Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

30 November 2014

New York Buktikan Faedah Berhijab Utk Wanita

Suatu kajian santai dilakukan di New York untuk melihat kesan penggunaan hijab oleh wanita. Lihat sendiri dan nilaikan sendiri..

28 November 2014

Tiada Salahnya Muhyiddin Sebagai PM Seterusnya



Ada jugak dengar desas-desus ada pihak yang berpendapat dan melihat untuk TS Muhyiddin diberi peluang menerajui UMNO dan seterusnya menjadi PM Malaysia yang seterusnya selepas pilihanraya akan datang.. Insyaallah

Rasanya tiada masaalah atau salahnya TS Muhyiddin diberi peluang mentadbir negara.. pengalaman beliau luas dgn potfolio2 lepas yang telah di pegang.

Apa2 pun gua doakan yang terbaik untuk Agama Islam, Melayu dan Malaysia..

22 November 2014

Blogger Tegur Anwar & Pemimpin Pakatan.. Hemmm

Anwar Ibrahim, Tolong Berhenti Ponteng Sidang Parlimen.

Tadi. Aku nampak Anwar Ibrahim mengupdate satu benda di laman facebook. Kemudian dikongsikan oleh DSWA.

Ini apa yang Anwar upload.

http://www.amenoworld.net/2014/11/anwar-ibrahim-tolong-berhenti-ponteng.html

Biar aku cakap terus terang apa kesalahan Anwar kat sini. Memandangkan penyokong2 Anwar, Hadi, LGE dan geng2 seangkatan mereka berat mulut nak sembang jujur dan menjadi diri sendiri dengan pemimpin2 mereka.

Atau mungkin aku silap?

Membodek, mengampu ataupun membenarkan yang salah memang adalah sikap semulajadi penyokong2 mereka?

Aku akan fikirkan samada aku nak sangka buruk atau sangka jahat dengan penyokong2 partisan neh nanti.

Sekarang. Kita sembang tajuk utama. Tajuk utama dia ialah ;

1. Sekarang neh tengah sesi persidangan parlimen.

2. Sesi persidangan parlimen bukan dibuat pada setiap bulan ataupun sepanjang tahun.

3. Ia ada jadual dan jadual dia telah diketahui awal oleh ahli2 parlimen kita.

4. Anwar Ibrahim ialah ahli parlimen di Malaysia.

5. Selain ahli parlimen Anwar juga seorang ketua pembangkang di Malaysia.

6. Pembangkang secara generalnya mewakili rakyat Malaysia yang mengamanahkan pentadbiran pusat kepada BARISAN NASIONAL untuk memantau, memerhatikan, menilai, menganalisa dan memperhalusi setiap satu tindakan dan polisi2 yang dilaksanakan oleh kerajaan. Adakah ianya bersesuaian ataupun adakah ianya boleh menyusahkan rakyat atau apa. Kemudian elobrate satu persatu supaya rakyat dapat fahami fakta2 kes dan seterusnya memikirkan samada mahu bersama kerajaan ataupun melawan kerajaan dalam setiap polisi2 yang bakal dilaksanakan.

Tengku Nan Kena Tegoq

Barua Siapa Ni..!


Sejak bila Orang Melayu tak pernah terbuka mengenai hak mereka..! Malah atas dasar terbuka yang begitu luas dan mendalam lah segala yang menjadi hak Orang Melayu cuba dirampas oleh orang lain..!

Atas dasar terbuka Orang Melayu lah kita membenarkan JUS SOLI berlaku dengan membenarkan lebih 1 Juta PENDATANG menjadi warganegara..!

Atas dasar terbuka Orang Melayu lah kita setuju berkongsi kuasa dengan pihak yang tidak pernah menjadi majoriti sejak dari Merdeka lagi..!

Atas dasar terbuka Orang Melayu lah orang Melayu memberikan taraf YB sebagi ADUN @ Ahli Parlimen kepada bangsa asing yang langsung tidak mewakili majoriti penduduk di sesebuah kawasan..!

Atas dasar terbuka Orang Melayu lah kita membenarkan bangsa lain menjadi CM, YDP Negeri juga sebaris sebagai anggota Kabinet..!

Atas dasar terbuka Orang Melayu lah kita membenarkan sekolah jenis kebangsaan bertapak dan terus berkembang malah diberikan peruntukan beratus juta ringgit setiap tahun untuk membenarkan para pendatang belajar dan mengekalkan bahasa ibunda mereka..!

Malah terlalu banyak dasar terbuka Orang Melayu selama ini yang memberikan 'kehidupan' dan 'kemakmuran' bangsa asing untuk hidup aman dan sentosa, maju dan berjaya malah kaya raya di Tanah Milik Melayu selama ini..!

Apa lagi yang Orang Melayu tak terbuka..! Cakap ikut sedap lutut..!

Apa yang susah sangat Orang Melayu nak bersidang ni? 

Apa yang susah sangat Orang Melayu nak memperjuangkan hak mereka ni?

Apa yang nak diatur, digaris, dipandu, dipantau dan pelbagai lagi di, di dan di oleh pemimpin UMNO dalam Perhimpunan Agong UMNO hari ini?

Orang Melayu tahu batas dan susila..! Orang Melayu kaya dengan peradaban yang menyebabkan berjuta bangsa lain datang mengharungi darat, laut dan udara hanya untuk mengecapi nikmat bernegara bersama Orang Melayu di bumi bertuah ini..!

Apa yang pemimpin UMNO takut kan..! Apa yang pemimpin UMNO resah gelisah akan apa yang Orang Melayu nak sampaikan..!

Orang Melayu hanya nak menyampaikan apa yang menjadi hak mereka serta akan  mempastikan hak bangsa lain terus terjamin dan terpelihara seperti mana yang termaktub didalam Perlembagaan..!

Pemimpin UMNO perlu buktikan bahawa diri mereka benar benar pemimpin Orang Melayu..! Benar benar ikhlas dalam memperjuangkan Bangsa, Agama dan Negara yang sememangnya termaktub didalam Perlembagan UMNO selama ini..!

Jangan sebok nak jadi barua orang lain laa...!

Kalau nak terus jadi pemimpin Orang Melayu laa.! Kalau tidak???

Lu Fikir La Sendiri!!!

http://politikputramerdeka.blogspot.com/2014/11/barua-mana-ni.html

15 November 2014

Cara Betul Memberi Salam Mengakhiri Solat

Kadang kala kerana kebiasaan, kita terus buat salah dan tidak ditegur kerana org lain pun mungkin segan nak tegur.
Gua kongsi video pendek utk refresh cara betul memberi Salam.
video
Diharap sedikit sebanyak dpt memberi menfaat. Insyaallah.

Sistem penvurusan & pemantauan kenderaan ber GPS yg canggih dan lengkap. Layari www.altair.com.my

12 November 2014

Orang Yang Anwar Takut Adalah Tun Mahathir



PUTRAJAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, beliau sedia memaafkan Tun Dr Mahathir Mohamad, bukannya bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.

"Tuan Daim kata lapan tahun Anwar jadi Timbalan Menteri Kewangan, hari-hari dia beri nasihat," kata Anwar ketika menyampaikan perutusan Hari Pekerja di sini, hari ini. Kedua-dua Anwar dan Daim merupakan anggota Kabinet era Dr Mahathir."

Daim pernah menjadi Menteri Kewangan dua kali. Dalam satu wawancara bersama Berita Harian, Tun Daim memberitahu, sewaktu Anwar menjawat jawatan Timbalan Menteri Kewangan, beliau sering meminta khidmat daripada beliau.

Menurut Daim, Anwar hanyalah graduan berkelulusan pengajian Melayu.
"Anwar sering ke rumah saya untuk meminta nasihat mengenai perkara berkaitan Kementerian Kewangan.

"Beliau juga sering membawa saya ke rumahnya untuk makan tengah hari. Ibu saudaranya memasakkan saya lauk kegemaran saya," katanya ketika diwawancara akhbar itu.

Namun menurut Anwar hari ini "kalau aku dengar nasihat hang Tun Daim, aku pun sudah jadi bilionair macam hang," katanya.

Menurut Anwar lagi, jika kerajaan Pakatan Rakyat (PR) berjaya menumbangkan parti pemerintah, Daim akan menerima natijah setimpal daripada perbuatannya itu.

"Saya hendak beritahu tuan-tuan, kita ambil alih kerajaan, semua harta yang diambil secara haram, harta rakyat, wang rakyat, kita pulangkan semula kepada rakyat.

"Tapi Mahathir saya maafkan, ganggu dia buat apa... jangan... jangan.

"Saya biasa duduk dalam penjara, siapa hendak jaga dia," ujar Anwar lagi.

Namun menurut Anwar, kedua-dua pemimpin itu mula turun berkempen di Putrajaya kerana ketakutan mereka terhadap Pakatan Rakyat.

"Bila Datuk Husam turun, Tun Daim terpaksa datang ke Putrajaya. Maknanya begitu pentingnya Husam.

"Kalau dia tak bertanding, Mahathir dan Daim tak akan turun," tambah beliau.

Walau bagaimanapun katanya, beliau tidak mahu mengambil pendekatan menyerang Dr Mahathir secara peribadi bersangkutan kekayaan yang dimilikinya.

"Saya tak nak serang dia (Mahathir) macam mana yang dia buat. Apa lagi yang saya tak buat.
"... Yahudi sudah, Amerika sudah, Al-Qaeda sudah, Arab sudah, Turki sudah, Sulu pula sekarang ini.

"Jadi kalau kita hendak layan... isunya apa? Isunya saya ulang apa Husam kata, dia takut!," ujar Anwar.

Mengambil pendekatan mahu terus melangkah ke hadapan, Anwar berkata kepada Dr Mahathir "tetapi monopoli kontrak Petronas anak kamu mesti ditamatkan serta-merta".

Dari artikel Sinar Harian : http://www.sinarharian.com.my/politik/anwar-saya-maafkan-mahathir-tidak-tun-daim-1.155927
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog