen BN, yakni mereka yang menolak agenda kebangsaan dan perlembagaan. Tidak kira Melayu, Cina, India dan lain-lain. Sila rujuk kajian saya dalam tesis PhD di UPM bertajuk, "Persepsi pelajar Cina terhadap gerakan politik Melayu, bagaimana memberi label kurang kiasu, sederhana kiasu dan ultra kiasu."

Kiasu dalam dialek saya Hokkien, bermakna fear of loosing, takut kalah atau mahu menang. Bila ditambah ultra kiasu bermakna, langsung tidak mahu kalah. Secara ekstrem, mahu menang sentiasa dalam apa jua keadaan. Siapakah mereka dalam konteks politik Malaysia?

Misalnya, DAP dan mereka yang sewaktu dengannya, mahu mengikuti pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, tetapi gelagat dan perlakuan mereka langsung tidak mencerminkan. Bila pemimpin mereka sebut sahaja mahu mengikuti Khalifah Umar, kita pun bertakbir Allahuakbar. Sedarkah kita apa agenda mereka? Sejak dari dahulu lagi saya mendengar, Pas mendakwa ramai pemimpin DAP sudah cenderung kepada Islam atau mahu memeluk Islam. Mana dia?

Sehingga ke hari ini, bukan sahaja agama Islam tidak dipeluk, tetapi ditentang habis-habisan. Apabila mereka tersepit, perlu sokongan, maka ayat-ayat suci al-Quran dipetik dan diterjemahkan. Kita terpesona dan terus bertakbir, Allahuakbar. Lalu, kita pun berkata, “tengok! DAP pun nak Islam, berbanding Umno”. Kita gunakan ‘Islamnya DAP’ untuk menolak persaudaraan Umno. Kita sanggup kafirkan Umno, kononnya untuk mengIslamkan DAP.
DAP tidak ada pilihan untuk berkuasa, melainkan berkawan dengan Pas. DAP tidak mudah lunak dengan Islam, selagi orang Islam belum dapat ditundukkan. Hari ini, kita lihat siapa tunduk kepada siapa? DAP tunduk kepada Pas atau Pas tunduk kepada DAP. DAP menjadi lunak kepada Pas kerana Pas sudah semakin liberal dan terbuka. Jika Pas masih berpendirian seperti dahulu, mana mungkin DAP akan berkawan dengannya. Dahulu, pengikut Pas tidak pandai bertepuk tangan dalam majlis, tetapi semenjak berkawan dengan DAP, Pas bertepuk lebih kuat daripada Umno.

Khalifah Umar melaksanakan Islam dalam pemerintahannya. Namun, apabila Kerajaan Kelantan mahu laksanakan hudud, kaunter berasingan lelaki perempuan di pasar raya, salun, dan sebagainya, semua ditentang. Pendek kata, apa jua agenda yang ada kaitan dengan Islam ditentang. Seolah-olah negara ini tidak ada asal-usulnya.

Terbaharu, pada saya, bukan Islam yang mahu menggunakan kalimah ALLAH, semuanya ultra kiasu. Kenapa mahu berkongsi ALLAH? Sedangkan sebelum ini, mereka tidak pernah peduli dengan ALLAH? Apabila kita berdoa kepada ALLAH, mereka pertikaikan amalan ini, terlalu Islamik. Kenapa tidak sama-sama menadah tangan jika percaya kepada ALLAH? Apa makna agama Islam sebagai agama rasmi atau persekutuan jika ini 0pun tidak boleh dilakukan?

Apa yang berlaku sekarang adalah kita hanya memberi hak kepada yang berhak. Kita langsung tidak mengambil hak orang lain. Kenapa perlu ditentang? Misalnya, hak istimewa raja-raja Melayu, bahasa Melayu, agama Islam dan kedudukan orang Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak.

