Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

23 October 2014

Menanti Azmin Terjah Lorong & Pusat Maksiat Selangor



SUDAH kira-kira sebulan Azmin Ali menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.  Antara janjinya sebaik mengangkat sumpah, Azmin mahu menjadi pemimpin negeri yang lebih kerap turun padang bertemu rakyat daripada berada di pejabatnya yang berhawa dingin.

Beliau juga mahu dilihat lebih kerap berpakaian biasa daripada bertali leher dan memakai kot.

Untuk mencapai matlamat itu, pendekatan terjah atau turun padang secara tiba-tiba menjadi simbolik baru kepimpinannya. Tidak lama selepas memegang jawatan Menteri Besar Selangor, beliau telah melakukan terjahan ke pusat pelupusan sampah di Sungai Kertas dan menyerbu lori-lori tanpa permit yang sesuka hati membuang sampah di kawasan itu.

Permulaan yang dilakukannya itu sehingga digelar "Jokowi Malaysia" segera mendapat pujian dan sanjungan banyak pihak, apatah lagi dalam terjahan yang dilakukan itu, Azmin tidak menampakkan beliau berasa geli apabila masuk ke dalam longkang atau memanjat lori sampah yang kotor dan berbau masam itu.

Dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Beruntung dua hari lalu, Azmin sekali lagi melakukan terjahan ke kawasan itu untuk melihat sendiri apa yang berlaku serta mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM500,000 untuk mengatasi masalah itu serta RM150,000 lagi sebagai bantuan kepada 120 keluarga mangsa.

Sekali lagi, tindakan pantasnya menyelesaikan masalah rakyat menggamit pujian dan ucapan terima kasih. Ramai pengundi Selangor yang merasakan beliau mampu memberi perkhidmatan yang lebih baik untuk Selangor.

Namun demikian, di sebalik dua terjahan yang dilakukannya sehingga ini, ramai juga yang mengharapkan beliau tidak sekadar melihat isu sampah dan tanah runtuh saja sebagai sasarannya.

Isu lain yang menjadi kerisauan ramai di Selangor  ialah bercambah dengan meluasnya pusat judi haram, judi internet, pusat hiburan dan pusat maksiat yang berselindung di sebalik nama pusat urut atau refleksologi.

Di kebanyakan bandar sedia ada atau bandar baru, pusat ini bercambah bagaikan cendewan tumbuh selepas hujan. Difahamkan pihak PBT hanya mengeluarkan permit kepada sebahagian kecilnya saja manakala selebihnya adalah tidak berlesen dan dibangunkan secara haram. Walaupun sudah banyak serbuan oleh pihak berkuasa, namun ia tetap tumbuh semula.

Sebenarnya, di sinilah berpuncanya segala macam masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat. Ia bukan saja melibatkan orang dewasa dan mereka yang sudah berkeluarga, tetapi turut melibatkan golongan remaja dan murid-murid sekolah.

Pertumbuhannya, sama ada yang berlesen atau haram, nyata membimbangkan ramai ibu bapa yang merasakan semakin sukar untuk mengawal ahli keluarga masing-masing daripada terjebak dalam kancah tidak sihat itu.

Berdasarkan laporan daripada setiap PBT, bukanlah sesuatu yang sukar untuk  beliau mengetahui antara  tempat yang berlesen dengan yang diuruskan secara haram. Sesetengah yang berlesen pula tidak mustahil menyelewengkan kebenaran yang diberi demi memperolehi keuntungan yang lebih berganda.

Di sinilah pentingnya Azmin melakukan banyak terjahan untuk menunjukkan seriusnya beliau menangani dan mengawal perkara yang sangat membimbangkan itu.

Kiranya Azmin dapat melakukan terjahan ke pusat judi dan maksiat ini, ia bukan saja menaikkan lagi namanya, bahkan pastinya menggembirakan lebih ramai pengundi dan ibu bapa di negeri Selangor ini.

Dengan pembangunan Selangor yang berkembang pesat, ramai yang mengharapkan Azmin tidak menunggu terlalu lama untuk melakukan terjahan ke tempat-tempat yang memberi lebih kesan buruk kepada masyarakat itu tetapi begitu terbuka perniagaannya.


http://www.sinarharian.com.my/karya/entri-blog/azmin-juga-diminta-terjah-pusat-judi-maksiat-1.326982

Hemm.. Pengikut Anwar Dah Tinggal Sikit

TERKINI! 45,000 HADIR CERAMAH ANWAR DI KUBU KUAT BELIAU, PERMATANG PAUH....

Sungguh memalukan!

Ceramah Anwar Ibrahim di Tapak ekspo seberang jaya, Permatang Pauh tidak mendapat sambutan daripada penduduk setempat.

Dianggarkan hanya 500 orang sahaja yang berada di ceramah tersebut.

 Yang lebih memalukan ialah Permatang Pauh adalah merupakan kubu kuat Anwar sebelum ini.

Tetapi kehadiran yang tidak ramai ini sudah pasti mengecewakan Anwar Ibrahim.

Lebih-lebih lagi apabila beliau berdepan dengan kes liwat beliau pada 28 - 29 Oktober ini mungkin akan menyebabkan beliau dimasukkan dalam penjara sekali lagi jika disabitkan dengan kesalahan.

Anda baca dokumen penting tentang kes beliau itu : KLIK SINI

http://novandri.blogspot.com/2014/10/terkini-45000-hadir-ceramah-anwar-di.html

19 October 2014

Wuduk & Sains

ALLAH SWT berfirman: “Wahai orang yang beriman! Apabila kamu hendak melaksanakan solat, basuhlah wajahmu dan tanganmu sampai ke siku dan sapulah kepalamu dan kedua kakimu sampai kedua buku lali. Jika kamu berjunub mandilah. Dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali kepada tempat berhadas atau menyentuh perempuan, maka jika kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah dengan debu yang baik (suci); usaplah wajahmu dan tanganmu dengan (debu) itu. ALLAH tidak ingin menyukarkanmu, tetapi  Dia hendak membersihkanmu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, agar kamu bersyukur.  (Surah Al-Maidah: 6)

ALLAH SWT mensyariatkan berwuduk bagi Muslimin ketika hendak melakukan solat bagi membersihkan. Di samping menjaga kesihatan melalui kebersihan secara lahiriah yang dilakukan paling tidak lima kali dalam sehari, wuduk juga membersihkan dari dosa dan kesalahan yang dilakukan anggota badan.

Abu Hurairah RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: "Apabila Mukmin berwuduk, kemudian dia membasuh wajahnya keluarlah daripada wajahnya bersama titisan air yang terakhir kesalahan dilakukan dengan pandangan kedua matanya. Apabila dia membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya bersama titisan air yang terakhir segala kesalahan yang dia lakukan dengan kedua tangannya. Dan apabila dia membasuh kedua kakinya maka akan keluar bersama titisan air yang terakhir segala kesalahan yang dia lakukan dengan kedua kakinya, sampai akhirnya dia akan keluar dalam keadaan bersih dari dosa." (Riwayat Muslim)


Rasulullah SAW  menjelaskan bekas berwuduk pun menjadi saksi bagi orang yang melakukannya dengan bersinarnya anggota badan yang dibasuh dan dicuci ketika berwuduk.

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata: "Saya mendengar Nabi SAW  bersabda: "Sesungguhnya umatku akan dipanggil di hari kiamat dalam keadaan wajah, tangan dan kaki yang bercahaya karana bekas-bekas air wuduk mereka. Maka, barang siapa di antara kalian yang dapat menambahkan cahayanya maka hendaklah dia lakukan.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Inilah yang seharusnya menjadi tujuan kita ketika berwuduk agar kita mendapatkan keampunan dan reda ALLAH sebagaimana yang diharapkan dalam setiap amal ibadah dilakukan.

Tetapi, itu tidak menutup  hikmah dan manfaat lain daripada wuduk sebagaimana ditegaskan dalam ayat di atas. ALLAH menyucikan dan membersihkan orang berwuduk secara lahiriah iaitu daripada aspek kesihatan.

Segala kegiatan dilakukan seorang yang berwuduk mulai dari membasuh kedua telapak tangan sehingga membasuh kaki bermanfaat bagi kesihatan badan.

Wuduk adalah ibadah yang sederhana, murah dan mudah, bahkan terkadang dianggap ringan, namun ia mengandungi hikmah luar biasa.

Wuduk menyimpan manfaat yang sangat besar. Ilmu pengetahuan moden khususnya dalam bidang kedoktoran mengkaji mengenainya lantas menemukan  banyaknya manfaat kesihatan yang diperoleh seorang yang sentiasa berwuduk.

Berkumur-kumur antara sunnah berwuduk. Ia membersihkan mulut daripada kuman yang ada dalam air liur,  gigi, lidah dan semua bahagian mulut sehingga dapat mencegah daripada penyakit gusi dan gigi. Juga dapat menguatkan otot mulut dan wajah serta mencegah terjadinya radang saluran pernafasan.

Memasukkan air ke dalam hidung lalu mengeluarkannya juga membersihkan hidung dari kuman yang ada dalamnya dan itu dapat mencegah daripada penyakit hidung dan alat pernafasan.

Membasuh muka dan tangan dapat memberikan kesegaran terhadap wajah dan kedua tangan dan membersihkannya daripada kuman dan debu.

Membasuh muka dan kedua tangan ini juga dapat menghilang peluh dari permukaan kulit dan membuka pori-pori kulit, juga dapat menghilangkan lemak dan minyak yang ada pada kulit wajah dan tangan  disebabkan kelenjar dalam kulit.

Semuanya itu memberikan pengaruh yang besar terhadap kesegaran dan kesihatan tubuh seseorang. Begitu juga dengan membasuh kedua kaki.

Dengan membasuh muka, kedua tangan dan kedua kaki ini juga melancarkan peredaran darah di sekitar anggota tubuh itu sehingga sangat berpengaruh kepada keadaan jiwa seorang mukmin yang menjadi lebih tenang dan jauh daripada reaksi dan emosi yang negatif.

Fakta perubatan menunjukkan peredaran darah di hujung kedua tangan dan kaki lebih lemah dibandingkan dengan bahagian tubuh lainnya kerana tempat yang jauh dari jantung.

Penelitian membuktikan membasuh dan mengurut kedua tangan dan kaki itu secara teratur memperkuat dan melancarkan peredaran darah sehingga menjadikan badan lebih semangat dan segar serta menguatkan pertahanan tubuh terhadap kuman penyakit.

Itulah hikmahnya kenapa ALLAH memerintahkan umat Islam untuk sentiasa bersuci kerana perbuatan berkenaan akan menyucikan mereka dan menyempurnakan nikmat-Nya dan bukan untuk menyusahkan atau menyulitkan mereka.

Firman-Nya: "ALLAH tidak ingin menyukarkanmu, tetapi  Dia hendak membersihkanmu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, agar kamu bersyukur."  (Surah Al-Maidah 6).


SITI ZURAIDAH ISMAIL

18 October 2014

Amaran Utk Azmin Telah Keluar

Sallehin Mukhyi Balas Dendam dan Ingatkan Azmin, Bagaimana Dia Boleh Jadi MB Selangor


Azmin Ali naik jadi Menteri Besar Selangor kerana namanya diusulkan oleh PAS. Kalau diharapkan kepada DAP dan parti yang dia sendiri menjadi Timbalan Presiden, PKR, Azmin Ali hanya kekal sebagai ADUN Bukit Antarabangsa dan tidak mempunyai sebarang peranan kecuali kontrak di Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang dia terpaksa pula berkongsi dengan Zuraidah Kamaruddin, si Mak Lampir, Ahli Parlimen Ampang.

Selepas PKR dan DAP sebulat suara serta hanya menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk jawatan Menteri Besar Selangor, hanya PAS sahaja yang terus mengekalkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Azmin Ali walaupun dua daripada ADUN mereka yang diketahui amat kuat menyokong Anwar Ibrahim dan Teresa Kok, memilih untuk berpaling tadah.

Tempoh sebelum Azmin Ali dinaikkan menjadi Menteri Besar Selangor dan mendapat perkenan daripada DYMM Sultan Selangor, kerajaan negeri Selangor hanya diwakili oleh empat orang Exco dari PAS dan Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar. Walaupun DAP dan PKR mahu mewujudkan Selangor sebagai negeri yang penuh kacau bilau menerusi desakan agar kerajaan sementara Khalid Ibrahim meletak jawatan, PAS tetap meneruskan sokongan kepada Azmin Ali dan mempertahankan keputusan mereka sekalipun PKR dan DAP menjadikan PAS sebagai bahan sesahan mereka.

Sehinggalah Azmin Ali dinaikkan menjadi Menteri Besar, rupa-rupanya budi dan jasa PAS tidak dihargai langsung oleh Azmin Ali. Kerana sokongan PAS, Azmin Ali menjadi Menteri Besar tetapi kerana PAS jugalah, Azmin Ali mahu mendapat nama semula dalam PKR dan meraih sokongan daripada DAP secara tidak berbelah bahagi.

PAS dikorbankan. ADUN-ADUN PAS yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepadanya, telah dibuang dan digantikan dengan ADUN-ADUN PKR dan DAP dalam barisan kabinet negerinya.

Sallehin Mukhyi yang merupakan salah seorang daripada ADUN dan bekas Exco yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Azmin Ali, dibuang dan dicampakkan. Bahkan diperhinakan seperti anjing.

Kini, para pengikut dan penyokong Sallehin Mukhyi dan PAS, mula menyedari bahawa Azmin Ali tidak boleh dipercayai. PKR dan DAP bukanlah kawan yang sesuai untuk mereka. Tetapi PAS telah terlambat. PAS telah terlewat untuk menyedari yang mereka tertipu.

Barangkali kerana kekecewaan itulah, beberapa pemidang yang menzahirkan luahan perasaan mereka boleh ditemui di serata Selangor. Gambar paling atas merupakan banner yang ditemui di Sabak Bernam, manakala banner kedua pula boleh ditemui di Kuala Selangor.

http://selangorchronicle.blogspot.com/2014/10/sallehin-mukhyi-balas-dendam-dan.html

17 October 2014

Adakah Azmin Sudah Tandatangan Surat Perletakkan Jawatan



Wah.. rupanya Azmin pun kena ikat tangan kalau email yang di atas adalah dari sumber yang benar dan terbuktilah Anwar masih tamakkan kuasa dan Rafizi sekali lagi menjadi perancang untuk mengongkong Azmin.

Giliran Wan Azizah Bayar Saman

WAN AZIZAH DAN AKHBAR SUARA KEADILAN DIARAH BAYAR GANTIRUGI KEPADA FELDA



Felda dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd. hari ini memenangi kes saman fitnah terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wan Azizah Wan Ismail dan dua lagi editor Suara Keadilan berhubung penerbitan dua artikel memfitnah di akhbar mingguan Suara Keadilan
.

Hakim Datuk Kamaludin Md. Said memutuskan demikian dan memerintahkan supaya ganti rugi yang bakal diterima Felda untuk ditaksirkan kemudian di hadapan Penolong Kanan Pendaftar.

Pernyataan artikel fitnah itu terkandung dalam artikel pertama bertajuk 'Felda Bankrap' yang diterbitkan pada 22 Jun 2010 dan artikel kedua berserta gambar bertajuk 'Kontroversi' dan 'Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu' bertarikh 29 Jun 2010 yang diterbit dan diedarkan oleh akhbar itu.

Sebelum ini Wan Azizah Wan Ismail serta lima lagi editor suara keadilan memaklumkan kepada mahkamah mahu selesaikan kes diluar mahkamah namun tidak ada sebarang perbincangan dengan pihak Felda terhadap kes saman fitnah RM200 juta tersebut.

Peguam Muhammad Asmirul Asraf Fadli yang mewakili Felda memberitahu pemberita, status kes itu sepatutnya dimaklumkan hari ini oleh pihak-pihak yang terlibat dalam saman tersebut sama ada boleh diselesaikan di luar mahkamah atau sebaliknya.

Namun disebabkan kesemua pihak masih berunding ekoran terdapat cadangan balas daripada Felda dan Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd. (FGV), maka mahkamah meminta supaya perkembangan tersebut dimaklumkan melalui surat sebelum tarikh perbicaraan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Kamaludin Md. Said memberikan arahan tersebut ketika pengurusan kes di kamar hakim di sini.

Pada 16 Ogos 2010, Felda dan FGV memfailkan saman fitnah terhadap Wan Azizah dan bekas Timbalan Presiden PKR, Senator Dr. Syed Husin Ali.

http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2014/10/wan-azizah-dan-akhbar-suara-keadilan.html

12 October 2014

Kastam Oh Kastam

Lagi Tangkapan Seludup Yang Ada Kaitan Dengan KASTAM! Kali Ini Di Johor Pula

Sunday, 12 October 2014



Lebih kurang pukul 5:00 petang semalam, sebuah van jenis Mercedez Benz berwarna kelabu bernombor pendaftaran WJV 8208 yang dipandu dalam keadaan mencurigakan telah ditahan sebaik-baik sahaja kenderaan tersebut dipandu keluar dari pemeriksaan kastam di Bangunan Sultan Iskandar laluan kereta masuk Malaysia.

Ketika ditahan oleh pasukan peronda polis, van tersebut cuba meloloskan diri dan cuba mengelak daripada ditahan oleh pihak polis.

Pasukan peronda kemudiannya mengejar van tersebut dan berjaya menahannya di Lingkaran Dalam Johor Bahru. Hasil pemeriksaan mendapati van tersebut penuh berisi muatan arak yang dipercayai tidak membayar cukai kastam memandangkan pemandu berkenaan enggan menunjukkan borang cukai kastam.

Menurut sumber, pihak polis telah menahan pemandu van tersebut, seorang lelaki Melayu berusia 35 tahun.

Sebelum ini, banyak cerita tentang seorang lelaki bernama Ah Tak atau nama sebenarnya Lee Tuck Shau bernombor kad pengenalan 700712-01-606X yang cukup dikenali di Bangunan Sultan Iskandar. Ah Tak dikatakan merupakan kepala sindiket bersama-sama seorang lagi lelaki yang dikenali sebagai Ah Chew. 

Penahanan dan penangkapan yang dibuat oleh polis menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan SOP Kastam di BSI. Ditambah pula dengan penyeludupan rokok serta arak yang masih berleluasa menerusi Kompleks CIQ BSI dan Link Kedua Tanjung Kupang.

Dikatakan penyeludupan di Link Kedua Tanjung Kupang pula didalangi oleh Ah Chew.
http://buletinsengal.blogspot.com/2014/10/lagi-tangkapan-seludup-yang-ada-kaitan.html

02 October 2014

Kesian Warga Tua : Maka Bermulalah Agenda Azmin Sebagai MB Baru Selangor

Perang Dah Bermula Di Bandar Tun Razak Dan Pelabuhan Klang...! Seperti Israel Menyiksa Rakyat Palestine...?

Wayang dah start...!

Ini kali Aaron Aziz pun tak mampu nak menandingi kehebatan Azmin Ali MB Selangor yang baru. Faekah Husin dah panas apabila bossnya kena usik...

Rakyat Selangor dah boleh beli Pop Corn dan air Coke, enjoy the movie yang dah bermula sejak semalam. Akan ada banyak lagi adegan adegan menarik dijangkakan selepas ini.

Petikan dari Utusan Online;
Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengarahkan bank supaya membekukan akaun Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang yang diwakili bekas Menteri Besar itu.

Arahan atas nama Bendahari Negeri Selangor itu dikeluarkan pada 25 September lalu.

Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Faekah Husin berkata, beliau percaya tindakan tersebut dibuat atas arahan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

"Tindakan pantas Menteri Besar baharu ini (Mohamed Azmin) seolah-olah jawapan atau reaksi kepada titah Sultan Selangor yang menasihatkan kepemimpinan negeri supaya mengetepikan sengketa dan membuka lembaran baharu demi rakyat.

"Nampaknya Menteri Besar baharu mahu menghukum bukan sahaja Abdul Khalid tetapi seluruh rakyat di Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
 http://medan-info-kita.blogspot.com/2014/10/perang-dah-bermula-di-bandar-tun-razak.html

Van Sekolah Masuk Parit

  • Anggota bomba membantu murid sekolah yang cedera dalam kemalangan tersebut.Anggota bomba membantu murid sekolah yang cedera dalam kemalangan tersebut.

ALOR GAJAH - Lima kanak-kanak sekolah rendah cedera apabila van yang mereka naiki terbabas ke dalam parit sebelum melanggar sebatang pokok di Kampung Sungai Petai, di sini semalam.

Pemandu van berkenaan turut dilaporkan cedera dalam kemalangan kira-kira jam 2.25 petang itu.

Kesemua mangsa bagaimanapun dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan dan keadaan mereka dilaporkan sebagai tidak serius.

Jurucakap bomba berkata, van berkenaan dalam perjalanan menghantar pulang murid termasuk tiga daripadanya perempuan, selepas tamat sesi persekolahan.

"Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu mangsa sebelum menghantar mereka ke hospital.

"Selain itu, sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) turut membantu dalam membawa seorang daripada mangsa ke hospital," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/van-bawa-murid-sekolah-masuk-parit-1.322169
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog