Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

29 December 2013

Antara Sebab Islam Lemah

Suka atau tak suka, inilah yang sedang disajikan kepada kita sekarang. Boleh sajalah sembang besar tentang Islam, tentang hebatnya Islam, tetapi dari segi amalan di Malaysia, Islam kelihatan terlalu kuno, jumud dan primitif. 




Mari kita lihat beza amalan Islam dan Kristian yang menyaingi Islam di Malaysia. Kita harus juga bertanya, mengapa di Malaysia, agama Kristian lebih cepat berkembang berbanding agama Islam? KERANA:

1)Orang Islam menjual / memperdagangkan agamanya. Air jampi di jual, Jus Tok Guru kononnya telah di jampi, Minyak ubat urut Anugerah kononnya di bacakan ayat suci 30 juzuk di jual dgn harga mahal. Agama Kristian tak jual malahan produknya di beri PERCUMA

2) Ustaz ustaz mengajar agama demand / meminta bayaran tinggi. Mubaligh Kristian berdakwah secara percuma. Sehingga jauh ke pendalaman. Malahan menanggung sendiri makan minum dan tempat tinggalnya.

3) Jabatan Agama Islam sibuk nak tangkap khalwat , orang pergi karaoke dan bernikah di Siam. Agama Kristian sibuk membantu org dalam kesusahan (janda miskin, mangsa tanah runtuh)

4)Gereja boleh dimasuki pada bila bila masa. Tetapi masjid di kunci. (Tak bagi org masuk tidur kononnya)

5)Imam solat kerana waktu kerjanya (di bayar gaji). Paderi sukarela

6)Air zam zam di jual mahal. Tapi Kristian memberi Holly Water secara percuma

7)Jabatan Agama Islam sibuk menghukum dan menakutkan orang. Tapi Kristian sibuk berdakwah


Petisyen Terhadap Pengkhianat


Pemimpin & Penjawat Awam Perlu Belajar Mendengar

Apa yang diperkatakan memang relevan dgn situasi hari ini. Rakyat bawahan dan pertengahan sangat2 terbeban dgn kehidupan harian. Kerajaan perlu mendengar terus dari mangsa dan bukan andaian2 dari kakitangan kerajaan atau dari perunding. 

27 December 2013

YB PAS Fitnah Perkasa

Sungguh memalukan apabila seorang yang bergelar YB menggunakan Facebook untuk menabur fitnah dan lebih malang lagi apabila YB tersebut pula adalah wakil dari PAS. 
Harapnya YB ni dapat insaf dengan perbuatan fitnah..

http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2013/12/yb-pas-menyebar-gambar-fitnah-perkasa.html

22 December 2013

Gaji Speaker Dewan Undangan Negeri Lebih Dari Gaji Perdana Menteri

Hebat.. di negeri pembangkang, gaji speaker dewan undangan negeri yang baru melebihi gaji perdana menteri Malaysia.. :-)

PBB Minta Kanak2 Filipina Jangan Putus Asa

22 Disember 2013Ban Ki-moonBan Ki-moon
TACLOBAN - FILIPINA. Setiausaha Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Jeneral Ban Ki-moon melawat pusat mangsa Taufan Haiyan di Filipina, semalam.

Beliau berjanji untuk mengumpulkan dana sekurang-kurangnya AS$800 juta (RM2.63 bilion) bagi membantu rantau itu kembali bangkit daripada kemusnahan akibat bencana alam bulan lalu itu seperti dipetik dari laporan AFP.

Kedatangan Ki-moon disambut nyanyian ‘Jingle Bells’ oleh kanak-kanak sekolah dan beliau kelihatan menepuk tangan serta memberitahu kepada kanak-kanak itu, "Tolong bertahan. Jangan putus asa. Kami datang untuk membantu".

Walaupun hanya melawat selama dua jam, Ki-moon adalah pemimpin dunia yang paling menonjol untuk melawat tanah kawasan bencana.

Taufan Haiyan mengorbankan sekurang-kurangnya 61,000 dan lebih 1,700 disenaraikan hilang.

Manakala taufan itu turut merosakkan lebih daripada satu juta unit rumah dan 27,000 orang dilaporkan cedera.

“Saya berdiri di sini dengan hati yang sangat berat dan sedih,” katanya kepada pemberita.

Beliau mendakwa apa yang dilihatnya adalah menjangkaui bayangannya.

Katanya lagi, PBB akan mencuba mendapatkan dana bantuan itu dalam tempoh 12 bulan dan menyediakan bantuan seperti makanan, air, tempat perlindungan dan kebersihan.

Menurut satu kenyataan PBB, sebanyak 30 peratus daripada dana itu iaitu AS$237 juta (RM779 juta) telah berjaya dikumpulkan.


http://www.sinarharian.com.my/pbb-minta-kanak-kanak-filipina-jangan-putus-asa-1.233085

15 December 2013

Kisah Kiblat Dalam Injil

Injil juga sudah ada menerangkan bahawa suatu masa akan datang kiblat akan berubah ke arah suatu lokasi yang lain dan bukan lagi di Bukit Gerizim atau pun Jurusalem (Masjidil Aqsa). Cuma pada zaman Rasullah lah diturunkan wahyu untuk menghalakan kiblat ke arah Kaabah, Masjidil Haram.

Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu, palingkanlah mukamu ke arah Masjid al Haram (tempat letaknya kaabah);dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. (al-Baqarah: 144).

Dibawah adalah kandungan Injil dari beberapa versi berlainan yg menceritakan akan berubah arah kiblat.


John 4:20-24

New International Version (NIV)
20 Our ancestors worshiped on this mountain, but you Jews claim that the place where we must worship is in Jerusalem.”
21 “Woman,” Jesus replied, “believe me, a time is coming when you will worship the Father neither on this mountain nor in Jerusalem. 22 You Samaritans worship what you do not know; we worship what we do know, for salvation is from the Jews. 23 Yet a time is coming and has now come when the true worshipers will worship the Father in the Spirit and in truth, for they are the kind of worshipers the Father seeks. 24 God is spirit, and his worshipers must worship in the Spirit and in truth.”

John 4:20-24

Holman Christian Standard Bible (HCSB)
20 Our fathers worshiped on this mountain,[a] yet you Jews say that the place to worship is in Jerusalem.”
21 Jesus told her, “Believe Me, woman, an hour is coming when you will worship the Father neither on this mountain nor in Jerusalem. 22 You Samaritans[b] worship what you do not know. We worship what we do know, because salvation is from the Jews. 23 But an hour is coming, and is now here, when the true worshipers will worship the Father in spirit and truth. Yes, the Father wants such people to worship Him. 24 God is spirit, and those who worship Him must worship in spirit and truth.”

Footnotes:

  1. John 4:20 Mount Gerizim, where there had been a Samaritan temple that rivaled Jerusalem’s
  2. John 4:22 Samaritans is implied since the Gk verb and pronoun are pl.

John 4:20-24

1599 Geneva Bible (GNV)
20 [a]Our fathers worshipped in this [b]mountain, and ye say, that in Jerusalem is the place where men ought to worship.
21 Jesus said unto her, Woman, believe me, the hour cometh, when ye shall neither in this mountain, nor at Jerusalem worship the Father.
22 Ye worship that which ye know not: we worship that which we know: for salvation is of the Jews.
23 But the hour cometh, and now is, when the true worshippers shall worship the Father in [c]Spirit and Truth: for the Father requireth even such to worship him.
24 God is a [d]Spirit, and they that worship him, must worship him in Spirit and Truth.

11 December 2013

Sejarah Perpindahan Kiblat Dari Masjidil Aqsa Ke Kaabah

PERISTIWA PERALIHAN QIBLAT( Al-Baqarah:142-152)

 

Peralihan qiblat telah berlaku sebanyak dua kali.

     1.    Peralihan dari Ka’abah ke Masjidil Aqsa
     2.    Peralihan semula dari Masjidil Aqsa ke Ka’abah.
Peristiwa ini berlaku pada zaman Madinah. Merujuk kepada Fi Zilalil Qur’an, menyatakan tiada riwayat yang qat’i mengenai peristiwa peralihan qiblat dari Ka’abah ke Masjidil Aqsa dan tiada satu ayat yang menerangkan sejarah peralihan ini secara terperinci.
Namun daripada riwayat-riwayat yang ada, dapatlah dibuat kesimpulan secara umum; selepas Hijrah kaum Muslimin mengarahkan qiblat mereka ke Baitul Maqdis dengan perintah Ilahi kepada Rasulullah saw. Perintah ini kuat dipercayai bukanlah perintah menerusi al-Qur’an. Kemudian ayat 144 dari surah al-Baqarah telah memansukhkan perintah ini.
Setengah riwayat menyatakan perubahan ini adalah hasil pujukan segolongan Kaum Yahudi kepada Rasulullah saw dengan alasan bahawa kota itu adalah suatu tanah suci yang telah disediakan oleh Allah bagi tempat kediaman para Rasul-Nya; “Maka jika engkau itu benar-benar seorang Rasul Tuhan, wahai Muhammad, hendaklah engkau berdiam di tanah suci itu, menurut jejak para Rasul Tuhan yang terdahulu daripada engkau.”
Sebelum kelahiran Rasulullah saw, nabi-nabi tinggal di rumah ibadat di Baitul-Maqdis.
Justeru itu, Rasulullah saw hanya menghadap mukanya ke Baitul-Maqdis ketika solat dengan keizinan Allah swt bebanding terus tinggal di sana.

Keadaan awal Madinah(Yastrib)
Sebelum kedatangan Rasulullah saw, Madinah dan penduduk di sekitarnya terutama dua kaum majoriti di situ iaitu kaum Aus dan kaum Khazraj menguasai perkampungan Madinah. Malangnya mereka  sering bertelingkah dan berperang antara satu sama. Ada riwayat menyatakan, walaupun pertelingkahan mereka berlangsung lebih kurang 120 tahun lamanya, namun tiada penyelesaian.
Kaum Yahudi pula terbahagi kepada tiga golongan iaitu Banu Quraidhah, Banu Nadhir dan Banu Qainuqa’. Walaupun pada peringkat awal mereka hanya menumpang di Madinah, oleh kerana kecerdikan dan kekayaan harta, mereka dapat mempengaruhi penduduk Madinah.

07 December 2013

Lori Buat DRIFT Paling Sempoi

Taknak komen apa2.. cuba tengok macam mana lori ni drift dengan sempoinya masuk terus dalam garaj.. hebat,, 

06 December 2013

Gardenia Syed Mokhtar Kasi Melayu Konfius

Patut sokong ke patut boikot Gardenia ni.. kita ingat ianya adalah salah satu usahaniaga dibawah tampuk TS Syed Mokhtar dan rasanya Syed Mokhtar ni adalah penyokong kerajaan BN.. Apakah motif Gardenia memberi sumbangan kepada MalaysiaKini yg dikenali selalu hanya bersikap negatif kepada krjn dalam artikel2nya. Gua konfius babe!!


Gardenia perlu beri penjelasan...Jangan Nak Tunjuk Baik Lah

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Pengurusan syarikat pengeluar roti Gardenia Bakery Sdn. Bhd. yang 30 peratus dikuasai oleh Padi Beras Nasional Berhad (Bernas) diminta menjelaskan tindakannya memberi sumbangan dana kepada portal propembangkang, Malaysiakini.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras, Johari Yazid berkata, umum mengetahui pemegang saham terbesar di dalam Gardenia ialah Bernas yang dimiliki tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

“Umum juga mengetahui bahawa Malaysiakini adalah portal berita propembangkang yang hanya menghentam dan mencari kesalahan kerajaan pimpinan Barisan Nasional termasuk mempersoalkan fungsi Bernas.

“Apakah tujuan Gardenia menyokong Malaysiakini? Apakah sokongan ini telah mendapat persetujuan daripada Bernas? Apakah sokongan ini telah mendapat perkenan pemegang saham terbesar Gardenia?

“Oleh itu, Pemuda UMNO Cheras menuntut penjelasan Bernas dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia, Yap Kim Shin mengenai tindakannya memberi sumbangan dana kepada Malaysiakini," kata beliau dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini hari ini yang bertajuk Gardenia tampil sokong dana bangunan M’kini memetik Kim Shin sebagai berkata, “syarikatnya menyokong usaha Malaysiakini untuk membawakan laporan dan pandangan dengan cara yang betul".

Tidak dinyatakan nilai derma yang diberikan oleh Gardenia itu dalam kempen Malaysiakini memungut derma bagi pembinaan bangunan baharunya di Petaling Jaya.

Laporan portal berita propembangkang itu turut memetik kenyataan Kim Shin bahawa Gardenia sendiri berkongsi pengalaman sama dengan Malaysiakini - menjadi sasaran kepada kritikan secara tidak adil.

“Saya rasakan perjalanan Malaysiakini selari dengan pembangunan Gardenia. Kita sama-sama melalui perjalanan panjang dan berliku untuk sampai di tempat kita berdiri sekarang," kata Kim Shin dalam laporan itu.

Johari mempersoalkan apakah Kim Shin sedar bahawa Malaysiakini lebih memihak kepada pembangkang dan laporan-laporan berita yang ditulis seringkali diputar oleh Malaysiakini dengan tujuan untuk memburukkan kerajaan.

“Tidak cukupkah dengan isu bangsa Melayu ditindas dari segi ekonomi, kini hadir pula isu Gardenia yang seolah-olah tidak menghargai usaha kerajaan dan bangsa Melayu yang membantu syarikat Gardenia, dan ini yang dibalas oleh mereka," tegas beliau.

05 December 2013

Baru Dapat Jawatan Dalam UMNO Dah Kena Berbakul-bakul

ADUYAI KETUA BIRO MEDIA BARU WOOIII... AWATLAH OTAK HANG TAK CUKUP KEMBANG MACAM BADAN HANG?

Thursday, December 5, 2013

Memang bodoh sungguh la sesiapa sahaja yang melantik dan menyokong IBDILILLAH ISHAK sebagai Ketua BMB UMNO yang baru menggantikan Tun Faisal. Hasil daripada pemilihan dan perlantikan tersebut, jelas menunjukkan budaya ampu, bodek dan kipas punggung boss begitu berleluasa selain pemilihan tidak lagi dibuat berasaskan kriteria keperluan, ketokohan, berpengetahuan dan berkeupayaan. Sambungan DISINI

Ketua Cybertrooper Umno @ COCODILLY ( aauuuwwww ) Ni Betul Ke Orang Umno ?

Thursday, December 5, 20133comments


Semalam saya sekadar perkenalkan mamat COCODILLY ( aaauuuuuww ) ni jer, kemudian saya pass kan perhatian anda kepada rakan2 bloger lain yang dah balun .... sebab malas rasa nak lari dari topik biasa saya. 

Tapi ra.... apa dia ? Betullah tu - COCODILLY. (aaauuuuwww ) nama maya yang digunakan oleh Ketua Pejuang Maya Umno @ BMB yang dulu dikenali sebagai UMB yang baru dilantik oleh KJ ni.

Tapi rasa tak puashati lak ..... tadi sekali lagi saya tengok video dibawah, rasa ma.... iyaaaaaaaaa ! COCODILLY ! ( aaauuuuuwww ) Tak percaya korang klik la link di atas tu.... dah, jangan menyampuk lagi ! Sambungan DISINI 

03 December 2013

Iklan Dakwah Kristian Di Laman Web Waktu Solat

Hati hati dengan website anda bila anda benarkan iklan di tayangkan tanpa KAWALAN PENUH anda. Mungkin seronok dapat sedikit pendapatan dari iklan TAPI tanpa anda sedar anda mungkin mempromosikan atau mendakwahkan agama kristian dilaman web anda sendiri.


01 December 2013

Thai Bersedia Dengan Pasukan Tentera

Pasukan tentera ditempatkan di Bangkok
BANGKOK, THAILAND. Pasukan tentera telah ditempatkan di ibu negara Thailand, Bangkok bagi menyokong pihak polis melindungi bangunan-bangunan rasmi daripada penunjuk perasaan anti kerajaan, lapor BBC.

Menurut saksi, gas pemedih mata telah dilepaskan apabila penunjuk perasaan merempuh sekatan di luar Rumah Kerajaan.

Aktivis mengancam untuk memasuki bangunan kerajaan termasuk ibu pejabat Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra.

Hari ini merupakan hari kelapan protes berlaku yang bertujuan mengguling Yingluck.

Terbaru, dua orang dilaporkan terbunuh dan berpuluh orang cedera dalam pertempuran antara anti kerajaan dengan pro-kerajaan, semalam.

Sebelum ini, hanya seorang dilaporkan terbunuh dan tiga cedera.

Wakil BBC di Bangkok, Jonah Fisher berkata, aktivis anti-kerajaan telah memasuki beberapa stesen TV dan sedang berunding untuk mengambil alih ‘programming’.

Menurutnya, situasi itu lebih ke arah cubaan rampasan kuasa.

Bangkok Post melaporkan, kumpulan penunjuk perasaan anti-kerajaan itu telah mengambil alih stesen TV Thai, PBS.

Mereka telah mengarahkan PBS untuk menyiarkan ucapan yang dibuat pemimpin protes, kata laporan itu.

Yingluck pula berkata kerajaan akan menggunakan pasukan yang paling minimum untuk mengawal protes tersebut.

Awal hari ini, penyokong pro-kerajaan memakai Baju Merah berkata mereka menamatkan himpunan di stadium Bangkok untuk memberi laluan kepada pasukan keselamatan mengawal demonstrasi pihak lawan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog