Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

28 June 2015

Biography of Zakir Naik





Zakir Naik is an Indian public speaker on the subject of Islam and comparative religion. He is the founder and president of the Islamic Research Foundation (IRF),Before becoming a public speaker, he trained as a medical doctor.He has published booklet versions of lectures on Islam and comparative religion.

Biography :-

Zakir Naik was born in Mumbai, Maharastra, India. He attended St. Peter's High School in Mumbai. Later he enrolled at Kishinchand Chellaram College, before studying medicine at Topiwala National Medical College and Nair Hospital and later the University of Mumbai, where he obtained a Bachelor of Medicine and Surgery (MBBS).[non-primary source needed] His wife, Farhat Naik, works for the women's section of the IRF.

In 1991 he started working in the field of Dawah, and founded the IRF. Naik says he was inspired by Ahmed Deedat, an Islamic preacher, having met him in 1987. (Naik is sometimes referred to as "Deedat plus", a label given to him by Deedat himself.) Naik says that his goal is to "concentrate on the educated Muslim youth who have become apologetic about their own religion and have started to feel the religion is outdated". He considers it a duty of every Muslim to remove perceived misconceptions about Islam and to counter what he views as the Western media's anti-Islamic bias in the aftermath of the September 11, 2001 attacks in the United States.Naik has said that "despite the strident anti-Islam campaign, 34,000 Americans have embraced Islam from September 2001 to July 2002". He says Islam is a religion of reason and logic, and that the Quran contains 1000 verses relating to science, which he says explains the number of Western converts. Some of his articles are published in magazines such as Islamic Voice.

Naik is the founder of the Islamic International School in Mumbai. and United Islamic Aid, which provides scholarship to poor and destitute Muslim youth.

Lectures and debates :-

Naik has held many debates and lectures around the world. Anthropologist Thomas Blom Hansen has written that Naik's style of memorising the Quran and Hadith literature in various languages, and his related missionary activity, has made him extremely popular in Muslim circles. Many of his debates are recorded and widely distributed in video and DVD media and online. His talks are usually recorded in English and broadcast on weekends on several cable networks in Mumbai's Muslim neighbourhoods, and on the Peace TV channel, which he co-produces. Topics he speaks on include: "Islam and Modern Science", "Islam and Christianity", and "Islam and secularism". Peace TV channel has been banned in India since 2012.

One of Naik's most-cited debates was with William Campbell in Chicago in April 2000, on the topic of "The Qur'an and the Bible: In the Light of Science". On 21 January 2006 Naik held an inter-religious dialogue with Sri Sri Ravi Shankar in Bangalore about the concept of God in Islam and Hinduism. In February 2011 Naik addressed the Oxford Union via video link from India. Every year since November 2007 Naik has led a 10-day Peace Conference at Somaiya Ground, Sion, Mumbai. Lectures on Islam have been presented by Naik and twenty other Islamic speakers.

Naik argues that scientific theories were prophesised by the Quran. For example, he says certain verses of the Quran accurately describe embryological development.

23 June 2015

Isteri Pakai Lilin

SUASANA bahagia di rumah pasangan suami isteri yang baru sahaja mendirikan rumahtangga empat bulan yang lalu. Si isteri berbisik kepada suaminya.

Isteri: Abang sayang dah dua bulan lewat tau rasanya sayang mengandunglah abang

Suami: Eh yeke? Tapi kita kena pastikan betul-betul, tak mengapa besok abang bawak sayang jumpa doktor.

Mereka berpakat untuk menyimpan rahsia dan tidak memberitahu sesiapa. Petang itu ketika si suami tiada di rumah, datang seorang pekerja TNB ke rumah pasangan itu kerana sudah dua bulan bil elektrik rumah mereka tertunggak.

Pekerja TNB: Kak saya dapat tahu akak dah dua bulan lewat jadi pihak TNB dah tak boleh tunggu lagi ni kak.

Menyangkakan pekerja TNB tersebut bercakap mengenai haidnya yang sudah dua bulan lewat, si isteri mengherdik pekerja TNB itu.

Isteri: Apa? Saya dah dua bulan lewat pun awak tahu? Ini mesti suami saya yang bagi tahu! Dia kata tak mahu bagitau orang lain.

Pekerja TNB: Eh, mana ada kak, suami akak tak bagitahu pun. Sekarang zaman internet kak, semua boleh check online je. Ada yang lebih teruk dari akak sampai lima enam bulan lewat pun ada. Kami ada rekod check internet je.

Isteri: Awak jangan tipu, nanti suami saya balik saya tanya dia.

Pekerja TNB: Oklah kalau macam tu kak, saya balik dulu, saya pun banyak kerja ni.

Malam itu, pasangan itu bergaduh besar. Si suami mati-mati tak mengaku dia telah memberitahu pekerja TNB itu tentang haid isterinya yang sudah dua bulan lewat.

Esoknya si suami terus pergi ke pejabat TNB kerana berang dengan kejadian itu. Tanpa memberi salam apa lagi memberi salam, si suami terus mengamuk dan memarahi staff TNB yang ada di situ.

Suami: Korang semua ni buat kerja apa ha? Orang dua tiga bulan lewat pun korang boleh tahu, aku tak pernah pun bagitau kat korang!

Fahamlah mereka bahawa lelaki yang sedang mengamuk itu berang dengan tunggakan bil elektriknya. Tambah lagi memang selalu orang datang di situ mengamuk pasal bil elektrik tertunggak.

Staff TNB: Eh kami tak perlu makluman daripada encik, kami boleh check di internet, berapa bulan lewat pun kami tahu. Ini memang kerja kami.

Suami: Woi! Apa celaka korang ni orang dua bulan lewat pun sampai nak masukkan dalam internet, korang nak kena saman ke?

Kebetulan pekerja TNB yang datang ke rumahnya semalam ada di situ, cuba menenangkan keadaan.

Pekerja TNB: Sabar encik, sabar, beginilah encik bayar je senang habis cerita.

Suami: Eh, aku pulak kena bayar? Jangan harap!

Pekerja TNB: Kalau encik taknak bayar kami terpaksa potonglah encik.

Suami: Amboi banyak cantik! Ko nak potong apa? Nak potong aku punya? Habis isteri aku kat rumah nak pakai apa?

Pekerja TNB: Pakai lah LILIN.



Read more: http://freemalays.blogspot.com/2012/06/lawak-kisah-suami-isteri-yang-tak-bayar.html#ixzz3drNXiy35

21 June 2015

Game Over Utk Azmin

SULTAN SELANGOR MAHU MB BAHARU, AZMIN MB TERPENDEK DALAM SEJARAH

Beberapa minit sebelum berbuka puasa hari kedua petang tadi, saya menerima satu panggilan.

Tak perlulah saya sebut siapa pemanggil itu. Tapi beliau kerap menghubungi saya dari semasa ke semasa. Walaupun jarang bertemu tetapi beliau cukup istimewa.

Insan itu memang hebat dalam arena politik Malaysia.

“Saya dapat tahu Sultan cukup murka dengan MB Selangor, Azmin,” katanya pendek.

Saya bertanya pasal apa? Mungkin dia akan menjadi MB Selangor terpendek tempoh perkhidmatan dalam sejarah negeri itu, jelas beliau.

Difahamkan sudah dua bulan Azmin tidak dititah menghadap Sultan. Dan kononnya, Sultan pun enggan menemui Azmin.

Benarkah?

Majlis-majlis rasmi pun kini diwakili oleh adinda baginda, Tengku Sulaiman. Nampaknya, baginda Sultan cuba mengelak daripada bertemu Azmin.

Apa masalah Azmin ini sebenarnya? Bukan sahaja Sultan, kononnya ramai lagi yang sudah menjauhkan diri daripadanya. Semasa belum mendapat kuasa, Azmin menjanjikan selagi ada bulan dan bintang. “Sudah dapat kuasa, lupa diri,” kata insan itu.

Sultan dikatakan murka kepada Azmin kerana tiga perkara. Pertama, katanya mengenai isu air Selangor yang gagal diselesaikan sehingga kini.

Kedua, isu lebuh raya Kinrara-Damansara (KIDEX) yang dibatalkan oleh Azmin. Projek itu amat diperlukan oleh rakyat. Azmin membatalkannya kononnya kerana projek itu membabitkan beberapa pihak UMNO.

Dan ketiga, katanya ialah kerana isu satu kejohanan sukan peringkat negeri yang berlangsung tidak lama dulu. Baginda Sultan dikatakan menitahkan Azmin supaya jangan menggunakan cogankata “Kita Lawan” untuk kejohanan itu, yang menurut baginda membawa konotasi politik yang negatif.

Namun, Azmin berdegil. Semua itu mengakibatkan Tuanku murka.

Itulah antara kata-kata sahabat itu kepada saya.

HADI AWANG AKAN MENGADAP BAGINDA SULTAN?

Kata sahabat saya itu lagi, Sultan sudah bersedia untuk menerima menghadap Datuk Haji Hadi Awang yang bakal mengemukakan senarai nama pengganti Azmin. Perlu diingat Pas menguasai Selangor dari segi jumlah kerusi yang dimenanginya.

Kononnya, kata insan itu, dua nama telah disenaraikan. Mereka adalah bekas MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan YB Iskandar Abdul Samad, Pesuruhjaya Pas Selangor yang juga ADUN Chempaka dan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Selangor. (ZH)


20 June 2015

Mat Sabu Terus Lepaskan Geram Pada Hadi & PAS



Mat Sabu mengeluarkan kenyataan tersebut dalam satu siri wawancara bersama wartawan The Malaysian Insider. Dalam wawancara tersebut dilaporkan Mat Sabu berkata PAS kini (pemimpin2 PAS yang dipilih melalui sesi muktamar 2015 - 2017) mula mengamalkan prinsip 'kuku besi' di mana akan menghukum sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan konsep kepimpinan islamik (ala PAS).

Dan tindakan itu akan memudaratkan kelangsungan parti dan juga memberikan impak negatif kepada negara. Ikut artikel penuh seperti yang tersiar menerusi The Malaysian Insider ; 

Dalam bahagian terakhir temu bual kami dengan Mohamad Sabu, seorang pemimpin PAS popular, beliau memberitahu The Malaysian Insider mengenai kebimbangannya terhadap pemikiran pemimpin dalam parti Islam itu, dan memberi amaran ia boleh membahayakan negara.
PAS kini mula mengikut trend “bahaya” di mana fokus diberikan kepada menghukum mereka yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Islamik, kata Mohamad Sabu, salah seorang pemimpin “progresif” dalam parti itu yang digulingkan.

Bekas timbalan presiden parti popular itu dikenali sebagai Mat Sabu, yang kalah dalam pemilihan baru-baru ini berkata, kecenderungan itu dalam amalan Islam hari ini bermula di Timur Tengah, dan PAS menyertai gerakan “takfiri” itu (umat Islam menuduh saudara Islam lain murtad) ketika berdepan dengan mereka yang tidak bersetuju dengan mereka.

 “Kamu tidak bersetuju dengan kami, maka kamu tidak bersama kami. Kamu kafir, liberal, munafik.


“Ini berlaku di Syria, Iraq, Mesir, Somalia, Algeria dan Pakistan. Ia sangat bahaya dan pelajar yang melanjutkan pelajaran di Timur Tengah, membawanya pulang bersama mereka,” katanya ketika ditemu bual The Malaysian Insider.

Mat Sabu turut memberi gambaran kesan lebih besar kepada Malaysia jika cara pemikiran seumpama itu berterusan.

“Apa yang sedang berlaku berbahaya kepada parti dan pada masa depan, ia juga akan membahayakan negara.


“Persaingan di Timur Tengah mungkin akan ambil masa lebih panjang daripada 20 atau 30 tahun untuk berakhir. Di Malaysia, ia belum bermula lagi, tetapi benihnya sudah mula ditanam dan kuntumnya tidak lama lagi akan berbunga,” katanya.

Kesannya ialah beberapa pemimpin dan ahli PAS jadi lebih fokus terhadap sama ada seseorang itu berada di pihak mereka atau tidak, bukannya bergantung pada rekod kecemerlangan seseorang dalam berkhidmat kepada parti, katanya.

Merujuk kisahnya sendiri, Mat Sabu berkata, tidak kisahlah jika beliau pernah dipenjarakan 2 kali mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri, dan keluar masuk balai polis mempertahankan perjuangan PAS dan isu berkaitan rakyat Malaysia.

19 June 2015

Alahai Melayu.. Akhirnya DAP ke jadi MB Selangor

AZMIN TERLALU BERLENGAH, DAP MAHU JUMPA SULTAN TUNTUT KERUSI MB, ADUN PASMA DILANTIK AHLI BERSEKUTU DAP

KEMELUT dan krisis yang berterusan di Selangor semakin buruk. PKR yang diberi ehsan saguhati menduduki Kerajaan Selangor kini tergugat. Malam tak tidor lena, siang tak keruan, Puasa tak menjadi, gara-gara pikiran kacau.

Melihat keadaan tidak menentu ini, ahli-ahli elit DAP Selangor mencadangkan supaya melantik Saari Sungib menjadi anggota sementara DAP atau anggota bersekutu DAP bagi membolehkan DAP menemui Sultan Selangor untuk menubuhkan Kerajaan baru dan MB baru dari parti DAP. 

Adun PASMA, Saari Sungib dijangka menjadi MB Selangor DAP yang pertama dalam sejarah negara.

DAP mencadangkan supaya selain Saari Sungib, Adun PASMA yang lain dikekalkan sebagai Exco kerajaan negeri Selangor, manakala Adun PAS dipecat segera.

Manakala, jawatan-jawatan lantikan politik dalam GLC Negeri, PBT dan agensi kerajaan negeri diberikan kepada ahl-ahli PASMA. Sebaliknya DAP mencadangkan ahli-ahli PAS dipecat dan diberhentikan segera sebagaimana di Pulau Pinang.

Oleh kerana Pakatan Rakyat sudah dibubarkan, DAP berpendapat tiada masalah besar untuk mereka menerima Adun PASMA mejadi ahli bersekutu DAP atau menjadi ahli sementara DAP, sambil menunggu kelulusan pendaftaran parti baru yang diketuai Mat Sabu paling awal bulan Julai ini.

Komen kita : Tahniah kepada Adun PASMA kerana akhirnya berjaya menjadi MB Selangor yang baharu di bawah panji-panji DAP. Bijak.
http://mymassa.blogspot.com/2015/06/azmin-terlalu-berlengah-dap-mahu-jumpa.html

15 June 2015

Dari 1MDV ke FGV

PADA pandangan mata kasar, pembelian 37 peratus saham ladang PT Eagle High Plantation (EHP) di Indonesia oleh Felda Global Ventures Bhd (FGV) amatlah memberangsangkan.


[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]


EHP adalah anak syarikat konglomerat Rajawali iaitu salah sebuah syarikat terbesar di Indonesia. Rajawali dimiliki oleh Peter Sondakh yang disenaraikan oleh majalah Forbes sebagai orang kesembilan terkaya di Indonesia. Beliau bergelaran Tan Sri (kehormat).
Tan Sri Peter Sondakh "Penasihat" Mohd Najib
Urus niaga itu selaras dengan dasar kerajaan menggalakkan pelaburan Malaysia di luar negara dan dengan kedudukan FGV sebagai syarikat multinasional dalam bidang perladangan.

Lagipun bagi pelabur sektor perladangan, harapan memperluaskan ladang di dalam negara sudah tidak ada atau terhad kerana kita tidak lagi membenarkan pembukaan besar-besaran hutan belantara.

05 June 2015

Komen2 Mereka Yg Hadir Nothing2Hide

Lim Kok Wing Pun Ugut Tun Mahathir?

Tun Dr M berkata, beliau diancam dan diugut oleh seorang perunding imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya jangan serang Najib atau "legasinya" akan musnah.




"Dia memberi amaran jika saya berterus-terusan (mengkritik), saya akan hilang legasi saya. Saya kata kepadanya, apa yang rakyat fikirkan mengenai legasi saya, jika ada pun tidak penting. Saya lebih risaukan apa yang berlaku dalam negara kita. Reputasi kita semakin pudar," katanya Tun M.


Tun Mahathir berkata, beliau memahami kini mengapa perunding imej Najib itu bercakap mengenai kehilangan legasi.



"Beliau diberikan tugasan memusnahkan saya, memusnahkan apa yang digelarnya sebagai legasi.


"Saya rasa dia dan majikannya percaya jika saya tidak lagi popular maka kritikan saya terhadap isu membabitkan 1MDB tidak akan diendahkan rakyat," katanya.

http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2015/06/tun-m-diugut-dan-diancam-oleh-perunding.html

Haron DIn Pun Sangsi Tentang 1MDB & Najib

ADA PERKARA BESAR DISELINDUNGKAN NAJIB



GOMBAK - "Ada perkara besar berlaku dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diselindungkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," kata Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din.

Jika tidak katanya, mana mungkin Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara lantang boleh bersuara agar semua ahli lembaga pengarah syarikat pelaburan itu dipecat serta-merta.

"Nampaknya semakin parah (1MDB), PM dan TPM sedang bertelagah tanpa dapat diselindung lagi.

"PM nampaknya sudah berang dengan komen daripada TPM dengan menyatakan mana-mana menteri yang tak bersetuju dengannya polisi kerajaan menangani 1MDB, sila letak jawatan sekarang.

"(Perkara) ini jelas merujuk kepada TPM," katanya ketika berucap pada perasmian Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat ke-54 di sini, hari ini.

Pada 30 Jun lalu, Perdana Menteri meminta anggota Kabinet yang tidak bersama dengannya dalam usaha pemulihan 1MDB agar meletak jawatan.

Mengulas lanjut, Dr Haron turut menyindir Perdana Menteri berikutan jawapannya di Parlimen mengenai dana 1MDB dari Kepulauan Cayman yang dibawa balik ke sebuah bank di Singapura hanyalah satu penipuan semata-mata.

"Malangnya bank di Singapura menafikan tidak ada wang 1MDB yang masuk ke Singapura.

"PM menarik balik jawapan bertulis itu dan membetulkan balik dengan mengatakan bukan wang tunai yang dibawa dari Kepulauan Cayman ke Singapura tetapi aset yang dibawa," katanya lagi.

Sinarharian

SYABAS HADI DAN PAS


KUALA SELANGOR: Menepati ramalan, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya mempertahankan jawatan Presiden PAS dengan majorit besar, 695 undi.

Hadi yang mendapat 928 undi menewaskan Ahmad Awang yang meraih 233 undi.

Keputusan diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi kira-kira pukul 10.15 malam Khamis.

Timbalan Presiden Mat Sabu 278 TITM 881
Naib Pres Idris Ahmad 942 Iskandar Samad 801 Mohd Amar 778
Salehuddin 320 Mahfuz 285 Husam 267

02 June 2015

Komen Ringkas Mengenai Cadangan Gaji Pembantu Rumah $1,200

Memang bagus menaikkan gaji pembantu rumah indonesia kepada $1200 kerana

Ramai yg tidak akan mampu untuk mengambil orang gaji indonesia dan opsyen seterusnya adalah menghantar anak-anak kepusat asuhan atau tabika, Maka ini akan membanyakkan lagi peluang rakyat tempatan menjadi pengusaha tempat asuhan. 
Seterusnya akan berkurangan warga indonesia yg bekerja dan sekaligus mengurangkan aliran wang keluar negara.
Baik utk ekonomi dan sosial.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog