Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

31 July 2013

Giliran RPK Bayar Saman

RPK diarah bayar saman terhadap peguam 
Muhammad Shafee sejumlah RM300,000. 

30 July 2013

Chinese Cant(Won't) Admit Their Dilema

From Najib's Chinese Tsunami to Dr Mahathir's Chinese Dilemma

Chinese tsunami, Chinese dilemma

Dr Mahathir Mohamad's thought-provoking piece The Chinese Dilemma has sparked quite a debate. Despite the fact that the piece is actually a tribute to the power "kongsi" (sharing) practice by the ruling political parties, which the Statesman says is now at risk because one particular ethnic race seems to feel that they don't need the others, the reaction to the article published by the New Straits Times has been extreme, even violent in some cases where people resort to calling the ex-PM names.

Some of the responses, which range from the stupid, feeble, comical, dismal, and desperate (not necessarily in that order):

1. http://news.abnxcess.com/2013/07/no-chinese-dilemma-but-a-mahathir-dilemma-kit-siang/
2. http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=136612:dr-mahathirs-pack-of-lies-on-the-so-called-chinese-dilemma-koon-yew-yin&Itemid=2#axzz2aVIRJUtk
3. http://dinmerican.wordpress.com/2013/07/28/mahathirs-nightmare-not-chinese-dilemma/
4. http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2013/07/30/turning-the-tables-on-mahathir-mohamad/
5. http://www.themalaymailonline.com/heres-the-thing/leslie/article/dr-mahathirs-dilemma

Don't we love a good debate! But unlike the critics above, Dr Mahathir was not born yesterday and like it or not he's been proven right, time and again, on matters that affect the well being of Malaysians, be it race, Internet or the economy. A lot of people were quick to call him a racist while calling him 'mamakutty' and other derogatory titles in the same breath. Well, I don't blame them: more powerful people in this world have resorted to calling him names when they can't make him go away.

The same critics (more or less) reacted the same way when PM Najib Razak spoke of The Chinese Tsunami that hit us during the 13th General Election. One Chinese writer put down the loss Chinese votes of PRU13 to Najib's "failure to read the Chinese mind". The writer is only partly right. I think the Chinese have failed to understand the Malay mind, too.

Dr Mahathir's The Chinese Dilemma (as with Najib's Chinese Tsunami) reflects the suspicions, the fears and the aspirations of the Malays on the ground. Not all Malays, of course, but enough Malays. Kit Siang and his hound dogs shouldn't be too defensive; there are excerpts in that article that may help them understand the Malay mind better.

p.s. A bonus to me is Dr M's article has brought back SatD, one of my favourite bloggers, from a long, peaceful slumber to an unexpected posting, The Cinion DilemmaThe thing is, the things he has to say are brutal (and brutally honest) so is you feel like agreeing or disagreeing with him, go over to http://satdthinks.blogspot.com and leave your comment there. Make it thought-provoking ...

Pengasas Arab Malaysian Bank Dibunuh Kerana Isu Tanah


Mohmad Salleh

KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur tidak menolak kemungkinan urusan jual beli hartanah adalah motif di sebalik kejadian Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi mati ditembak di Lorong Ceylon, di sini semalam.
   
Bagaimanapun, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata perkara itu masih dalam siasatan dan pihaknya sedang mengumpul maklumat latar belakang kejadian ini.
   
"Kita percaya perkara ini dilakukan oleh pembunuh upahan. Polis akan memanggil 7 orang saksi untuk merakam keterangan," katanya pada sidang media hari ini.
   
Dalam kejadian semalam, Hussain, 75, ditembak mati manakala isterinya, Chong Mei Kuen, 49 cedera parah ditembak dari jarak dekat di tempat letak kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, di Lorong Ceylon, di sini.
     
Mangsa terkena dua das tembakan di bahagian dada dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya cedera di pergelangan tangan kiri serta paha kanan.

Kata Mohmad, pihaknya akan memanggil saksi termasuk isteri dan rakan mangsa, yang berjumpa dengan mangsa sebelum pembunuhan itu.
   
"Isteri mangsa, Chong, berada dalam keadaan stabil dan polis akan mengambil keterangan secepat mungkin.
   
"Suspek dipercayai mungkin warga tempatan berumur bawah 50 tahun," katanya sambil menambah pihaknya telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terletak berhampiran tokong Cina Kuan Yin Temple untuk mengesan suspek.
   
Beliau berkata teksi yang digunakan suspek untuk meloloskan diri dipercayai teksi sewa.
   
Sementara itu, Jenazah Hussain akan dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini selepas solat Isyak malam ini.

Wakil keluarga Allahyarham, Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah, yang juga sahabat baik kepada arwah berkata kepada pemberita di Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur, jenazah itu akan disembahyangkan di Masjid Wilayah Persekutuan selepas solat Isyak sebelum dikebumikan.
   
Jenazah itu dituntut ahli keluarga setelah proses bedah siasat selesai dilakukan pada 1 tengah hari.
   
Tinjauan Bernama mendapati suasana sedih menyelubungi bilik mayat Hospital itu apabila Chong, yang menaiki kerusi roda dengan ditemani 10 anggota keluarga dan rakan, menangis hiba selepas melakukan pengecaman jenazah suaminya.
   
Chong turut dijaga empat anggota polis berpakaian seragam serta bersenjata M-16.
   
Muhammad Shafee berkata beliau mengenali Allahyarham selama 25 tahun dan menyifatkan arwah seorang yang peramah, bersopan-santun serta suka menolong orang lain.
   
"Dia merupakan orang pertama yang derma US$4 juta kepada tabung pendidikan Universiti Islam Antarangbangsa (UIA) sejak kali pertama ditubuhkan. Kali terakhir saya jumpa arwah ialah pada tiga minggu lepas ketika berbuka puasa bersama," katanya.
   
Katanya Chong masih trauma dan lemah ekoran kejadian itu dan enggan ditemu ramah. - Bernama

28 July 2013

Anymore Question on Scorpene & Altantuya?

Well the architect has reveal all the CLEAR point on the Scorpene issue especially about the time lines and regarding translator requirement for the deals... read on to clear your mind with facts from the deal maker!


SCORPENE ‘Architect’ tells all

Source: My News Hub
Deep-six: In an exclusive tell-all with Haris Hussain, the architect of the Scorpene submarine purchase, Jasbir Singh Chahl, speaks for the first time about the controversial deal. Here, he torpedoes Suaram‘s allegation of massive kickbacks and blows the Altantuya ‘connection’ right out of the water
Torpedoing the myth
IN 1984, an insurance agent from Baltimore, Maryland, published the fictitious story of a Russian submarine commander who tried to defect to the United States in his state-of-the-art Typhoon-class nuclear submarine.
The Hunt for Red October drew inspiration from a real-life account of the 1975 mutiny aboard the Russian destroyer Storozhevoy and became Tom Clancy’s first international bestseller with its tale of intrigue, skullduggery and deception.
Then US president Ronald Reagan called it “a great yarn”. Closer to home, the Scorpene saga has taken many twists and turns. In 2010, Malaysian human rights non-governmental organization Suaram lodged a complaint in the French courts, claiming that French naval firm DCNS had paid RM452 million as a bribe to Malaysian officials to obtain the contract.
The allegations of massive kickbacks and payoffs in the RM4.2 billion deal for the two Perdana Menteri-class diesel powered fast-attack boats have been topped only by the lurid accusations that Mongolian model Altantuya Shaariibuu was murdered because she allegedly knew too much and wanted a ‘mere’ US$500,000 cut from the deal. Over the years, a fascinating conspiracy theory had been woven around this episode and gained traction, linking the submarine deal with Altantuya’s murder.
Hardly surprising since it had all the ingredients of a Hollywood techno-thriller — stories of alleged corruption, deceit, greed, sex and murder. In April, reports in the Spanish and French mainstream media questioned Suaram’s almost fanatical obsession with the case, with one even suggesting that the French legal system was being taken for a ride to serve a greater political end.
Last Friday, Suaram held a fundraising dinner in Petaling Jaya to raise money for its activities, in which fresh allegations were made into the case. After months of trying, the New Straits Times secured an exclusive interview with the central figure in the deal.
It certainly wasn’t a cakewalk — this man guards his privacy jealously and with a passion. As the architect of the Scorpene submarine deal, the last seven years have taken their toll on Jasbir Singh Chahl. Before this meeting, Chahl had steadfastly refused to make statements regarding this case, worried that he might be accused of perverting the course of justice.

27 July 2013

Ini Jawapan, Kenapa Masih Sesat Walau Berpegang AlQuran & Sunnah


Dibogel Dan Dicabul Ahlong

Apa nak jadi ni... Ahlong semakin mengganaz dan menjadi2.. apa kerajaan nak buat utk perbaiki keadaan.. ada cerita terkini pulak ada Pekida yg tolong kutipkan hutang utk Ahlong... Cina semakin karut ... Melayu semakin hanyut...
 
Dibogel, dicabul ah long
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services
Mangsa dibogel, dicabul ah long
Dila ketika ditemubual wartawan Sinar Harian.
KUALA LUMPUR - Bukan hanya dibogel dan dicabul, malah seorang gadis berusia 18 tahun turut diugut gambar bogelnya disebarkan jika abang ipar dan kakaknya gagal menjelaskan hutang ah long.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Dila berkata, abang ipar dan kakaknya itu meminjam lebih RM3,000 daripada ah long sejak akhir tahun lalu, namun gagal membayar balik.

“Akibatnya saya yang terima padah apabila tiga lelaki dipercayai ah long mula datang  mengganggu di tempat saya bekerja,” katanya sewaktu ditemu bual di sebuah rumah perlindungan di pinggir ibu kota, semalam.

Dila berkata, gangguan daripada tiga lelaki itu berlarutan hampir setiap hari sehingga awal tahun ini.

Menurutnya, pada suatu hari ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, tiga lelaki berkenaan memaksanya menaiki motosikal.
“Saya dibawa ke kawasan semak, sebelum mereka mengarahkan saya menanggalkan pakaian dan mengambil gambar saya sebelum dicabul bergilir-gilir," katanya.

Dila berkata, sehingga kini dia tidak tahu di mana abang ipar dan kakaknya berada dan berharap mereka dapat melangsaikan hutang tersebut secepat mungkin.

Anak ketujuh daripada sembilan adik beradik itu memberitahu, berikutan insiden itu emosinya terganggu dan dia kini trauma dan hanya mempunyai ibunya untuk membantu.

Penderitaan Dila tidak habis di situ apabila dia turut mengakui pernah didera oleh abang sulungnya yang mengalami sakit mental sejak lima tahun lalu, memaksa dia tinggal bersama keluarga kakaknya.

“Abang sulung pernah mencabul salah seorang daripada kakak saya, sebelum dia dipenjara kira-kira dua tahun atas kesalahan itu,” katanya.

Menurutnya, abang sulungnya itu juga sering bertindak ganas dengan memukul, menyepak, menghentak kepalanya didinding atas alasan tidak berpuas hati dengan masakannya.

Church 'Street Fighter' Is This Video Considered Sedition

The titles says :

Street Fighter II "Best of Church Edition" Starring Benny Hinn

Is this considered sedition?






This healer got busted when this lady acts as if she 
have polio and acts as if she has been healed. 
Watch at minute 1:00 as the truth is exposed.

26 July 2013

UMNO Nak Jawab ke Tak Isu Ni ?? SK Sri Pristana Bakal Jadi Kem PR

Berat UMNO nak kena jawab ni bila Guru Besar kes sekolah kantin ni dah luahkan perasaannya yg kini sedang dilanda dilema namun tiada wakil UMNO yg timbul utk beri bantuan. What happening to you UMNO... dah lupa diri balik ke? Pergi la cepat bantu guru besar yg juga telah berkorban membantu UMNO dalam PRU13.. 

Gambar Terkini Mekah : Tawaf Dua Tingkat

Inlah gambar terkini dari Mekah yang mana telah siapnya laluan tawaf baru yang dibina secara bertingkat. Alhamdulillah ini bakal membolehkan lebih ramai lagi umat beribadah dalam satu masa. 

Syukurlah satu kemudahan tambahan ini dapat disediakan dan telah pun siap dan bakal digunakan tidak lama lagi.

Merujuk pula kepada artikel http://wubra.blogspot.com/2013/07/buka-aurat-hukum-islam-allah-lebih.html dibawah adalah komen dari salah seorang pelawat laman Wubra.

Syukur Alhamdulillah di atas KETEGASAN dan KEBERANIAN mulia Mufti Wilayah Persekutuan, YB Datuk Hj. Wan Zahidi Wan Teh, dalam mempertahankan Islam/umatnya. 

Sepatutnya Malaysia sebagai NEGARA ISLAM, dan Islam sebagai AGAMA PERSEKUTUAN, juga kena pastikan setiap umat Islam/Melayu, kalau bekerja dengan awam atau mewakili negara dalam apa bidang pun, mesti berpakaian sopan sebagai gadis/lelaki Islam/Melayu, dan kalau bangsa lain, juga mesti berpakaian sopan! Tengoklah pakaian paramugari Air Asia, yang LUCAH dengan skirt ketat dan pendek - seolah memperdagangkan anak-anak gadis Islam/Melayu dan bangsa lain, sebagai pekerja kelab malam murahan! Inilah imej Malaysia yang diketengahkan oleh syarikat penerbangan yang TAMAK ini!

Kenapalah Dunia Islam mesti tunduk kepada UNDANG-UNDANG dan KEBUDAYAAN Barat-Zionis yang KURANG AJAR - yang juga menguasai undang-undang antarabangsa UN itu?! Kenapa kita biarkan mereka macam TUAN PENJAJAH kita? Patutnya OIC (Pertubuhan Dunia Islam) mesti lebih lantang dan berani, contohnya untuk buat sendiri sukan Dunia Islam - kalau Olympik tak bagi serta sukan dia kerana kita tak mahu ikut kebudayaan dia, patutnya kita mesti lawan dengan UNDANG-UNDANG Islam! 

Maka, OIC mesti lebih bijak, di dalam mempertahankan KEDAULATAN dan HAK dunia Islam/umatnya. Lagipun apa salahnya wanita Islam pakai baju mandi atau gymnastik yang bukan seperti bikini tetapi bercirikan Islam contohnya, baju bertangan dan berseluar panjang seperti baju mandi Islam yang makin banyak dipakai oleh wanita Islam termasuk di Barat, walaupun dihina oleh ramai si Kafir Barat-Zionis. Apa jenis undang-undang sukan yang memaksa wanita untuk separuh telanjang - apa kaitan dengan kemampuan ahli sukan?! Jadi undang-undang/demokrasi/hak asasi Barat-Zionis ini sebenarnya SAMPAH semata dan tidak bermoral; wanita diperdagangkan sebagai HAMBA seksual dlm. pelbagai sudut. 

MAKCIK Tempurung – Pertahan Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

(PERHATIAN TERBARU: ada PENYAMUN penakut disyaki dari PENGGANAS/SAMSENG DAP/PKR/Red beans militia durjana yang sekarang meniru gelaran saya sebagai “Pakcik/MAKCIK Tempurung/Temporung” untuk mengelirukan pembaca – mereka juga telah menyamar dengan identiti dan tulisan saya kononnya saya benci dan nak menggulingkan PM kita, dan juga saya seolah bersikap lucah, dan saya telah repot terus ke KDN dan Wanita UMNO!)

25 July 2013

Jom Tukar! Inikalilah...

Sudah ada pilihan yang setanding dan berkualiti. Keputusan ditangan anda. Sokong dan majukan perniagaan dan produk-produk Melayu Islam. Nawaitu yang ikhlas Inshaa Allah dibalas tuhan.

24 July 2013

Calon PAS Tidak Hadir Sesi Keputusan PRK Kuala Besut

BN pertahan kerusi Dun Kuala Besut
Terpancar wajah ceria Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman selepas keputusan Pilihan Raya Kecil Besut diumumkan. - Foto Sinar Harian oleh KHIRU SHALEH ABDULLAH
BESUT - [Dikemaskini] Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut yang berlangsung di sembilan pusat mengundi dimenangi oleh calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dengan 2, 592 undi.

Beliau mengalahkan calon Pas, Azlan@Endut Yusof, seorang ahli perniagaan dan calon tempatan yang dikenali ramai sebagai Che Long.

Pengarah Pilihan Raya, A Rahim Jusoh mengumumkan kemenangan calon BN itu kira-kira jam 10 malam di Dewan Majlis Daerah Besut, di sini.

"Tengku Zaihan telah memperolehi 8, 288 dan Che Long 5, 696," katanya.

Sebelum ini calon BN, Dr A Rahman Mokhtar memenangi kerusi itu dengan majoriti 2, 434 undi mengalahkan calon Pas, Napisah Ismail pada PRU13.

Dalam pada itu, Pengarah PRK Dun Kuala Besut, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan, Datuk Ahmad Maslan, ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Timbalan Pengarah PRK, Setiausaha BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dan ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim turut hadir ke pusat pengiraan undi jam 9.58 malam.

Bagaimanapun calon Pas, Che Long tidak kelihatan pada sesi itu.

MAS Di Tangga Ke-14

World’s Best Airline Ranking
4
Skytrax has published a comprehensive list of the world’s 100 best airlines. The ranking uses a survey of air passengers spanning 160 countries with over 18 million respondents, the largest airline survey in the world.
Topping the list is Dubai-based, Emirates, jumping from #8 last year to the top of the list. Emirates knocked Qatar down one position from its previous #1 reign. Singapore Airlines maintained the third position, followed by ANA All Nippon Airway and Asiana Airlines.
Asian airlines dominated the top 10 without a single European or American brand managing to sneak in. Air Canada was the only North American brand in the top 20 (at #20), while Lufthansa was the first European carrier to rank in at number 11.
Skytrax conducted the survey using an online questionnaire about passenger experiences with airlines on the ground, onboard and during a 10-month period. 40 performance indicators were used to calculate the list including check-in, boarding, onboard seat comfort, cabin cleanliness, food, beverages, inflight entertainment and staff service. The survey covered more than 200 airlines.
Top 15 Best Airlines in the World
1. Emirates
2. Qatar Airways
3. Singapore Airlines
4. ANA All Nippon Airways
5. Asiana Airlines
6. Cathay Pacific Airways
7. Etihad Airways
8. Garuda Indonesia
9. Turkish Airlines
10. Qantas Airways
11. Lufthansa
12. EVA Air
13. Virgin Australia
14.
Malaysia Airlines
15. Thai Airways
World’s best premium economy class: Air New Zealand
World’s best low-cost airline: AirAsia
World’s best aircraft cabin cleanliness: ANA
World’s best economy class onboard catering: Asiana Airlines
World’s best cabin staff: Cathay Pacific Airways
World’s best regional airline: Dragonair
World’s best first class: Etihad Airways
World’s best economy class: Garuda Indonesia
Best low-cost airline in Australia / Pacific: Jetstar Airways
World’s best first class lounge: Lufthansa
World’s best airline signature dish:
Malaysia Airlines
Best airline Australia / Pacific: Qantas Airways
World’s best business class: Qatar Airways
Best staff service in Australia / Pacific: Virgin Australia

23 July 2013

Buka Aurat : Hukum Islam (Allah) Lebih Tinggi Dari Hak Asasi Manusia

Apa nak jadi dgn manusia Islam zaman ini... adakah hak asasi manusia itu lebih tinggi dan penting dari hukum Allah?


HASIL DARIPADA AJARAN "HAK ASASI" YANG DI-PERJUANG OLEH PR.

4 wanita dakwa hanya pakai baju sukan

Kuala Lumpur: Empat peserta Islam pertandingan ratu cantik Malaysia yang dibatalkan penyertaannya, tetap berkeras untuk terus bertanding bagi merebut gelaran Miss World Malaysia 2013 pada 2 Ogos ini.

Seorang daripada mereka, Sara Amelia Muhamad Bernard, 20, berkata dia kecewa dengan fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandi-ngan ratu cantik.
“Saya sedar umat Islam tidak dibenarkan memasuki pertandingan ratu cantik, tetapi saya dimaklumkan oleh pihak penganjur ia dibenarkan kerana kami tidak perlu memperagakan pakaian renang, sebaliknya hanya pakaian sukan,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Seorang lagi peserta, Wafa Johanna De Korte, 19, turut kecewa dengan keputusan pihak penganjur yang membatalkan penyertaan mereka.

Mahu wakili Melayu

“Saya terharu melihat pihak penganjur berusaha mempertahankan dan melihat potensi dalam diri kami untuk mewakili kaum Melayu di dalam pertandingan ratu cantik Malaysia.

“Saya berbesar hati untuk meneruskan perjuangan di dalam pertandingan ini, jika masih ada peluang,” katanya.
Sementara itu, penganjur Miss World Malaysia 2013, Datuk Anna Lim, berkata walaupun menarik balik penyertaan empat peserta Islam itu, pihaknya masih memberi peluang kepada mereka menyertai program itu.

Dalam pada itu, Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) menggesa kerajaan mewujudkan Enakmen Jenayah Syariah berhubung penyertaan umat Islam dalam pertandingan ratu cantik. 

22 July 2013

Halal atau Halam?

Fatwa pengharaman dan logo haram

Kat Malaysia ni kalau perkara yang halal terutama makanan, kita ada logo HALAL. Tapi kalau benda2 haram, kita takde logo HARAM. So aku cadangkan Jabatan Agama agar keluarkan logo HARAM pada perkara2 yang dah terang2 seperti arak, judi dan babi serta perkara2 yang telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa. Kalau tidak tak guna kalau fatwa sahaja haram tapi orang Islam masih bebas boleh beli dan guna macam takde apa2 masalah pun.
Sumber gambar

Berikut adalah antara fatwa2 pilihan mengenai pengharaman sesuatu benda:

1. Shisha haram.

Shisha baru sahaja difatwakan haram oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, tapi kat kedai2 mamak masih boleh dihisap2 kalau kerajaan masih lagi meng'halal'kan penjualan atau penggunaannya. E-cigarette atau rokok elektronik pun kerajaan dah nak mula nak haramkan, mungkinkah lepas ni fatwa pengharamannya pula akan dikeluarkan?

2. Rokok haram.

Rokok juga dah lama Majlis Fatwa haramkan, tapi masih lagi boleh lagi dibeli oleh orang Islam kerana kerajaan masih meng'halal'kan penjualannya sebab masih boleh kutip cukai. Malah walau rokok tu haram, tapi orang2 Islam relaks je hisap macam ianya halal pun. So lepas ni kalau ada logo HARAM kat kotak rokok, rasa2 ada lagi tak orang Islam nak beli dan hisap.

3. Pertandingan Ratu Cantik haram.

Pertandingan ratu cantik juga telah difatwakan haram disertai oleh wanita Islam, tapi sekarang ni boleh pulakwanita melayu Islam join pertandingan ratu cantik ni dengan alasan "Mereka dibenarkan menyertai pertandingan ini selagi tidak berpakaian bikini atau sut renang". Pulak dah. Kalau macam tu apa point ada fatwa?
Sumber gambar

4. Pelaburan ASB/ASN haram.

Dulu pelaburan ASB dan ASN pernah difatwakan haram di negeri Selangor dan Pulau Pinang, tapi orang Islam masih je lagi boleh melabur di ASB dan ASN. Sepatutnya kalau dah haram tu, ASB dan ASN kenalah letak logo HARAM, at least orang Islam tahu akan status halal haram dia. Tapi kalau Majlis Fatwa peringkat negeri sahaja cakap haram, tapi kat Majlis Fatwa peringkat Kebangsaan cakap HARUS, payah jugak.

5. Insurans nyawa haram.

Insurans nyawa juga pernah difatwakan haram dulu pada tahun 1979, tapi sekarang dengan adanya sistem insuran takaful yang lebih Islamik, mungkin pihak kerajaan perlu memberi sama ada logo halal atau haram kepada semua jenis insurans so at least umat Islam ada panduan nak memilih insurans yang halal sahaja. Ini juga tertakluk kepada akaun dan pinjaman2 bank sama ada yang berbentuk konvensional atau Islamik. Dengan adanya logo halal haram pada semua jenis akaun dan pinjaman bank, takde la orang Islam nak guna perbankan konvensional yang dah sah2 penuh dengan riba. Ini tidak, orang Islam sekarang guna perkhidmatan perbankan konvensional macam takde apa2 masalah pun, apa beza dengan guna perkhidmatan perbankan Islamik?

6. Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO) haram.

Pekerjaan sebagai Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO) di kelab-kelab malam, rumah urut, disko, bar, pub dan sebagainya juga haram, tapi sayang masih ramai wanita muslim yang bekerja sebagai GRO, nak buat macam mana, tokey kelab malam pun ramai orang Islam.

7. Ganja haram.

Dadah juga telah difatwakan haram termasuk syabu, opium dan GANJA (hashish), malah ulama termasyhur Sheikd Dr. Yusuf al-Qaradawi juga telah memfatwakan yang ganja adalah haram. Yang bagusnya dadah2 ni bukan hanya difatwakan sebagai haram, malah dalam undang2 negara juga ia diharamkan. Tapi tu pun masih lagi ada orang nak perjuangkan agar ganja itu dilegalkan.

8. Bertafakur di tugu negara haram.

Dah haram dah pun istiadat bertafakur dan meletakkan kalungan bunga di tugu2 peringatan seperti Tugu Negara, bukan 1 tapi 5 6 fatwa dah dikeluarkan, tapi masih lagi ada orang buat terutama pemimpin.

9. Judi dan arak haram.

Yang ni tak perlu fatwa pun, dah konfirm haram, tapi masih ada lagi orang Melayu Islam yang tanpa segan silu beli nombor ekor Sports Toto dan Magnum 4D serta membeli dan menogok botol arak. Patut kat kedai judi dan botol arak tu letak besar2 logo HARAM untuk umat Islam.


Kesimpulannya, aku tak nampak sangat apa fungsi Majlis Fatwa keluarkan apa2 fatwa kalau ia hanya sekadar hukum tapi langsung tiada penguatkuasaan atau at least, peringatan. Walau dah haram tapi orang Islam masih boleh membeli, memakai, mengguna, membuat, memakan dan menyertai tanpa sebarang rasa masalah dan bersalah dari rakyat marhaen sampai peringkat pemimpin. So mungkin sebagai langkah pertama boleh keluarkan logo HARAM sebagai peringatan dan panduan, dan kita tengok macam mana keberkesanannya.

P/S: Setakat ni tiada lagi mana2 parti yang difatwakan haram oleh Majlis Fatwa, yang ada cuma pengharaman daripada agamawan2 tempatan sahaja. So kalau lepas ni ada mana2 parti yang hendak diharamkan, mungkin boleh letak logo HARAM di lambang parti tersebut.

Anwar Dah Suam2 Kuku Ke?

Nampaknya sambutan kempen dan ceramah di Kuala Besut hambar walaupun dengan kehadiran Anwar. Penyokong2 fanatik yang bersemangatkan 'Blackout' pun dah tak kelihatan.... byk yg dah fedup kot asyik kena goreng dgn Anwar... Nampaknya byk dah sedar n dah bosan asyik kena goreng dengan CERITA YG SAMA.. 



16 July 2013

Air Mineral Perasa Kubur Cina?



Sendiri fikir.. uummphh sedapnya..



Rasuah +++ : DAP Dibogelkan

Wawancara AIDC : Mengapa SYA Tinggalkan DAP ?


Ketika berusia belasan tahun, Shen Yee Aun (SYA) sudah berkecimpung dalam arena politik khususnya DAP.
Selepas memasuki Universiti Malaya, SYA sudah menjawat jawatan sebagai Setiusaha DAP, Taman Gembira, Klang, Ketua Pemuda DAP Klang dan Setiausaha Pemuda DAP Kebangsaan.
“Apabila kita muda, kita mudah terikut-ikut dengan idealisme DAP, katanya ketika ditemui AIDC di Petaling Jaya, 6 Julai 2013.
Inilah barangkali bertepatan dengan kempen Penasihat DAP, Lim Kit Siang melancarkan ‘Ejen Impian Malaysia’ di kalangan anak muda baru-baru ini.
“Apabila kita orang muda, kita mudah terpengaruh dengan sistem, kita tidak suka kepada rasuah. Tetapi apabila kita semakin membesar, kita akan menyedari bahawa rasuah …rasuah itu…berada di mana-mana,”kata SYA yang mengimbau kemasukannya ke dalam DAP disebabkan idealisme parti itu bersifat multi bangsa dan anti-rasuah.
Pada tahun 2008, ketika berusia 21 tahun SYA telah dilantik sebagai pembantu pengurus pilihanraya DAP untuk PRU 12, namun selepas Pakatan Rakyat berjaya menafikan 2/3 kemenangan Barisan Nasional dalam PRU itu, pada awal tahun 2009, SYA mengambil keputusan drastik meletakkan semua jawatan dan meninggalkan parti itu.
Dua faktor punca SYA meninggalkan DAP. Itulah wawancara bersama beliau untuk mengetahui sebab-sebab itu.
AIDC : Saudara bermula daripada Universiti Malaya?
Betul.
AIDC : Tamat di UM, terus terlibat dengan DAP ?
Sebelum saya masuk Universiti Malaya, saya sudah terlibat dengan DAP. Dan sebelum dengan DAP, saya sudah bersama IKD (Insititut Kajian Dasar).
Masa tu saya rasa saya di tingkatan tiga atau empat, umur enam belas saya sudah berkecimpung dalam dunia politik.
Lepas masuk Universiti Malaya, sebenarnya saya sudah menjadi Ketua Pemuda DAP Bahagian Klang dan Setiausaha Eksekutif Kebangsaan DAP.
Cuma pada 2009, bila saya tidak lagi mempercayai perjuangan DAP, maka pada masa itulah saya membuat langkah untuk tidak lagi meneruskan perjuangan politik saya dan sampai hari ini saya tidak membantunya.
AIDC : Mesti ada turning point, kenapa saudara tidak lagi mempercayai DAP ?
Sebabnya banyak. Tetapi perkara yang paling utama adalah DAP pada hari ini adalah DAP yang tidak lagi saya kenali.
Sebab kita kena faham sentimen orang muda. Walaupun saya muda, saya mula menyedari hakikat ini lebih awal daripada kebanyakan orang muda.
Apabila kita muda, kita mudah terikut-ikut dengan idealisme DAP.
Pertama, seolah-olah mereka ini adalah multi bangsa. Namun, realitinya kalau kita analisis betul-betul lebih daripada 90 peratus ahli DAP adalah terdiri daripada kaum Cina sahaja.
Kedua, dalam sejarah pilihanraya Malaysia, tidak pernah sekali pun DAP bertanding di kawasan majoriti Melayu. Kalau ada sekali pun, ini adalah kali pertama, ada dua tempat DAP bertanding letak calon Melayu di kawasan majoriti Melayu, tapi calon mereka bukan calon Cina atau India, maksudnya lebih kepada bersifat politik.
Contohnya di Raub, Pahang. Di Raub ini komposisinya lebih 60 peratus adalah Melayu, DAP bertanding, tapi DAP letak seorang calon Melayu bertanding.
Akhirnya mereka bawa pakej, kita multi-racial kerana bertanding di kawasan majoriti Melayu tapi letak calon Melayu, mengapa tidak berani letak calon Cina ?
Kita lihat saja walaupun pasca Pilihan Raya Ke 13, di Selangor, pada mulanya Teresa Kok mengatakan kita mahu empat Exco untuk orang Cina.
Apakah pada awalnya kepimpinan masyarakat India yang ada di Selangor itu tidak dipandang oleh Teresa?
Jelaslah, DAP itu tidak multi-racial. Di mana yang diwar-warkan oleh mereka?
Dan yang kedua, apabila kita orang muda, kita mudah terpengaruh dengan sistem, kita tidak suka kepada rasuah. Tetapi apabila kita semakin membesar, kita akan menyedari bahawa rasuah …rasuah itu..
AIDC : Berada di mana-mana… ?
Pertama, berada di mana-mana. Dan yang kedua, DAP ini lebih hipokrit. Sebab rasuah dalam kalangan mereka sudah mula menular apabila mereka menang Pilihan Raya Ke 12.
Mereka kata rasuah BN pada hari ini banyak, mungkin benar. Saya tidak kata hari ini DAP tidak rasuah.
Kalau kita analisis, perkataan rasuah mula wujud pada tahun awal 1980-an dan 1990-an. Kita perlu ikuti sejarah, siapa yang memulakan budaya rasuah dalam UMNO. Istilah politik wang bermula pada zaman siapa?
Ia bermula ketika Anwar Ibrahim berada di dalam UMNO. Digunakan wang untuk bertanding Ketua Pemuda. Menggunakan wang, kronisme, team Wawasan untuk menghancurkan Tun Ghafar Baba daripada menjadi Timbalan Perdana Menteri pada masa itu.
AIDC : Itu mulanya ?
Itu mulanya. Yang lebih hebat istilah ‘money politics’ yang mula menjadi popular dari UMNO. Lepas itu kita lihat rasuah apabila Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan, cara dia memberi rasuah lebih teruk.
Jujur, BN rasuahnya dulu mungkin bagi projek, tapi projeknya ada had. Contoh dalam beberapa kawasan, ada berapa hospital yang kita boleh bina, berapa sekolah yang kita boleh bina. Tapi, bila Anwar jadi Menteri Kewangan, dia bagi saham. Saham itu tiada hadnya, tiada batasan.
Sebab itu saya menganalisis kembali budaya rasuah dalam UMNO wujud, tapi siapa yang merosakkan. Dan budaya rasuah dalam DAP adalah paling cepat di dunia.
AIDC : Maksudnya?

Kisah Ayam : Pemain Import Dibawa Masuk

34 syarikat diberi lesen import ayam serta merta

Ismail Sabri
Ismail Sabri
BERA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah memberikan lesen kepada 34 syarikat untuk mengimport ayam dari China, Thailand, Australia dan Kesatuan Eropah (EU) berkuat kuasa serta merta.
  
Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah tersebut terpaksa diambil bagi menstabilkan semula harga ayam di pasaran yang kini mencecah RM10 sekilogram.
  
Bagaimanapun, katanya pengimport perlu mematuhi peraturan dan syarat tertentu seperti memperoleh sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan sijil kesihatan daripada Kementerian Kesihatan.
  
Beliau berkata syarikat juga dimestikan mengimport ayam dari pusat penyembelihan yang diiktiraf Jakim sahaja.
  
"Nanti akan timbul isu halal dan sebagainya serta sijil kesihatan juga mereka perlu perolehi kerana ini adalah perkara yang wajibkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan dan zakat Ahli Parlimen Bera kepada 524 peneroka gugusan Felda Tembangau di Felda Tembangau 1, di sini hari ini.

Katanya kementerian tidak mempunyai halangan memberikan kebenaran kepada pihak berkenaan untuk membawa masuk ayam dari negara-negara disenaraikan kerana ingin membantu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menstabilkan semula harga ayam di pasaran.
  
"Diharap pihak berkenaan dapat membawa masuk 2.2 sehingga 2.4 juta ekor ayam sehari bukan sahaja bagi menstabilkan semula harga ayam di pasaran tetapi dapat memenuhi keperluan umat Islam sepanjang bulan Ramadan sehingga menjelang hari raya Aidilfitri nanti," katanya.
  
Katanya kebenaran itu turut diberikan bagi mengimport ayam bulat dan juga ayam yang dipotong pada bahagian tertentu.
  
Dalam pada itu, Ismail Sabri menafikan pandangan Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Shaani Abdullah kononnya permintaan terhadap ayam pada bulan Ramadan menurun.
  
"Sebenarnya permintaan terhadap ayam memang meningkat daripada 1.4 juta sehari kepada 2.2 juta sehari. Walaupun umat Islam berpuasa tetapi mereka makan ayam dua kali sehari seperti hari-hari biasa iaitu pada sewaktu berbuka puasa dan bersahur.

"Kita ada statistiknya kerana kementerian terlibat secara langsung berkaitan dengan industri ternakan ayam di negara ini," katanya.
  
Beliau juga akan mendapatkan penjelasan dan laporan daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengapa harga ayam di Pasar Tani Shah Alam, Selangor masih mahal dan dijual pada harga RM8.40 sekilogram.
  
"Sepatutnya ayam yang dijual di pasar tani ialah RM7.80 setelah diberikan diskaun tetapi peniaga tidak menjual pada harga tersebut kepada pengguna," katanya.
- Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog