Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

30 April 2015

Tidak Salah Beri Ruang Pada Tun Mahathir

1. Saya ucap terima kasih kerana ada ahli-ahli akar umbi UMNO yang menasihati saya supaya tidak “menyerang” Dato’ Sri Najib, Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.


2. Saya punyai sedikit pengalaman dalam bidang politik, terutama yang berkaitan dengan budaya Melayu. Kita cenderung untuk setia kepada pemimpin. Kita tidak soal apa-apa yang dilakukan oleh pemimpin. Dia pemimpin, kita pengikut. Oleh itu, ikut sahajalah. Lebih-lebih lagi apabila kita diberi penerangan olehnya secara tertutup seolah-olah kita dapat berkongsi rahsia dengan pemimpin kita.
3. Tetapi untuk kita membuat keputusan atau menghukum secara bijak, secara adil kita perlu dengar kedua-dua belah pihak.
4. Jika ada yang fikir saya merosakkan parti, saya harap saya diberi peluang untuk menjelaskan kenapa saya “menyerang” Dato’ Sri Najib. Bagi saya serangan ini mungkin tidak menyenangkan Najib dan sebahagian daripada ahli UMNO tetapi sebabnya ialah kerana saya ingin menyelamatkan UMNO, parti keramat yang dahulu disokong sehingga menang 2/3 tiap PRU.
5. Hanya mereka yang tidak dapat lihat sahaja yang tidak sedar bahawa UMNO dibawah Dato’ Sri Najib telah gagal memulih UMNO selepas Tun Abdullah. Kemenangan Najib lebih tipis.
6. Saya harap saya diberi peluang berjumpa dengan ahli UMNO biasa untuk menerang akan masalah kehilangan berbillion Ringgit oleh Dato’ Sri Najib. Lepas mendengar kedua-dua pihak adililah terhadap “serangan” saya. Apakah saya sedang merosakan parti atau mencuba menyelamatkanya.

Apa Kisah Saifuddin Dgn Kristian Ni???

Saifuddin Abdullah and the Christian prayer


Saifuddin Abdullah is part of the hashtag #BeMyProtector – a programme initiated by the DAP evangelical Christians.
“Be my protector” is a phrase from the Bible in Psalm 31:2.
Be My Protector Bible

Be My Protector

29 April 2015

Banduan Bakal Laksana Tanggung Jawab Mengundi



Tak lama lagi.. musim mengundi, banduan akan dibawa oleh jabatan penjara ke pusat2 pengundian untuk menjalankan tanggung jawab mereka untuk mengundi... hemm.. ini la kot democrazy al PKR.. 
Inikah tahap pemikiran wakil rakyat dari PKR? 
Ini merisaukan rakyat Malaysia!!

26 April 2015

Mat Sabu Pusing, Azmin Pusing, PAS P.Pauh U-turn

PAS PERMATANG PAUH DAH BUAT U TURN SOKONG TOLAK HUDUD





PAS kawasan Permatang Pauh yang sebelum ini bertegas tidak akan memberi sebarang sokongan kepada calon PKR jika mereka tidak menarik balik kenyataan tidak menyokong hudud membuat 'pusingan U' apabila melancarkan jentera pilihan raya mereka malam ini.

Yang Dipertuanya, Omar Hassan menyifatkan kemelut yang melanda PAS kawasan itu dan PKR sebagai sudah selesai dan tidak lagi timbul isu permohonan maaf yang dituntut sebelum ini. Mereka kini akan menyokong calon yang terang-terang menolak hukum hudud.

Isu sokongan PAS terhadap calon PKR pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh timbul apabila PAS kawasan Permatang Pauh meluluskan usul menuntut PKR menarik balik kenyataan tidak menyokong rang undang-undang persendirian berkaitan hudud.

Begitu mudah Pas 'dibeli' oleh pihak yang menolak Hudud, tegas hanya buat seketika selepas 'dibeli' mereka terus buat U turn.
http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2015/04/pas-permatang-pauh-dah-buat-u-turn.html
http://parpukari.blogspot.com/2015/04/cili-kasi-taruk-azmin-ali-boh.html

25 April 2015

Are DAP Using Indians To Create Distruption?

On March this year, P.Ramasamy from DAP has issued a statement as follows: "I have never been afraid to face the Malays if the bloody riot ever happens again because I have long been prepared. MIC, GERAKAN and MCA might be afraid. If you want 13 May, bring it now"

I have shared this statatement in my facebook and challenged my friends to profile the hidden meaning behind his statement. No one get it right so I decided to explain it here.

The first thing you need to know is that P.Ramasamy is known in Penang for his affiliation with gangsters. In fact, spokesman N. Ganesan from HINDRAF had once lodged police report that thugs were sent by both Lim Guan Eng and Ramasamy to disrupt their meeting and prevent the submission of a memorandum on the poor management of the crematorium by the Penang Hindu Endowment Board (HEB).

Once you get the idea that P.Ramasamy has affiliation with gangsters (Penang itself is home to more than 8000 members of gangsters) then you would know where all his guts came from when he said he has long been prepared for another 13th May. In a way he was actually referring to DAP and the gang's preparation for the upcoming riot. He further challenged the Malays to bring it now which basically means that the preparation has reached its final stages and the DAP now is fully prepared to unleash the Indian gangsters to do their bidding.

Read more here : http://afterdarkwrites.blogspot.com/2015/04/simple-reminder-of-nothing-serious.html

18 April 2015

Sengketa TunM & Najib, Anda dipihak mana?

Nyatakan pilihan anda dan undi dengan ikhlas...

Adakah Khalid Akan Kembali Sebagai MB Selangor

Khalid Ibrahim Dijangka Jadi MB Selangor Semula

Khalid Hadi Awang

Kuala Lumpur – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka akan kembali menerajui Selangor bagi mengantikan Azmin Ali.

Menurut sumber SuaraTV, satu perjumpaan rahsia antara Khalid dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah diadakan di Jakarta bagi membincangkan mengenai perkara tersebut.

“Apa yang boleh saya katakan pada ketika ini, Tan Sri (Khalid) memang ada mengadakan perjumpaan bersama Hadi di Jakarta semalam.

“Namun untuk pengesahan ada baiknya ia disahkan oleh Tan Sri sendiri apabila dia pulang esok” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Menurutnya dalam pebincangan itu ada 5 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dari PKR yang akan mengumumkan untuk ‘melompat’ sekaligus menyatakan sokongan terhadap Khalid.

“Dengan sokongan Pas dan Umno ditambah dengan beberapa orang Adun dari PKR itu, Tan Sri dijangka bakal memperolehi mojoriti mudah.

“Usul mengenainya akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor dalam masa yang terdekat bagi membolehkan kerajaan baru dibentuk” ujarnya lagi.

Pas sebelum ini berhadapan dengan isu besar iaitu perbalahan dengan DAP yang disokong oleh PKR dan kewujudan kumpulan dalam Pas yang cende­rung menyebelahi kedua-dua parti tersebut.

Dalam masa yang sama, Hadi dilihat hanya disokong oleh kumpulan pro ulama bagi mempertahankan dasar perjuangan parti itu.

Keadaan kucar-kacir dalam Pas semakin ketara apabila secara tiba-tiba terbentuknya Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) yang bergerak atas nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan alasan mahu mengukuhkan kerjasama antara Pas dengan PKR dan DAP.

Namun begitu ramai pemerhati politik melihat, kewujudan Pasma tidak menguntungkan Pas sebaliknya menambahkan lagi kekalutan dalam parti tersebut atau dalam bahasa mudah, Pas dilihat berpecah-belah.

http://www.suara.tv/2015/04/17/menurut-sumber-adun-pkr-dijangka-lompat-parti-sokong-khalid-sebagai-mb/

04 April 2015

Mayat Nahas Helicopter di bawa ke Hospital HKL


KEMASKINI -  4am - KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, proses bedah siasat dilakukan serta merta bermula malam tadi sejurus mayat tiba di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Jika menggunakan cap jari atau gigi prosesnya cepat tapi jika melalui DNA dijangka mengambil sedikit masa.

"Sebanyak tiga pasukan forensik terlibat dalam bedah siasat," katanya.

Katanya, punca kejadian masih dalam siasatan.


SEMENYIH - [DIKEMASKINI] Keenam-enam mayat terlibat insiden membabitkan sebuah helikopter terhempas di Kampung Pasir Baru Semenyih kira-kira 4.55 petang tadi, sudah ditemui.

Mayat akan dibawa ke Hospital Serdang.

Difahamkan, helikopter malang itu membawa Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis dan lima yang lain.


Saksi lihat helikopter meletup di udara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog