Kelantan Di Gondolkan

Klik Untuk Bantah COMANGO

09 October 2015

Putin Rasmi Masjid Terbesar Di Russia


Presiden Putin Russia seorang yg hebat dan secara kasar memahami Islam. Beliau dengan bangga merasmikan masjid terbesar di Russia yg bole menempatkan 10,000 jemaah.

Video di bawah pula menunjuk kan semasa masjid masih dalam pembinaan. Dirakamkan semasa solat raya aidil fitri tahun 2015.. lihatkan ribuan umat Islam Moscow menunaikan solat dijalanraya.

04 October 2015

Muhyiddin Dah Bukan Pimpinan Tinggi UMNO Ke?

Muhyiddin & Shafie Disisihkan Dari Gerak Kerja UMNO..!


Semua barisan tertinggi UMNO ada dalam pertemuan dengan badan Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang Jumaat lalu tapi tidak bagi Muhyiddin dan Shafie Apdhal..!

Maknanya sudah wujud gerakan dikalangan pemimpin tertinggi UMNO yang menafikan kuasa perwakilan yang telah memilih Muhyiddin dan Shafie selama ini..!

Mungkin ini kerja untuk 'menguatkan' parti bagi Najib..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Perjumpaan tertutup antara pemimpin tertinggi Umno antaranya Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang tiada Kaitan dengan peralihan kuasa dalam parti itu.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, perjumpaan pada Jumaat lepas itu adalah untuk membincangkan mengenai isu-isu semasa dan strategi mengukuhkan parti itu.
"Dalam perjumpaan dengan Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, itu, kami langsung tidak membincangkan mengenai peralihan kuasa dalam Umno.
"Perjumpaan tertutup itu bukan sahaja diadakan di Pulau Pinang sebaliknya di seluruh negara kerana pemimpin tertinggi parti mahu memberi penjelasan mengenai perkara-perkara berbangkit dan isu semasa kepada pemimpin peringkat negeri agar dapat diperjelaskan kepada rakyat," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.
Beliau ditemui selepas merasmikan Program MyRezekiFest 2015 peringkat Pulau Pinang di Dataran Dewan Perda, Sungai Acheh, di sini Ahad.
Perjumpaan yang berlangsung di Politeknik Seberang Perai itu turut dihadiri Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Penerangan Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Puteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Zainal Abidin berkata, sekarang ini bukan masanya untuk membincangkan mengenai peralihan kuasa kerana Umno sedang menghadapi waktu sukar dan banyak perkara terutama isu-isu semasa perlu dijawab serta dijelaskan kepada rakyat.
Selain itu, katanya mereka turut membincangkan hala tuju parti dan strategi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.
"Program gerak kerja untuk PRU14 perlu bermula dari sekarang dan kita perlu fokus serta memperhalusi teknik dan strategi yang digunakan bagi meningkatkan kepercayaan pengundi," katanya.
Dalam pada itu, Zainal Abidin berkata, Umno negeri yakin angka pengundi berdaftar di Pulau Pinang akan bertambah sebelum PRU-14 yang dijangka diadakan dalam tempoh dua tahun lagi.
Ketika ini, ada 880,000 pengundi berdaftar di Pulau Pinang dan kami yakin dengan beberapa strategi yang telah dirangka jumlah itu akan bertambah dari masa ke semasa," katanya. - Bernama
http://politikputramerdeka.blogspot.my/2015/10/muhyiddin-shafie-disisihkan-dari-gerak.html

03 October 2015

Soalan: Adakah Cina MCA & GERAKAN Benar2 Kawan UMNO

Kalau UMNO Pulau Pinang Ada Lebih Ramai Cikgu Zaidi... DAP Tak Berani Pijak Kepala Melayu !

Berani kerana benar...!

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Zaidi memang memiliki sifat seorang pemimpin melayu tulen.

Beliau lantang bersuara demi menegakkan kebenaran dan tidak pernah gentar membela hak melayu dan tidak pernah akan toleransi dengan mana mana juak yang mahu mempersendakan agama islam !

Nah...!  Lihat sendiri pada screen capture diatas ini yang dipetik dari laman sosial milik Cikgu Zaidi.

Terbukti Cikgu Zaidi akan pantas bangkit dan pertahankan agama islam dan bangsa melayu. Beliau lantang, beliau vokal dalam isu isu yang sangat sensitif seperti ini.

Inilah sebenarnya contoh seorang pejuang parti UMNO yang faham maksud peratahankan agama dan bangsa. Sudah pasti beliau tak mahu membenarkan walaupun seinci jika agama dan bangsanya mahu dipijak oleh juak juak fahaman idealisme DAP.

Terkini, dalam isu kerajaan DAP Pulau Pinang yang melarang penggunaan pembesar suara di masjid dan surau telah mengundang kelantangan Cikgu Zaidi mempersoalkan pendirian sahabat sahabat komponen BN khususnya MCA dan Gerakan adalah satu tindakan yang sangat sangat bijak.

Iya, satu Check Mate ! Sekaligus MCA dan Gerakan perlu jelas dalam hal yang sensitif sebegini samada mereka mahu setia bersama BN, atau mahu main wayang..., atau terus terang mahu menyokong DAP yang membawa maksud mereka sedia menjadi PENGKHIANAT ?

Bravo Cikgu Zaidi...!!
http://medan-info-kita.blogspot.my/2015/10/kalau-umno-pulau-pinang-ada-lebih-ramai.html

01 October 2015

Kerajaan Pulau Pinang Mula Tunjuk Zalim Pada Sekolah Agama

Pulau Pinang Didakwa Hentikan Sekolah Agama RAkyat Milik Ahli Pas?


KENYATAAN MEDIA
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Minta Penjelasan Kerajaan Pulau Pinang Didakwa Hentikan Bantuan Sekolah Agama Rakyat Milik Ahli PAS?
1. Dewan Ulamak PAS Pusat ingin meminta penjelasan kerajaan Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP dan PKR berhubung dakwaan bantuan kepada sekolah agama rakyat yang ditarik balik daripada beberapa buah sekolah rakyat milik persendirian ahli-ahli PAS.
2. Beberapa buah sekolah agama persendirian ini telah mendapat bantuan tahunan sejak beberapa tahun yang lalu. Tetapi akhir-akhir ini bantuan mereka telah dihentikan. Bahkan surat tawaran bantuan yang telah dihantar ke beberapa buah sekolah terbabit didakwa telah ditarik balik.
3. Dewan Ulamak PAS Pusat mengingatkan kerajaan DAP dan PKR Pulau Pinang agar jangan bertindak seperti parti pemerintah sebelum ini yang menyekat dan tidak memberi bantuan kepada sebahagian sekolah agama rakyat milik ahli-ahli PAS kerana sentimen politik.
4. Tindakan ini memberi mesej bahawa DAP dan PKR yang sebelumnya menjadi pembangkang apabila berkuasa juga menjadi zalim dan tidak memberikan keadilan dan hak terhadap mereka yang tidak sehaluan politik dengan mereka.
Sekian.
Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat
Khamis 17 Zulhijjah 1436 H / 1 hb Oktober 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakan-rakan Blog