Semua perkara ini sudah termaktub dalam perlembagaan dan dipersetujui bersama. Jika dengan pelaksanaan hak-hak ini, bukan Islam hidup merana, miskin, agama mereka tergugat. Kedudukan ini langsung tidak menggugat kedudukan mereka. Malah, mereka menjadi semakin kaya-raya. Kerajaan tidak mengambil atau meminta sedikit pun secara kekerasan, kecuali cukai pendapatan, yang menjadi tanggungjawab semua warga. Terbaharu, daripada 14 orang terkaya di negara ini, 10 Cina, 3 Melayu dan 1 India. Tidak ada seorang pun bumiputera Sabah Sarawak tersenarai. Tanyalah mereka yang kaya-raya ini, ke manakah wang mereka disimpan? Dalam negarakah atau luar negara? Jawapannya, hanya ada pada ultra kiasu.

Saya bimbang ultra kiasu akan lari bila berhadapan dengan krisis seperti Lahad Datu. Sekarang ini mereka berkobar-kobar menyokong, sebab ultra kiasu tidak ada di situ. Yang menjadi korban adalah orang Islam dan bumiputera Sabah. Sebab itu mereka berani berkata itu adalah sandiwara dan mereka yang terkorban mati katak. Masihkah kita buta?

24 March 2013

DAP Kini Hilang Keyakinan Dengan PArti Sendiri

Maka bermulalah episod PAS ditunggang oleh DAP dengan resminya. LimKit Siang nampaknya akan memulakan tunggangan dengan menggunakan nama PAS untuk PRU13 akan datang. Kenapa perlu guna nama PAS? Adakah tidak yakin akan nama DAP sendiri?
Kenapakah PAS begitu mudah dilacurkan oleh DAP yg terang2 menentang cadangan PAS untuk melaksanakan Hudud?
Apa yang dah jadi sekarang ni?


Big Future Plan For US & Opposition For Hands on Lahad Datu

Below is how it is describe by an international journalist Mr Nile Bowie of reality why it could be of US & Malaysia opposition hands involved in Lahad Datu incident.

Filipino terrorists have occupied parts of east Malaysia, and leaders in Kuala Lumpur and Manila smell indications of a political conspiracy. WikiLeaks cables show that a Malaysian opposition leader with deep ties to Washington could be a key suspect.
Malaysia has been in the midst of an ongoing security crisis since early February, when a group of 235 rag-tag militiamen from the neighboring southern Philippines slipped into the eastern state of Sabah and began occupying several villages. While engaging police in several firefights, the insurgents beheaded and mutilated several captured Malaysian security personnel, prompting Malaysian forces to deploy fighter jets in an unprecedented air assault over the area in an operation to flush out the intruders. The gunmen call themselves the “Royal Army of the Sulu Sultanate”, representing the heirs of a long-defunct kingdom which once controlled the territory up until the late nineteenth century. The so-called Sultan of Sulu, Jamalul Kiram III, who is believed to be directing the militant incursion from Manila, insists that Sabah is rightfully part of his kingdom and has vowed not budge on his claims even if his personnel are killed in the standoff.
Malaysians, who are preparing to vote in a pivotal general election just around the corner, have been fixated on events in Sabah as they unfold. The Philippines are soon expecting congressional elections as well, and given the timing, local analysts are wondering how exactly did this elderly self-proclaimed Sultan obtained the resources needed to establish his own private army. Both the Malaysian and Philippine governments have launched official investigations into allegations that figures within Malaysia’s political opposition had a hand in aiding the Sulu gunmen. Reuters cited an anonymous Filipino military officer who claimed that Sulu rebels were “invited to Sabah by a Malaysian opposition politician”.

Amalan Bacaan Quran Dipersoal Lepas 3 Tahun DAP Perintah Penang


By Sungai Rapat on Friday, August 12, 2011 
PENGERUSI Kariah Masjid Padang Menora, Hamir Mahamud menunjukkan pekeliling JHEAIPP melarang bacaan al-Quran dengan menggunakan pembesar suara daripada masjid dan surau ketika ditemui di Padang Menora Tasek Gelugor, semalam.

TASEK GELUGOR: Jabatan Hal Ehwan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.

Arahan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid.

Sudah lebih beratus tahun amalan ini dilakukan oleh umat Islam, di Malaysia kenapa bila DAP memerintah azan dan bacaan Quran diharamkan. Saya merasakan ini adalah penghapusan imej Islam di Pulau Pinang secara sedikit demi sedikit.

Lelaki Ditangkap Kunci Kemaluan Isteri

Kita ingat selalu benda ni cerita lawak2 je.. now tengok kisah benar isteri dikunci kemaluan.

Kronologi : Isu Lahad Datu, Anwar, Misuari, Tian Chua, Sivarasa

EKSKLUSIF LAHAD DATU : BUTIR-BUTIR PENGLIBATAN ANWAR

http://mymassa.blogspot.com/2013/03/eksklusif-lahad-datu-butir-butir.html
SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA KE ATAS PENGLIBATAN ANWAR KE ATAS PENCEROBOHAN PENGGANAS KIRAM DI LAHAD DATU WAJAR DISEGERAKAN
16.7.2012 - Anwar jumpa Nur Misuari secara rahsia dan berasingan. Pertemuan melebihi 1 Jam.

17.7.2012 - Anwar sekali lagi bertemu Nur Misuari. Pertemuan kurang 1 Jam.

18.7.2012 - Sehari kemudian, Anwar membayar Lajim RM20 Juta untuk tinggalkan UMNO. Imbas semula pada tahun 1994, Anwar membayar Lajim RM3 juta supaya tinggalkan PBS.

12-13.10.2012 - Anwar ke Lahad Datu, turut mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Kiram.

18.10.2012 - Anwar sekali lagi menemui Nur Misuari! Pertemuan kali ini sangat serius dan fokus.

2.11.2012 - Anwar mula membuat "spin" dengan lagu "SABAH NAK HILANG"

1.12.2012 & 7.12.2013 - Anwar sekali lagi mempengaruhi minda rakyat dengan lagu "SABAHNAK HILANG"

17.1.2013 - Kapal Perang USS Guardian berlabuh secara salah di Laut Sulu.

23 March 2013

CCTV : Maid Campur Kencing Dalam Masakan

Caught on CCTV how a maid mix her urine while cooking food for the employer. Not once but she mix her urine few time while cooking few dishes... 

Nur Misuari Dikecam


Isu Lahad Datu: Veteran Umno kecam Nur Misuari

23 Mac 2013
Sabah diceroboh

Sabah diceroboh
KUALA LUMPUR - Veteran Umno hari ini mengecam tindakan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari yang memburukkan nama Malaysia di arena antarabangsa dalam isu Lahad Datu dan tuntutan pemimpin pengganas Sulu, Jamalul Kiram ke atas Sabah.
   
Setiausahanya Datuk Mustapha Yaakub berkata perbuatan Nur Misuari itu tidak menyumbang kepada usaha menyelesaikan isu tersebut yang giat dijalankan kerajaan Malaysia dengan kerjasama kerajaan Filipina.
   
"Kenyataan Nur Misuari yang menyifatkan Malaysia sebagai penjajah (Sabah dan Sarawak) bagaikan menyimbah minyak ke dalam api, beliau sepatutnya mencontohi dasar Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang mengutamakan perbincangan dalam mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa berlaku.
   
"Beliau yang amat tahu sejarah pembentukan Malaysia dan banyak menerima bantuan nasihat daripada Malaysia semasa mengetuai MNLF, sengaja mengeluarkan kenyataan untuk memburukkan Malaysia demi kepentingannya sendiri," katanya kepada Bernama di sini.
   
Pada Isnin lepas, Nur Misuari dilapor menuduh Malaysia campur tangan dalam hal ehwal Islam Moro di selatan Filipina serta mendakwa negara ini menjajah Sabah dan Sarawak.
  
Kenyataan itu disanggah Ketua Sekretariat MILF Mohammad Ameen tiga hari kemudian.
   
Mustapha berpendapat kenyataan itu juga membuktikan dakwaan bahawa Nur Misuari adalah antara mereka yang bertanggungjawab mengapi-apikan pengganas Sulu sehingga berlaku pencerobohan di Sabah.
   
"Saya juga berpendapat Nur Misuari sebenarnya cemburu dengan kejayaan yang dicapai MILF dalam perjanjian damai dengan kerajaan Filipina dengan bantuan Malaysia, maka beliau mencari jalan bagi 'menampakkan' namanya dalam kalangan masyarakat Moro di selatan Filipina," katanya.
   
Beliau turut menggesa siasatan terhadap dalang tragedi Lahad Datu itu dapat dilakukan dengan teliti dan pada kadar segera.
   
"Veteran mendesak kerajaan supaya jangan sekali-kali berkompromi dengan pengkhianat negara, walaupun pengkhianat itu warganegara Malaysia ataupun bertaraf pemimpin," katanya.
   
Mustapha juga memohon seluruh rakyat negara ini supaya berdiri teguh di belakang kerajaan untuk mempertahankan kedaulatan Malaysia daripada pencerobohan pengganas Sulu hingga ke titisan darah terakhir.  - Bernama

Survey On Patrick Teoh

Survey dijalankan selepas Patrick Teoh menhina umat Islam yang berimankan AlQuran. Maka beliau sepatutnya hendaklah diambil tindakan yg wajar demi membela hak umat Islam supaya tidak mudah dicaci cela dengan begitu mudah sekali.
Sekiranya tiada tindakan yang tegas maka mudahlah untuk sesiapa saja mempersendakan segala amalan umat Islam!!!

Anwar Tepis Mikrofon TV3

Anwar cukup panas dengan TV3... tengok minit 1:50 macam mana Anwar tepis mic pemberita TV3... 

22 March 2013

Listen, listen, listen Did Rafizi Says "No" sampai 20x

Rafizi cakap :

Papagomo is Fasik
Papagomo is Non-entity
Papagomo Pengundi Hantu
Tapi masih tak jawab kenapa Anwar tak berani saman Dato Trio?

"Can we get the guard, kalau begini seterusnya"

21 March 2013

The Video You Waited To See

Yes it is still an intro video, without the hot stuff but surely it raises question to whom Anwar is talking to. It sounds very casual and friendly and fulls of 'I' and 'U'.. and sound very friendly too.. where is this video taken? To whom Anwar talking? Is this part of the dirty photos exposed earlier which ended with Papagomo being sued or warned to apologize.. lets wait for a coming video soon.

Expose : Senarai Kroni Selangor


Senarai kroni Selangor yg dapat projek melalui direct nego dibongkar. Sumber dari laman blog Sel13.com Maka terbuktilah bahawa janji2 PR nayalah SANDIWARA.. !!

Senarai Syarikat Kroni Yang Diberikan Kontrak Lantikan Terus Oleh Kerajaan Selangor

.Apabila mengambil alih pemerintahan Selangor 2008, PKR menerusi Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor membuat pengumuman bahawa kerajaan mereka akan menghentikan sebarang  pemberian projek secara lantikan terus (direct nego).
Bagaimanapun berdasarkan senarai yang dibekalkan kepada kami oleh seorang kakitangan pejabat MB mendapati apa yang diungkapkan oleh Khalid Ibrahim itu adalah satu pembohongan.
Pada tahun pertama mereka memerintah Selangor iaitu tahun yang sama Khalid Ibrahim mengungkapkan kata-kata di atas sebanyak RM 80 juta projek lantikan terus telah dikeluarkan. Tahun 2009 pula sebanyak RM 30 juta, dan tahun 2010 juga RM 30 juta.
Pemberian projek-projek lantikan terus ini membuktikan mereka cakap tidak serupa bikin dan mereka juga mengamalkan kronisme dimana semua projek-projek tersebut dibolot oleh kontraktor yang mempunyai kepentingan dengan pemimpin pakatan di Selangor.
Berikut adalah senarai antara nama-nama syarikat yang dibekalkan kepada kami dan selepas ini kami akan berusaha mendedahkan satu persatu siapa dibelakang syarikat-syarikat berkenaan.
  • Tarikh lulus : 14 Julai 2009
  • Projek: Kelulusan untuk percetakan akhbar Selangorkini
  • Kontraktor: Syarikat Media Sdn Bhd
  • Nilai : RM 307,480.00 
  • Tarikh lulus : 1 September 2009
  • Projek: Membekal kad raya, sampul raya serta mereka bentuk banner hari raya MB Selangor
  • Kontraktor: D’Macriz Communication
  • Nilai: RM 53,050.00 
  • Tarikh lulus : 18 Feb 2009
  • Projek: Penyelenggaraan E-Perkhidmatan gerbang mesra Selangor
  • Kontraktor: Evera Solution Sdn Bhd
  • Nilai: RM 91,200.00 

20 March 2013

Gambar Misteri Anwar Di Hotel

Dibawah ni paparan gambar orang yang menyerupai Anwar.
Adakah gambar ini di bilik hotel?
Adakah di bilik hotel Hilton?
Adakah gambar ini selepas atau pun sebelum?
Semua persoalan mungkin akan terjawab esok selepas jam 4 petang sekiranya Anwar tidak mohon maaf kepada Papagomo..

19 March 2013

23 Kejayaan Malaysia Di Bawah Pimpinan Najib

Kejayaan Malaysia Sejak Dato Seri Najib Menjadi Perdana Menteri:

1.Jumlah PNK per kapita negara telah meningkat kepada USD9,970 iaitu peningkatan sebanyak 4,000% dlm tempoh lima dekad

2.Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (PPIR) negara meningkat kepada RM5,000 tahun lalu daripada hanya RM4,025 pada 2009.

3.Kadar kemiskinan negara menurun daripada 3.8% pada 2009 kepada hanya 1.7% tahun lalu.

4.Kadar Inflasi Negara kekal rendah pada kadar 1.2 peratus setakat Januari 2013

5.Sebanyak RM2.34 bilion telah diperuntukkan untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

6.Lebih RM524 juta diperuntukkan untuk bantuan persekolahan.

7.Sebanyak RM97.5 juta diperuntukkan untuk Baucar Buku 1Malaysia (BB1M).

8.Sebanyak RM22.3 bilion disediakan utk subsidi, RM873.5 juta utk insentif manakala RM14.6 bilion lagi untuk bantuan

9.Program 1Azam telah berjaya membantu seramai 106,967 rakyat berpendapatan rendah.

10.E-Kasih telah berjaya mengeluarkan 100,000 rakyat daripada belenggu kemiskinan.

11.KPKT, DBKL dan SPNB telah menawarkan lebih 100,000 unit kediaman mampu milik.

12.Lebih 3,300 KM jalan raya telah dibina di kawasan luar bandar.

13.Lebih 1.4 juta isi rumah di kawasan luar bandar telah mendapat bekalan air bersih. 

14.Lebih 470 ribu isi rumah di kawasan luar bandar kini telah mendapat akses elektrik.

15.Sebanyak 53,000 unit rumah penduduk miskin luar bandar telah dibina dan dibaik pulih.

16.Mengeluarkan 164 buah sekolah berprestasi rendah kepada jaluran yang lebih baik.

17.Sektor pelancongan telah berjaya menyumbang RM100 bilion PNK dengan kehadiran 50 juta pelancong ke negara ini

18.Greater KL telah menawarkan projek MRT yang berjumlah RM19.8 bilion. 

19.Kandungan dan infrastruktur komunikasi telah berjaya mengeksport hasil kreatif berjumlah RM547 juta

20.Program TUKAR telah beri manfaat kepada 1,087 pemilik kedai runcit. 

21.Sumbangan PNK negara pada 2020 dijangka mencecah RM135.64 bilion dan mewujudkan 408,443 peluang pekerjaan.

22.Malaysia negara ke-3 terbaik dalam senarai destinasi perkhidmatan luar. 

23.Kuala Lumpur adalah tempat membeli-belah ke-4 terbaik dunia selepas New York, Tokyo dan London


Klik Sumber Di Sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog