Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

24 February 2014

Bencana & Kejadian Aneh Sebagai Peringatan Akhir Kehidupan

Saksikan bencana dan kejadian aneh yg melihatkan keuzuran dunia dan bumi dan menandkan semakin dekatnya hari-hari yg akhir.. Kiamat.. mari sesama insaf dan bertaubat.. perselisihan agama disekeliling kita juga terlalu jelas.. semakin ramai yg memperjuangkan tentang 'hak kebebasan'... hak kebebasan dari apa dan dari siapa.. mungkin ramai yg lupa siapa yg berkuasa dan siapa yg lebih berhak! 
Bila tiba masanya, wang tiada makna, kekuasaan tiada ertinya.. jawapannya hanyalah "Taqwa Kepada Yang Esa" 
Jangan terlalu mengejar dunia dan jangan terlambat sedar.. semua sengketa berlaku hanyalah kerana mengejar dunia... kalau akhirat yang kita kejar.. tentunya kurang kita bersengketa... pilihlah mana yang lebih benar.. Wallah hualam. Wassalam

23 February 2014

PRK Kajang : Kaitan Anwar & Ketua UMCEDEL

Umcedel Alat Perang Saraf Anwar


AIDCNews - 25/04/13 - Bukan rahsia umum lagi bahawa Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) adalah alat perang saraf yang berpihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.  


Pengarah Umcedel, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman adalah bekas Ketua Biro Tugas Khas Ketatanegaraan ABIM pada tahun 1995/97 dan dipilih sebagai Naib Presiden Antabangsa semasa Ahmad Azam Abdul Rahman menjadi Presiden ABIM.


Sekarang Dr Mohamad Redzuan adalah salah seorang Exco WADAH (Wadah Pencerdasan Umat Malaysia), NGO Islam yang dipimpin oleh sahabat baik Anwar, Dato' Dr Siddiq Fadzil.


Dalam erti kata lain, Dr Mohamad Redzuan  (foto) adalah salah seorang 'panglima' kepada Dr Siddiq Fadzil.


Dr Siddiq yang merupakan bekas Presiden ABIM selama empat penggal bermula pada tahun 1983 merupakan orang kepercayaan Anwar untuk menjustifikasikan kemasukan Anwar ke dalam UMNO.


Ketika itu, selain daripada menjadi Presiden ABIM, Dr Siddiq turut dilantik menjadi panel pemikir di badan pemikir Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD) dan turut diberi kolum menulis di Berita Harian, kolum Minda Melayu Baru.


Ahmad Lutfi Othman, dalam bukunya "Memo Buat Bakal PM" mendedahkan Anwar melakukan perancangan secara halus memastikan kemasukan aktivis-aktivis ABIM Ustaz Fadzil Nor, Ustaz Abdul Hadi Awang, Ustaz Nakhaie Ahmad dan Syed Ibrahim ke dalam PAS untuk memastikan ABIM dikuasai oleh orang-orangnya bagi memudahkan kemasukan ke dalam UMNO pada tahun 1982.


Selepas Anwar dipecat dari UMNO pada 2 September 1998, Dr Siddiq merupakan individu pertama menggelarkan Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika itu Perdana Menteri sebagai 'Maha Firaun' semasa membentangkan kertas kerja dalam seminar IKD di Park Royal Hotel, 10 Julai 1999.


Sekali lagi, Dr Siddiq memainkan peranan untuk 'menguasai semula' kepimpinan ABIM selepas Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada 2 September 2004.


Perkara ini dilakukan kerana ABIM di bawah kepimpinan Dr Yusri Mohamad dilihat lebih cenderung mengembalikan ABIM sebagai badan dakwah yang tidak berpihak kepada seseorang individu tertentu.


Pada 9 November 2005, sebuah NGO yang dinamakan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) didaftarkan secara rasmi sebagai badan naungan terhadap ABIM dan PKPIM.


Penubuhan WADAH itu membuatkan Dr Siddiq selaku presidennya berkuasa semula ke atas ABIM dan PKPIM sepertimana pada era 1980-an.

Ya ALLAH.. Satukanlah Kami.. Ameen



Rentetan dari Program Selawat & Zikir yang dianjurkan Kerajaan Negeri Kedah baru baru ini,satu lagi majlis selawat dan zikir yang diberi nama Selawat Perdana "Malam Cinta Allah dan Rasul 1435" akan diadakan di Dataran Masjid Putrajaya Precint 1 pada 21hb March 2014 bersamaan hari Jumaat.

Dalam kekalutan politik orang Melayu dan perpecahan umat Islam negara ini yang dah menghampiri tahap KRONIK,program seumpama ini diharap dapat membawa kepada penyatuan umat Islam Malaysia tanpa mengira fahaman politik masing masing demi penyataan cinta dan kasih kita terhadap Allah dan RasulNya.Kita lupakan seketika politik dunia yang tidak membawa kita kemana pun,lantas bersatu atas Dua Kalimah Syahadah yang kita pegang selama ini sambil mengucap Zikir dan Selawat terhadap Allah SWT dan KekasihNya Muhammad SAW.

Lantas aku menyeru sahabat sahabat pengamal media baru diseberang sana untuk sama sama mempromo Selawat Perdana ini dengan LIKE page https://www.facebook.com/selawatperdana.Tiada unsur unsur politik program yang dianjurkan badan NGO ini kerana ianya bertujuan untuk menyatukan semua umat Islam tidak mengira apa fahaman politik yang dianuti mereka sekarang ini.

Alangkah manisnya jika dimalam itu (31hb March) kita dapat melihat pemimpin pemimpin Islam Umno,Pas dan PKR duduk sebaris sambil bertasbih dan berselawat seolah olah tiada "sengketa" diantara mereka atas nama SAUDARA SEAGAMA.

Untuk satu malam sahaja dari 365 malam...

http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2014/02/selawatperdanademi-kesatuanperpaduanper.html

22 February 2014

Kemalangan Maut : SPAD Perlu Pemantauan Drastik


Kemalangan bas henti-henti di KM3.5 Jalan Genting Highland pada 20 Ogos 2013.  

KENYATAAN AKHBAR: SPAD AKAN MENELITI LAPORAN AUDIT KEJADIAN 
KEMALANGAN BAS HENTI-HENTI DI KM35 JALAN GENTING HIGHLAND

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D) telah meneliti dan mengambil 
maklum hasil laporan audit kejadian kemalangan Bas Henti-henti di KM 3.5 Jalan
Genting Highland yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan. Segala 
syor dan cadangan yang dikemukakan akan diberi perhatian sama ada yang 
melibatkan proses atau prosedur.

Selain daripada menjalankan tugas utama mengikut Akta Pengangkutan Awam 
Darat 2010, S.P.A.D juga mempunyai tanggungjawab bersama dengan agensi lain.
 S.P.A.D sentiasa bekerjsama dengan semua agensi yang berkaitan dengan sistem 
pengangkutan awam darat.

Punca utama kemalangan pada 20 Ogos 2013 adalah kecuaian pemandu dan
 kelajuan yang tinggi. “Human Factor” adalah salah satu aspek penting yang perlu 
diberi perhatian oleh pengusaha atau operator. Sehubungan ini, S.P.A.D telah 
mengambil langkah pencegahan drastik.

Antaranya: Pekeliling mengenai pelaksanaan kod amalan industri (S.P.A.D ICOP 
Keselamatan) yang diwartakan pada 20 Ogos 2013 menyeru semua operator 
memberi penekanan khusus kepada segala aspek keselamatan, penyelenggaraan
 dan mengawal selia pemandu.


Selain itu, Pekeliling mengenai keselamatan untuk pengendali bas bagi operasi di 
kawasan tanah tinggi yang telah diwartakan pada 9 September 2013 memberi 
penekanan khusus kepada pengurusan pemandu, pematuhan U.N.E.C.E Rule 66 
/ADR (super structure), Rule 80 pemasangan tali pinggang keledar bagi semua 
kerusi didalam bas, pemasangan GPS dan pemasangan sistem keselamatan brek 
seperti “engine retarder” diwajibkan.

Simple Secret Of Being Happy

Its simple, its not a secret.. but it works.. give it a try..

21 February 2014

SYABAS Rafizi

  • Rafizi RamliRafizi Ramli
SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hanya membazir wang dengan membayar peguam untuk menyaman wakil rakyat yang mengkritik badan tersebut.

Menurutnya, wang berkenaan lebih wajar digunakan untuk menukar sistem penapis di loji-lojinya supaya kegagalan yang menyebabkan penutupan dua loji pembersihan air (LPA) dapat dielakkan berlaku lagi.

"Saya dimaklumkan bahawa Syabas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap saya atas kenyataan yang saya buat mengenai masalah bekalan air yang melibatkan lebih 100,000 pintu rumah di sekitar Lembah Klang.

"...nampak dangkal apabila ia sanggup membazirkan wang membayar peguam menyaman wakil rakyat seperti saya, sedangkan wang itu lebih baik digunakan untuk menukar sistem penapis di loji-lojinya supaya kegagalan yang menyebabkan penutupan dua LPA di Batu 11 Cheras dan Bukit Tampoi dapat dielakkan di masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tegas Rafizi, beliau telah mengambil semua langkah bagi membantu penduduk yang sering mengalami gangguan bekalan air, namun langkah tersebut tidak sedikit pun mengurangkan masalah yang dihadapi penduduk.

"Sebagai wakil rakyat, saya telah mengambil pelbagai jalan untuk membawa rasa tidak puas hati penduduk yang sering menjadi mangsa gangguan bekalan air terutamanya di kawasan Pandan.

"Malangnya, semua langkah-langkah ini baik yang bekerjasama atau berdepan dengan Syabas tidak sedikit pun membaiki prestasi bekalan air kepada penduduk," katanya.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan mengakui tidak dapat menerima alasan gangguan terbaru yang dikemukakan pihak berkenaan.

"Dalam gangguan terbaru, saya tidak dapat menerima alasan bahawa dua LPA itu ditutup kerana kandungan ammonia di dalam air sungai melebihi kapasiti pemprosesan yang dibenarkan di sedangkan sekiranya LPA itu dinaiktaraf lebih awal, ia boleh menangani air sungai yang mempunyai kandungan ammonia lebih tinggi.

"Melalui semakan awam, saya mendapati bahawa kedua-dua LPA itu hanya boleh memproses air sungai yang mempunyai kandungan ammonia maksima sebanyak 1.5 miligram/liter.

15 February 2014

Zul Noordin Dah baca Permainan Anwar

15 February 2014


SAYONARA TAN SRI KHALID!

http://zul4kulim.blogspot.com/2014/02/sayonara-tan-sri-khalid.html

Betulkah Anwar tidak kenal Datuk Eskay Shazally?*
Salam 2 all, dan salam khas untuk Tan Sri Khalid Ibrahim, bakal mantan MB Selangor!
Saya telah pun menulis pada 01 Feb 2014 lepas dalam tajuk 'Konspirasi Luar Tabie' mendedahkan bagaimana agenda sebenarnya pembubaran DUN Kajang adalah untuk memancung Tan Sri Kahlid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Ternyata apa yang saya dedahkan semakin hari semakin nampak kebenarannya!

Nasihat pertama saya kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, janganlah terpedaya dengan mainan politik kotor yang sedang dirancang untuk mentongsampahkan Tan Sri!

Pepatah Melayu ada menyebut, habis madu sepah dibuang.

Setelah Tan Sri berkorban begitu banyak untuk mereka; setelah Tan Sri memberikan mereka 2/3 majoriti kemenangan didalam PRU-13; setelah Tan Sri memberikan mereka kembali Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan; setelah Tan Sri berjaya memberi keyakinan kepada masyarakat Cina untuk menyokong mereka; kini mereka dalam proses meliwat Tan Sri!

Ya, mereka sedang melakukan peliwatan politik abad ini terhadap Tan Sri! Tan Sri akan ditongsampahkan tidak lama lagi! Tan Sri akan menjadi bahan maki hamun dan caci nista mereka tidak lama lagi! Selepas 23 Mac 2014, Tan Sri hanyalah seekor kucing kurap bagi para peliwat democrazy ini!

Dalam masa terdekat ini, Tan Sri akan disuruh menandatangani satu surat perletakkan jawatan sebagai Menteri Besar. Surat itu akan bertarikh 24 Mac 2014, iaitu sehari selepas Anwar menang kerusi N.25 Kajang.

Nasihat kedua saya kepada Tan Sri, jangan sama sekali menandatangani surat perletakkan jawatan sebagai MB Selangor itu.

Ini kerana sebaik sahaja Tan Sri hilang jawatan pada 24 Mac, dan mereka menguasai Kerajaan Selangor, mereka akan mula menekan Tan Sri supaya mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang. Ini kerana mereka mahu pastikan Tan Sri langsung tidak ada ruang untuk kembali semula ke Selangor.

Nasihat ketiga saya kepada Tan Sri, jangan sama sekali mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang.

Kerana sebaik sahaja Tan Sri mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang, Tan Sri akan hilang nilai politik. Dan apabila itu terjadi, Tan Sri akan diletakkan oleh mereka dibawah pancungan politik. Mereka akan telanjangkan Tan Sri sehingga Tan Sri berasa tempat paling selamat ialah duduk didalam jamban meratap seorang diri!

Perfect 4 seconds Ferrari Pit Stop

No Room For Error !

Untuk Rakyat Atau Untuk Tekak Anwar?

Saturday, February 15, 2014

RUNDINGAN SULIT & SURAT PERLETAKAN JAWATAN MENTERI BESAR SELANGOR DIDEDAHKAN !! PRK #KAJANG

Hari ini, The Star melaporkan Abdul Khalid enggan menandatangani surat peletakan jawatan bagi memberikan laluan kepada Anwar untuk menjadi menteri besar Selangor menerusi pelan "Langkah Kajang". 

Menurut The Star, berdasarkan sumber peringkat tertinggi PKR, Abdul Khalid dijadualkan perlu menandatangani surat peletakan jawatan yang disediakan oleh kepimpinan parti bertarikh 23 Mac, hari sama dengan hari pengundian bagi PRK DUN Kajang.
Surat peletakan jawatan sulit itu merupakan sebahagian daripada pelan becita-cita tinggi untuk memberi laluan kepada Anwar memimpin Selangor selepas menang PRK Kajang. 
"Beliau merasakan dipermainkan oleh Anwar," lapor The Star memetik sumber kerajaan negeri yang turut mengatakan Abdul Khalid sudah menyatakan hasratnya untuk tidak berundur kepada Sultan Selangor semasa pertemuan mingguan pada Rabu. 
Menurut laporan akhbar itu, Abdul Khalid kini berdepan cabaran untuk mengekalkan sokongan Pakatan Rakyat (PR) Selangor terutamanya daripada DAP.
Portal pembangkang The Malaysian Insider juga melaporkan kenyataan Tian Chua, Naib Presiden PKR yang menafikan berita di atas. 

Realitinya, jika benar pun berita tersebut, Tian Chua tidak mungkin akan mengaku.

http://novandri.blogspot.com/2014/02/rundingan-sulit-surat-perletakan.html

Serius Tangani Syiah

  • Serius tangani SyiahAbdul Malek (empat, kiri) dan Mukhriz (tengah) berbual dengan pelajar yang menerima watikah pelantikan kelab dan persatuan semalam.
 1 / 1 
ALOR SETAR - Universiti Utara Malaysia (UUM) memandang serius isu penularan Syiah dan akan mengambil tindakan tegas jika ada pelajar yang cuba menyebarkan fahaman itu di dalam kampus.

Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM, Prof Madya Dr Abdul Malek Abdul Karim berkata, selagi fahaman itu wujud di Malaysia, penularannya akan terus berlaku.

“Tidak kira di mana pun, pasti ada. Tetapi di UUM, ia masih terkawal dan kita sentiasa mengawal daripada terus berkembang.

“Kita sering buat pelbagai program keagamaan dan motivasi untuk beri pendedahan kepada pelajar. Itu adalah antara usaha awal yang boleh kita laksanakan,” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis penutup program Student Leadership Camp 2014 di Dewan TH Hotel di sini, semalam.

Acara tahunan itu disempurnakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Abdul Malek berkata, bidang tugas universiti terhad dan hanya boleh bertindak jika berlaku di kawasan kampus.

“Kita boleh buat pelbagai program. Tapi di luar kampus, macam-macam boleh berlaku. Kita cuma boleh buat apa yang ada dalam bidang kuasa iaitu mendidik dan terang kepada pelajar kenapa Syiah bermasalah dan bercanggah dengan akidah Islam.

“Apabila mereka berumur 18 tahun dan ke atas, mereka sudah boleh buat keputusan sendiri. Maknanya, universiti tidak boleh menghalang manusia, cuma boleh mendidik,” katanya.

Beliau berkata, sebagai usaha mengekang penyebaran fahaman itu, UUM menganjurkan beberapa program dengan majlis agama Islam dan Jabatan Mufti Kedah.

“Kita akan perbanyakan lagi aktiviti itu untuk menerangkan kepada pelajar bahawa Syiah itu tidak betul.

“Bagaimanapun, di UUM penyebaran fahaman itu masih terkawal dan kita akan pastikan ia tidak menjejaskan pelajar beragama Islam,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, masih ada beberapa pengikut fahaman Syiah di UUM tetapi sukar dikesan kerana mereka tidak menonjolkan diri.

Menurut laporan itu, Timbalan Mufti Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin berkata, mereka dipercayai bergerak secara senyap berbanding dua tahun lalu yang dapat dilihat dengan jelas dan nyata.

Berikutan pendedahan meluas media sejak kebelakangan ini, pengikut fahaman itu tidak lagi menonjolkan diri dan bercampur dengan warga kampus seperti biasa.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/serius-tangani-syiah-1.251167

Panduan Witir : Pelbagai Cara, Dari 1 Hingga 9 Rakaat

SOLAT WITIR
Ulasan panjang dari http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Solat%20sunat/5.htm

 اَلْوِتْرَ(Al-witir) secara bahasa bermaksud jumlah yang ganjil seperti sekali, tiga kali, lima kali dan seterusnya. Ianya seperti sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam:

وَهُوَ وَتْرٌ يُحِبُّ الْوَتْرَ
Maksudnya:
Dan Dia (yakni Allah Subhanahu wa Ta’ala) itu ganjil (Tunggal atau Maha Esa)  dan mencintai yang ganjil. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Da’waat, no: 6410.

Al-Witir secara syarak bermaksud solat sunat yang dikerjakan di antara solat Isyak hingga munculnya fajar yakni masuknya waktu subuh dan ianya menjadi penutup bagi solat malam. Ianya digelarkan sebagai al-Witir kerana jumlah rakaatnya adalah ganjil seperti 1 rakaat, 3 rakaat, 7 rakaat, 9 rakaat dan seterusnya. Solat Witir ini tidak boleh dikerjakan dalam jumlah rakaat yang genap.


v  DALIL DISYARIATKAN

Solat Witir merupakan solat yang diutamakan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sehinggakan baginda tidak pernah meninggalkan perlaksanaannya walaupun ketika bermusafir. Dalil-dalil yang menunjukkan sabitnya anjuran untuk mengerjakan solat Witir ini begitu banyak. Di antaranya adalah riwayat daripada ‘Abdullah bin ‘Umar bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

اجْعَلُوا آخِرَ صَلاَتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا.
Maksudnya:
Jadikanlah solat witir sebagai solat terakhir kalian pada malam hari. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Witr, no: 998.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga menekankan perlaksanaan solat Witir ini sebagaimana pesanannya kepada Abu Darda’radhiallahu’ anh yang berkata:

أَوْصَانِي حَبِيبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ لَنْ أَدَعَهُنَّ مَا عِشْتُ

بِصِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَصَلاَةِ الضُّحَى وَبِأَنْ لاَ أَنَامَ حَتَّى أُوتِرَ.

Maksudnya:
Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan  solat Dhuha dan tidak tidur sebelum  mengerjakan solat witir. – Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, KitabSholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 722.

Berkenaan hukum melaksanakan solat Witir ini jumhur ulamak daripada para sahabat, tabi’in dan generasi setelahtabi’in berpendapat ianya adalah sunat mu’akkadah. Sebagaimana yang kita sedia maklum ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengutus Mu’adz ke Yaman, baginda bersabda:

ادْعُهُمْ إِلَى شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنِّي رَسُولُ اللَّهِ

فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لِذَلِكَ فَأَعْلِمْهُمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ خَمْسَ صَلَوَاتٍ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ...

Maksudnya:
Serulah kepada mereka (yakni penduduk Yaman) kalimah syahadah bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku adalah pesuruh Allah dan apabila mereka telah taat atas perkara ini maka beritahukan kepada mereka bahawa Allah mewajibkan mereka solat lima waktu sehari semalam… - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Zakaah, no: 1395.

Menerusi hadis ini dapat kita simpulkan bahawa solat yang diwajibkan ke atas umat Islam hanyalah solat lima waktu sehari semalam. Maka solat-solat selain itu termasuk solat Witir ini hanya termasuk dalam perkara tathawwu’. Hukum ini juga adalah bersandarkan sebuah riwayat daripada ‘Ali radhiallahu’ anh:

عَنْ عَلِيٍّ قَالَ الْوِتْرُ لَيْسَ بِحَتْمٍ كَصَلاَتِكُمْ الْمَكْتُوبَةِ وَلَكِنْ سَنَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Maksudnya:
Solat Witir tidaklah wajib seperti solat yang difardukan ke atas kamu, tetapi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melakukannya. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 415

10 February 2014

Kisah Panas Teresa Sudah Mula Keluar

WAHAI SPRM! KENAPA DIAM JE KES RASUAH TERESA KOK? BUKTI SUDAH JELAS MAAA.....

Aku nak share dengan korang tentang pendedahan yang dibuat oleh blog DAP Insider, ini tentang kisah rasuah Teresa Kok. Aku ambil artikel yang telah dimelayukan oleh blogger Cucu Tok Selampit: jom baca. Dan aku harap SPRM baca artikel ini dan ambil tindakan yang sewajarnya. Kita tak mau kisah Perasuah terlepas tetapi penerima dihukum penjara lagi.
Pendedahan blog DAP Insider, di sini mengenai skandal terbaru Teresa Kok tidak begitu mengejutkan. Masakan beliau masih boleh menyalak beliau adalah jaguh di dalam anti korupsi, bersih dan berintigriti sedangkan beliau tidak lagi diberi kepercayaan oleh parti DAP dan PR untuk terus bertanding sebagai ADUN di dalam PRU-13 yang lepas.
Berdasarkan sumber blog di atas, penglibatan Teresa Kok di dalam amalan korupsi melibatkan 'proxy' beliau selama ini. TS Khalid telah membawa perkara ini ke pengetahuan pemimpin tertinggi DAP, dan perkara ini telah menyebabkan beliau tidak lagi dibenarkan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri. Amalan korupsi ini termasuklah satu projek yang bernilai RM1billion yang dianugerahkan kepada syarikat milik asing ke atas 2 lot tanah di Dengkil dan Kuala Kubu yang terletak di dalam daerah Sepang dan Hulu Langat.
Yayasan Selangor mempunyai 2 lot tanah, satu di Dengkil di bawah daerah Sepang dan satu lagi di Kuala Kubu Baru di bawah daerah Hulu Selangor. Tanah di Dengkil yang berkeluasan 15.17 ekar (PT 39693) telah disewakan kepada Sekolah Agama Rakyat dengan kadar sewaan RM25 ribu sebulan. Manakala tanah di Kuala Kubu Baru (PT 521) yang berkeluasan 40 hingga 50 ekar telah disewakan kepada Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang menempatkan 2 kem dengan kadar sewaan RM700 ribu sebulan, yang mana merupakan penyumbang keuntungan kepada Yayasan Selangor.
Pada 14/12/2011, Yayasan Selangor telah menerima Surat Hasrat (Letter of Intent) daripada Goldsino Investment Development Limited yang berasal dari Zhuhai, China, untuk memulakan projek yang dikenali sebagai 'Solar Photovaltaic Power Plant' di atas kedua-dua tanah tersebut. Cadangan yang dikemukakan adalah menyewa kedua-dua lot tanah tersebut selama 25 tahun dan projek berkenaan dianggarkan bernilai RM1 billion. Dalam mesyuarat pengenalan, kedua-dua wakil daripada Goldsino Investment Development Limited telah memaklumkan bahawa mereka mengenali Teresa Kok.
Fakta yang menarik dicatatkan di dalam Surat Hasrat daripada Goldsino Investment Development Limited kepada Yayasan Selangor adalah kenyataan "We would to express our sincere appreciation to Yayasan Selangor for inviting us to participating for the above project (Kami ingin mengucapkan penghargaan kepada Yayasan Selangor kerana menjemput pihak kami untuk terlibat dalam projek di atas)". Ini menunjukkan perbincangan awal telah dibuat di antara Teresa Kok dengan wakil daripada Goldsino Investment Development Limited (merujuk kepada Kok Chee Keong, Director of Goldsino Investment Development Limited (Malaysia)).
Lanjutan daripada itu, pada 19/12/2011, Hafidah Haron, Pemangku Pengurus Besar, Bahagian Harta dan Pembangunan di Yayasan Selangor telah mengeluarkan satu memo kepada Pegawai Undang-Undang Yayasan Selangor untuk melakukan semakan ke atas syarikat Goldsino Investment Development Limited. Pada 22/12/2011, Yayasan Selangor telah mengeluarkan Surat Hasrat kepada Goldsino Investment Development Limited yang ditandatangani oleh Raja Amir Shah, Timbalan engurus Besar yang dilantik oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim and Tan Sri Khalid Ibrahim.
Pada 27/12/2011 pukul 10.00 pagi, Yayasan Selangor telah mengadakan mesyuarat dengan Goldsino Investment Development Limited, di Bangunan Yayasan Selangor. Seramai 8 orang pegawai telah mewakili Yayasan Selangor dan Kok Chee Keong secara perseorangan mewakili Goldsino Investment Limited. Memeorandum Persefahaman (Memorandum of Understanding - MOU) telah dibincangkan untuk menangani isu berkaitan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Surat Hasrat telah diserahkan kepada Presiden, Goldsino Investment Development Limited dalam mesyuarat bertarikh 28/12/2011. Penyerahan Surat Hasrat dalam masa yang amat singkat telah membuktikan bahawa projek ini adalah berdasarkan Runding Terus (Direct Negotiation). Tiada tender terbuka diiklankan di dalam laman web Yayasan Selangor berkaitan dengan projek ini. Sehingga kini, tiada perbincangan lanjut telah dibuat berkaitan keuntungan yang dijana oleh Yayasan Selangor selepas kedua-dua tanah lot diserahkan kepada Goldsino Investment Development Limited.
Persoalannya, cadangan Projek Solar amat mustahil dan tidak masuk akal kerana Selangor tidak mempunyai masalah kekurangan tenaga elektrik yang dibekalkan oleh TNB. Projek Rundingan terus juga adalah bercanggah dengan polisi PR berkaitan penyalahgunaan kuasa dan korupsi. Apa kaitan Goldsino Investment Development Limited dengan Teresa KokKok Chee Keong telah menyatakan bahawa beliau amat mengenali Teresa Kok dalam satu mesyuarat. Nantikan pendedahan seterusnya mengenai Cock dan Kok di dalam artikel seterusnya bersama dokumen sebagai bukti penyalahgunaan kuasa dan rasuah dilakukan oleh Teresa Kok.

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2014/02/skandal-goldsino-investment-development.html#6ACb3YhK3ofG0kcf.99

Pendedahan blog DAP Insider mengenai skandal terbaru Teresa Kok tidak begitu mengejutkan. Masakan beliau masih boleh menyalak beliau adalah jaguh di dalam anti korupsi, bersih dan berintigriti sedangkan beliau tidak lagi diberi kepercayaan oleh parti DAP dan PR untuk terus bertanding sebagai ADUN di dalam PRU-13 yang lepas.

09 February 2014

Harap Syiah Berani Terima Kebenaran Selepas Tonton Video Ini

Kisah yang jelas dan mendalam mengenai salasilah keluarga dari Nabi Muhammad SAW dan bersambung dengan salasilah keluarga 4 sahabat nabi (Abu Bakar, Umar, Uthman & Ali) dan seterusnya bersambung dengan salasilah keluarga imam-imam (yang digelar oleh syiah) yang terus menerus menamakan anak-anak mereka dengan nama yang bersamaan dengan nama Rasullullah dan para sahabat. Kesimpulannya sekiranya syiah dikatakan sangat-sangat membenci 4 sahabat dan juga Aishah, tapi sebaliknya terus menamakan zuriat mereka dengan nama2 tersebut. 
Saksikan penjelasan yang jelas dalam video ini. Harap orang syiah pun tonton video ini dan boleh ambil hidayah. Kalau kurang pasti nanti belek2 lah balik kitab syiah anda untuk kepastian. 
Teruskan menegakkan Aqidah Ahsi Sunnah Wal jamaah. Ameen.

Takkan Idris Ahmad Kecut Nak Tegur Hal Lain..



Idris Ahmad ni hanya berani tegur satu belah pihak ke? Bagi tau kat Idris Ahmad ni suruh tegur Anwar juga yang banyak membusukkan dan merosakkan imej negara dan umat islam. Tolong jugak tegur Cina-cina Malaysia yang terbalikkan bendera kebangsaan diluar negara.. juga Namewee yang hina lagu Negaraku dan juga pasangan Alvivian yang persenda berbuka puasa dengan Bak Kut Teh dan juga Cina yang hina ucapan DYMM Agong dan juga guru Cina yang arah guru buka tudung dan juga cikgu cina yang suruh pelajar makan rumput dan juga harap boleh tegur Khalid Jaafar yg gila sangat nakkan kebebasan dan agar Syiah bebas dipraktikkan atau disebarkan. 


NGO Lumur Darah Ayam Rosak Imej Negara

Idris AhmadTAIPING – Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad menyelar tindakan kumpulan yang menggelarkan diri mereka Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia dan melakukan upacara penyembelihan ayam pada gambar pemimpin PKR dan DAP.

Beliau berkata, tindakan tersebut yang dilakukan kira-kira 50 individu di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur itu boleh disifatkan sebagai sesuatu yang memalukan.

"Lebih malang apabila kumpulan terbabit menggunakan nama Islam, sedangkan ia tiada dalam ajaran Islam itu sendiri," katanya pada sidang media di Pejabat Pas Bukit Gantang, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan kumpulan terbabit yang bertindak melakukan penyembelihan dan melumur darah pada kain rentang yang terdapat wajah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon.

Idris berkata, kejadian seumpama itu tidak sewajarnya berulang kerana ia hanya akan merosakkan imej negara.

“Oleh itu, kita amat berharap pihak polis dapat bertindak dengan sewajarnya kerana gambar-gambar juga ada, mustahil mereka tindakan tidak boleh diambil,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/politik/ngo-lumur-darah-ayam-rosak-imej-negara-1.249039

08 February 2014

Satu Gambar Seribu Erti : Rumah Urut & Giat Mara

Apa respon anda pada isu yang begini? Apa nak jadi zaman sekarang ni.. entah la..

Penyokong Anwar Terasa Dengan Lawak SepahTu, Juara MLM

Lawak Satay & Penjara, Sepahtu Jelas Hina Anwar!!

Beberapa pihak memaklumkan kepada aku sebentar tadi bahawa kumpulan lawak yang agak terkenal, Sepahtu yang sedang bersaing dalam satu pertandingan lawak jenaka tempatan, menggunakan tema satay dan penjara dalam lawak mereka - tindakan yang dilihat cubaan menghina Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang kita tahu sedang mengintai peluang bertanding di Kajang (terkenal dengan satay) dalam pilihanraya kecil yang diadakan bulan depan dan dalam masa yang sama, turut berhadapan risiko dipenjarakan sekirannya rayuan mengenai pembebasannya dalam satu kes liwat pada 2012, ditolak Mahkamah Rayuan.
Kebetulan, jentera propaganda UMNO/BN sedang hebat menggasak Anwar dengan menggunakan imej satay ini dan mendakwa Anwar mabuk kuasa sehingga nak menjadi Menteri Besar dan ADUN di Selangor setelah gagal dalam usaha menjadi Perdana Menteri dalam PRU13 yang lepas.

Antara Poster Mengaitkan Anwar Dgn Satay
Dari mata kasar, nampak jelas dakwaan itu ada kebenaran dan dengan ini aku meminta semua penyokong Pakatan Rakyat yang mungkin sedang menonton rancangan tersebut agar tidak mengundi kumpulan lawak bodoh ini kerana jelas mereka kurang ajar dengan Anwar.
Kita tidak perlukan satira-satira bodoh macam ini untuk menafikan kemenangan Anwar di Kajang kerana seperti yang dijelaskan lebih awal, tidak ada kuasa yang mampu menghalang kemenangan itu dan seterusnya perlantikan Anwar sebagai Menteri Besar Selangor.
Biar kumpulan itu kalah dan dalam masa yang sama boleh menjadi pengajaran kepada pelawak-pelawak lain di Malaysia ini agar tidak mengikut jejak langkah yang sama.
Aku yakin, semua penyokong Pakatan Rakyat yang menonton rancangan tersebut dan membaca artikel ini, bersetuju dengan aku.http://fenditazkirah.blogspot.com/2014/02/rasullullah-saw-berhijrah-ketika-umur.html

05 February 2014

MB Kelantan Pecat Mamat PKR

DI DUN KAJANG, PAS IKRAR SOKONG PKR, DI KELANTAN, MENTERI BESAR KELANTAN KERJAKAN PKR!!!

Wednesday, February 5, 2014
http://theflyingkick.blogspot.com/2014/02/di-dun-kajang-pas-ikrar-sokong-pkr-di.html

Cerita yang berlaku di Kelantan, kurang diberikan perhatian apatah lagi oleh PKR yang sekarang ini lebih banyak memberikan tumpuan kepada PRK DUN Kajang yang akan disertai oleh Ketua Umum PKR yang sudah kecewa untuk menjadi Perdana Menteri dan mengalihkan cita-citanya kepada Menteri Besar Selangor pula.

Barangkali kalau tidak disebabkan PRK DUN Kajang, Ahmad Yaakob, Menteri Besar Kelantan, sudah dikangkung-kangkungkan oleh PKR. Pastinya nama-nama seperti Rafizi Ramli, Hishamuddin Rais, Chegu Bard, Sam Ketot, Zuraidah Kamaruddin bahkan Azmin Ali dan Anwar Ibrahim sendiri pun, akan mula bertumpu ke Jeli dan memberikan sokongan kepada Ramlan Mat, bekas Penyelia DUN Kuala Balah, Jeli.

Ramlan Mat telah dipecat daripada jawatannya. Ketika dilantik, puak-puak PKR Kuala Balah pun tak setuju Ramlan yang juga merupakan bekas calon PRU-13 untuk DUN Kuala Balah untuk jawatan berkenaan.

Seramai 50 orang penyokong Ramlan Mat menyerbu rumah Menteri Besar Kelantan semalam untuk mendapatkan penjelasan dan meminta pemecatannya ditarik balik.

Ramlan Mat dari PKR. Ada banyak isu tentang Ramlan Mat. Antara yang kerap diperkatakan tentang Ramlan ialah perangai pemalasnya, tidak boleh dipercayai, kurang menitikberatkan hal agama dan terlalu lebih mementingkan ahli keluarganya.

Justeru, disebabkan itulah jawatan sebagai Penyelia DUN ditarik balik dan jawatan tersebut akan diserahkan semula kepada orang PAS memandangkan dari awal lagi, jawatan Penyelia DUN Kuala Balah memang dipegang oleh orang PAS.

PKR Kelantan terlalu banyak tidak berpuas hati dengan PAS terutama selepas Ahmad Yaakob menjadi Menteri Besar menggantikan Nik Abdul Aziz yang sudah terlalu uzur dan gagal menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Besar. Ahmad Yaakob seringkali dilihat seperti Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, bekas Menteri Besar Kedah yang dimusuhi dan ditikam dari belakang oleh para pemimpin PAS Kedah sendiri sehinggalah dia meninggal dunia.

Dan sama seperti Tan Sri Azizan, Ahmad Yaakob juga dikatakan terlalu mesra-UMNO!

Nampaknya kemelut hubungan PKR-PAS tidak akan berkesudahan. Ahmad Yaakob perlu bersedia untuk berhadapan dengan kemarahan luar biasa daripada AMK khususnya apabila memecat Ramlan Mat yang tidak tsiqah, kaki betina, agama ke laut dan terlalu memberikan kelebihan kepada ahli keluarga sendiri.

Betulke Cina Buat Semua Ni?

Adakah artikel dibawah ni sekadar menuduh atau ianya adalah perkara benar...hemmm...

PANAS! SAMPAI BILA KITA AKAN TERUS DIHINA?

http://parpukari.blogspot.com/2014/02/panas-sampai-bila-kita-akan-terus-dihina.html
Senarai Perbuatan Orang Yang Tak Boleh Duduk Secara Bertoleransi Di Malaysia

1. Namewee hina lagu Negaraku.

2. Pasangan Alvivian persenda berbuka puasa dengan Bak Kut Teh.

3. Pelajar Cina di England membuat provokasi terhadap Perdana Menteri semasa lawatan di sana.

4. Anak Cina bersikap racist dengan pekerja Melayu KFC. Pekeja tersebut dibuang kerja.

5. Anak Cina pijak gambar muka Perdana Menteri.

6. Cikgu Cina menyebut ;
Melayu Bodoh
Melayu BABI
Melayu Bangang
Melayu Sial
Melayu Pukimak dan turut menghina kerajaan apabila menyebut ;
Kerajaan Bodoh
Kerajaan Lembu
Kerajaan Babi sebab diketuai oleh orang Melayu

7. Tian Chua hina pengorbanan perajurit Lahad Datu.

8. Anak Cina hina ucapan YDP Agung.

9. Guru Besar SRJK (C) arah cikgu buka tudung.

10. Bank Cina tak bagi staf sembahyang.

11. Cikgu Cina pakaikan loceng pada leher dan menyuruh pelajar makan rumput.

12. Anak Cina Penang tunjuk isyarat lucah kpd Permaisuri Agung.

13. Cina halang Masjid kumandangkan azan.

14. Anak Cina belajar di luar negara terbalikkan bendera Jalur Gemilang slps PRU 13.

15. Beberapa orang Cina rakyat Malaysia berhimpun di Singapura hina kepimpinan negara.

16. MP Seputeh, Teresa Kok hina pemimpin negara dan perajurit di Lahad Datu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog